Sejarah Vaksin



Pada tahun 1796 seorang doktor dari kawasan desa Berkeley, England, telah memperkenalkan suntikan vaksin pertama dalam sejarah perubatan moden. Edward Jenner mengambil sampel virus cacar lembu (cowpox) dari seorang gadis pemerah susu bernama Sarah Nelmes lalu menyuntik kuman tersebut ke lengan anak tukang kebunnya, iaitu seorang kanak-kanak lelaki bernama James Phipps, yang berusia 8 tahun. James kemudiannya mengalami demam cacar tetapi segera sembuh selepas itu. Tidak lama kemudian Edward menyuntik kuman cacar variola (smallpox) ke dalam tubuh James, namun James tidak mengalami demam. Seperti dijangkakan Edward, James tidak mengalami demam cacar smallpox kerana telah menerima virus cowpox sebelumnya. Penemuan ini merupakan sesuatu yang menaikkan, dan pada masa yang sama, menjatuhkan nama Edward Jenner di mata masyarakat


Asal-Usul Vaksin
Penyakit cacar variola atau smallpox merupakan sejenis penyakit berjangkit bawaan virus yang cukup berbahaya. Jika seorang kanak-kanak dijangkiti cacar, kemungkinan 80%  kanak-kanak tersebut akan meninggal dunia dalam tempoh dua minggu sahaja dalam penderitaan. Sejak vaksin terhadap cacar ditemui oleh saintis terkenal Edward Jenner pada tahun 1796, ia telah dipraktikkan di seluruh dunia sehinggalah pada tahun 1979, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan bahawa penyakit cacar telah pupus secara total

Edward mendapat ilham untuk penemuannya apabila mendapat tahu golongan yang bekerja sebagai pemerah susu lembu tidak pernah dijangkiti virus smallpox selepas mereka dijangkiti virus cowpox. Cowpox ialah variasi cacar yang menjangkiti lembu. Jika manusia terkena jangkitan cowpox, mereka akan mengalami kudis di tangan sahaja, berbeza dengan smallpox yang boleh membawa maut

Edward meneruskan eksperimennya dengan 23 subjek ujikaji lain, termasuklah terhadap anak kandungnya sendiri. Malangnya setelah penemuannya dilaporkan, Edward menghadapi tekanan dari masyarakat yang menuduhnya gila, hilang akal dan bodoh kerana eksperimennya yang berbahaya serta kesanggupannya menjadikan anaknya sebagai bahan ujikaji. Para penolak vaksin di kalangan masyarakat di zaman itu mencemuh hasil usaha Edward dan mereka menolak kaedah pemvaksinan kerana berasa tidak senang hati dengan idea kemasukan bendasing dari haiwan ke dalam sistem tubuh manusia, ada yang menentang konsep tersebut di atas alasan agama. Walaupun kaedah pemvaksinan Edward mencetus kontroversi di kalangan pengamal perubatan dan ahli gereja, laporan Edward berjaya diterbitkan ke dalam 6 bahasa dan seramai 100,000 orang menerima vaksin di seluruh Eropah pada waktu itu


Legasi Pemvaksinan Diteruskan
Sebenarnya ilmu imunologi melalui kaedah vaksin bukanlah sesuatu yang baru bagi manusia. Sejak zaman primitif lagi manusia telah mengamalkan konsep vaksin bagi menghindari penyakit. Sejahrawan Yunani kuno, Thyucides, pada tahun 429 SM mengamati bahawa rakyat Athens yang pernah dijangkiti wabak cacar lalu sembuh tidak akan mengalami penyakit itu lagi. Malah, di China dan India juga terdapat catatan sejarah tentang kaedah vaksin yang dipraktikkan pada kurun ke-15 dan ke-16. Maharaja K'ang Hsi merupakan antara manusia terawal yang terselamat daripada penyakit cacar hasil daripada vaksin, lalu dia memastikan kesemua anak-anaknya juga diberikan vaksin untuk menghindari penyakit. 
Pengetahuan tentang ilmu imunisasi ini berkembang ke Turki pada kurun ke-17 apabila para wanita di sana dikatakan amat jelita kerana "telah diwajibkan mendapat cacar semasa kecil agar wajah mereka tidak rosak ketika dewasa". Malangnya tiada bukti kukuh tentang hal ini. Pengetahuan vaksin hanya mula berleluasa di dunia Barat semenjak Edward Jenner menjalankan ujikajinya di kurun ke-18. Selepas Edward, Louis Pasteur mengembangkan teknik pemvaksinan dengan menemui vaksin bagi penyakit anjing gila dan anthrax. Ini diikuti oleh Maurice Hilleman yang menemui vaksin bagi penyakit campak, beguk, hepatitis A, hepatitis B, cacar ayam, meningitis, radang paru-paru, dan H. influenza pada kurun ke-20


Tentangan Terhadap Vaksin
Pada tahun 1853 England memperkenalkan Akta Pemvaksinan yang mewajibkan pemberian vaksin kepada bayi berusia 3 bulan ke atas, serta hukuman ke atas sesiapa yang enggan melaksanakan pemvaksinan. Akibat daripada undang-undang tersebut, terdapat sesetengah rakyat England yang merasakan hak mereka sebagai ibu bapa terhadap anak-anak telah dicabul lalu mereka menubuhkan Liga Anti-Vaksin

Ideologi penolakan vaksin pada kurun ke-19 dipelopori oleh Lora C. Little, seorang wanita dari Amerika Syarikat yang telah kehilangan satu-satunya anak lelakinya dan menuduh vaksin sebagai penyebab kematian anaknya pada tahun . Menurut Hospital Kanak-Kanak Philadelphia, anak Lora telah lama menghidap demam dan penyakit difteria sebelum diberikan vaksin, namun Lora enggan mempercayai laporan hospital tersebut. Semenjak dari itu, Lora menerbitkan akhbar tempatan yang mengutuk perubatan moden sambil menjunjung perubatan tradisional. 
Gerakan anti-vaksin bangkit semula pada tahun 1974 apabila Hospital Great Ormond Street di London telah melaporkan bahawa 36 orang kanak-kanak mengalami masalah saraf selepas diberikan vaksin untuk membasmi penyakit difteria, tetanus dan batuk kokol. Keselamatan vaksin dipertikaikan di negara-negara Barat pada waktu itu sehingga Sweden mengambil keputusan untuk mengharamkan vaksin bagi batuk kokol sehingga tahun 1996. Akibatnya 60% kanak-kanak di Sweden mengalami penyakit batuk kokol sebelum mencapai usia 10 tahun sepanjang masa tersebut

Pada tahun 1998 thimerosal ditemui dalam ramuan vaksin. Thimerosal berfungsi sebagai bahan pengawet dalam vaksin dan ia mengandungi raksa. Penemuan ini mendorong golongan anti-vaksin  untuk meneruskan perjuangan mereka menentang pemvaksinan sambil mengatakan bahawa vaksin juga boleh mengakibatkan gangguan perkembangan otak kanak-kanak, sejajar dengan dakwaan oleh selebriti Amerika Jenny McCarthy pada 2007 bahawa anaknya menghidapi autisme akibat vaksin. Pada tahun 2011 kaitan antara vaksin dan autisme telah dilaporkan tidak benar, namun persepsi itu masih dipegang oleh golongan anti-vaksin hingga sekarang sebagai salah satu AEFI (adverse events following immunization)


Keberkesanan Vaksin
Vaksin dikenali dalam sejarah sebagai suatu cara yang berkesan untuk melawan dan membasmi penyakit berjangkit, namun keberkesanannya ada juga batasnya. Perlindungan kadangkalanya gagal kerana sistem imun badan tidak dapat bertindak balas dengan secukupnya mahupun secara langsung. Tindak balas yang kurang biasanya berlaku daripada faktor-faktor kesihatan yang wujud seperti diabetes, penggunaan steroid, HIV ataupun usia. Vaksin boleh juga gagal berkesan disebabkan faktor genetik seperti tiadanya strain sel B yang boleh menghasilkan antibodi yang sesuai bertindak balas serta bergabung dengan antigen yang menghasilkan patogen

Vaksin yang telah tamat tamat tempoh tidak harus diberikan kerana ianya tidak lagi mempunyai keberkesanan. Kes di mana vaksin tamat tempoh diberikan pernah berlaku di Jingsu, China, pada 12 Januari lalu apabila 13 pegawai kesihatan didapati telah memberikan vaksin polio tamat tempoh kepada 145 orang kanak-kanak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2019/07/sejarah-vaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zaman Fattah Amin Pelakon Kayu Dah Jadi Sejarah

Zaman Fattah Amin Pelakon Kayu Dah Jadi Sejarah

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 351 hits
Sebelum ini pernah digelar pelakon kayu namun kini ramai yang memuji lakonan Fattah Amin yang dilihat semakin hebat sehingga berjaya menyentuh hati The post appeared first on
Pulau Jerejak Menjejaki Sejarah Yang Hampir Dilupakan

Pulau Jerejak Menjejaki Sejarah Yang Hampir Dilupakan

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 821 hits
Dahulu pulau ini pernah digelar sebagai Alcatraz Malaysia namun sekarang pulau ini lebih dikenali sebagai sebuah pulau peranginan setelah didirikan sebuah resort Saya memenuhi ajakkan teman teman yang menyertai trekking sambil menjejaki sej...
Hari Nakba Sejarah Kecelakaan Menimpa Rakyat Palestin

Hari Nakba Sejarah Kecelakaan Menimpa Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 348 hits
Hari Nakba bermaksud hari kecelakaan merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 750 000 warga Palestin menjadi pelarian Hari Nakba disambu...
Pengertian Dan Sejarah Uang

Pengertian Dan Sejarah Uang

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 226 hits
Zonanesia Kita tidak pernah terlepas atau jauh dari yang namanya uang untuk memenuhi kebutuhan hidup sehari hari bisa dikatakan uang mempanyai peran yang penting dalam memenuhi kebutuhan hidup dan mengingat bahwa kebutuhan manusia yang tida...
Melihat Sejarah Munculnya Kelompok Buddha Garis Keras Di Sri Lanka Dan Myanmar

Melihat Sejarah Munculnya Kelompok Buddha Garis Keras Di Sri Lanka Dan Myanmar

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 204 hits
Ajaran Buddha terkenal dengan nir kekerasan atau penentangan terhadap perang atau segala bentuk kekerasan atau pasifisme Namun belakangan khususnya di Sri Lanka dan Myanmar semangat nasionalisme umat Buddha telah mengesampingkan ajaran utam...
Pasangan Gay Bangga Cipta Sejarah Di Malaysia

Pasangan Gay Bangga Cipta Sejarah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 459 hits
Seorang paderi gay yang berkahwin dengan kekasihnya di New York tahun 2011 lalu dilaporkan telah mengadakan pesta perkahwinan di Malaysia sebuah negara berpenduduk majoriti Islam malah pasangan gay itu merasa bangga kerana kedua duanya berj...
Rph Sejarah Tahun 5

Rph Sejarah Tahun 5

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 480 hits
RPH Sejarah Tahun 5 Rancangan Pengajaran Harian ialah satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Rancangan Pengajaran Harian membolehkan guru melaksanakan proses pengajaran dan ...
Sejarah Bacaan At Tahiyyat Perbualan Antara Allah Swt Dan Nabi Saw

Sejarah Bacaan At Tahiyyat Perbualan Antara Allah Swt Dan Nabi Saw

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 492 hits
At Tahiyyat adalah doa yang sangat penting dan sering di baca kerana kita mengulanginya di dalam solat harian dan jika anda tahu kisah disebalik ayat ini ia sebenarnya amat menyentuh hati kerana adalah sebahagian daripada perbualan antara P...
3 Alasan Untuk Tidak Melewatkan Vaksin Difteri

3 Alasan Untuk Tidak Melewatkan Vaksin Difteri

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 254 hits
Tergolong penyakit tua tetapi difteri masih ditemukan di Indonesia dan ancamannya pun nyawa Inilah alasan untuk tidak melewatkan vaksin difteri Difteri adalah penyakit infeksi menular yang disebabkan oleh bakteri Corynebacterium diphteriae ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu