Sejarah Tumbangnya Empayar Byzantine Dan Kota Constantinople Di Tangan Empayar Uthmaniyyah


Kota Constantinople telah bertahan melawan serangan dan pengepungan sejak berabad-abad lamanya sehinggalah akhinya teknologi baru meriam besar Empayar Uthmaniyyah telah dibawa ke ibu kota Empayar Byzantine itu.

Hagia Sophia

Kejatuhan Constantinople pada bulan Mei 1453 itu menandakan berakhirnya zaman kegemilangan kebanyakan empayar di Eropah dan Asia Barat.

Selepas meriam besar membedil kubu Constatinople, tentera Uthmaniyyah merampas bandar purba itu. Hampir 4,000 orang telah terkorban dan 50,000 lagi menjadi tawanan perang.

Latar belakang Constantinople

Constantinople adalah ibu kota kepada Empayar Byzantium atau Empayar Rom Timur, juga menjadi salah satu kota utama bagi agama Kristian.

Bandar ini dinamakan sempena Maharaja Constantine yang memerintah pada kurun ke-4 Masihi pada awal kebangkitan Kristian.

Hari ini, bandar ini dinamakan Istanbul dan majoriti penduduknya adalah Muslim namun, ini bukanlah kali pertama Constantinople dan Empayar Byzantine diserang.

Sebelum Empayar Uthmaniyyah menyerang bandar itu pada kurun ke-15, Constantinople telah berjaya menahan beberapa serangan lain seperti:
Pada kurun ke-7 dan ke-8 oleh bangsa Arab.Pada kurun ke-9 oleh Bulgar Khan (Khan of Bulgaria).Pada kurun ke-9, 10 dan 11 oleh Kievan Rus.Pada kurun ke-9 oleh Thomas the Slav.Pada kurun ke-13 oleh Tentera Salib (mereka berjaya menawan buat seketika kerana pintu kubu dibiarkan terbuka).
Greek Fire

Tentera Byzantine yang berpangkalan di dalam bandar dan mempunyai armada di pelabuhan telah menghalang penceroboh selama beberapa abad lamanya, kerana angkatan bersenjata Constantinople mempunyai senjata rahsia yang dipanggil "Greek Fire" iaitu cecair yang sangat mudah terbakar.

Aset terbesar kota itu adalah tembok pertahanan dan paritnya kerana pada abad ke-5, Maharaja Theodosius II telah membangunkan sistem pertahanan kota itu dengan membina tiga lapisan tembok sepanjang 6.5 km.

Selain itu, Constantinople terletak di bahagian semenanjung dan dikelilingi oleh tiga sisi laluan air.

Adalah sangat mudah untuk menghalang kapal daripada menghampiri dengan memasang rantai di bawah permukaan air pada laluan masuk.

Ketika berlakunya serangan tentera Uthmaniyyah pada April 1453, dianggarkan hanya 5,000 orang tentera sahaja yang mengawal bandar itu dan beberapa buah kapal mempertahankan perairannya.

Uthmaniyyah meminta Constantinople menyerah

Pada 5 April 1453, Sultan Muhammad al-Fateh atau dikenali juga sebagai Muhammad II dan tenteranya telah mengepung Constantinople.

Sultan yang hanya berusia 21 tahun itu telah menghantar utusan kepada Maharaja Constantine IX, menuntut supaya menyerah kepada tentera Uthmaniyyah.

Constantine IX tidak memberikan sebarang jawapan, lalu Sultan Muhammad al-Fateh bertekad untuk menawan kota purba itu dan dia sememangnya mempunyai jumlah kekuatan yang cukup bagi menyokong tindakannya itu.

Tidak seperti mereka yang pernah menyerang Constantinople sebelum ini, Muhammad al-Fateh mempunyai senjata berat yang direka oleh seorang rakyat Hungary bernama Orban.

Kekuatan pasukan Muhammad al-Fateh dianggarkan antara 60,000 hingga 200,000 orang tentera dan armada besar yang menunggu di luar untuk memasuki pelabuhan Costantinople.

Meriam Gergasi

Meriam milik tentera Uthmaniyyah yang digunakan untuk menghancurkan tembok kota sememangnya sangat menggerunkan.

Salah satu daripada meriam itu berukuran 9 meter panjang dengan lubang meriam berukuran 1 meter diameter, yang boleh menembak peluru seberat 500 kg dengan jarak sejauh 1.5 km.

Namun, meriam itu akan menjadi terlalu panas sehinggakan hanya boleh ditembak sebanyak tujuh kali sahaja sehari.

Akan tetapi, tentera Uthmaniyyah juga mempunyai meriam lain yang lebih hebat dan boleh menembak sebanyak 100 kali sehari.

Pengeboman tanpa henti

Keesokan harinya pada 6 April, meriam besar Uthmaniyyah mula memecahkan tembok Constantinople menjadi runtuhan.

Tentera Constantinople akan membalas serangan melalui tembok yang berlubang dan cuba membaiki tembok itu pada waktu malam.

Tentera Constantinople juga mempunyai meriam, namun jauh lebih kecil berbanding meriam milik tentera Uthmaniyyah. Pengeboman ke atas Constantinople berlangsung selama enam minggu lamanya.

Tentera Constantinople cuba untuk memasang rantai pada perairan kota mereka tetapi tentera Uthmaniyyah berjaya mematahkan perangkap tersebut.

Armada Uthmaniyyah akhirnya berjaya membawa masuk sebanyak 70 buah kapal ke dalam pelabuhan Constantinople dan mula mengebom tembok yang lebih lemah menghadap laut.

Pemberontakan di Asia Kecil

Pada akhir bulan Mei, Sultan Muhammad al-Fateh menerima berita bahawa beberapa tanah jajahannya di Asia Kecil sedang berlaku pemberontakan kerana kebanyakan tenteranya telah dikerahkan ke Constantinople.

Pada waktu ini Sultan Muhammad al-Fateh telah membuat tawaran kepada Maharaja Constantine IX agar maharaja itu membayar ufti kepadanya dan sultan akan menarik balik pengepungan terhadap Constantinople agar dapat kembali ke Asia Kecil.

Akan tetapi, Maharaja Constantine IX telah menolak tawaran itu, yang merupakan satu kesilapan besar dilakukan oleh maharaja Empayar Byzantine.

Sultan Muhammad al-Fateh kemudian mengarahkan tenteranya untuk terus menyerang dan menawan Constantinople yang merupakan bandar terkaya di dunia ketika itu.

Pada 29 Mei 1453, selepas 57 hari mengepung Constantinople, akhirnya Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan kota itu.

Mereka menaikkan bendera Uthmaniyyah dan membuka pintu utama di bandar itu bagi membolehkan tentera selebihnya masuk.

Masjid Hagia Sophia


Sultan Muhammad al-Fateh kemudiannya masuk ke bandar itu pada hari yang sama dan menitahkan agar gereja Hagia Sophia yang megah itu ditukarkan menjadi sebuah masjid.

Selepas penaklukan kota purba tersebut, Sultan Muhammad al-Fateh telah memindahkan ibu kota Uthmaniyyah dari Andianople (Edirne di Turki) ke Constantinople.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
3 Mac 1924: Runtuhnya Empayar Uthmaniyyah Kerajaan Islam TerakhirMustafa Kemal Ataturk, Yahudi Yang Menumbangkan Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/07/sejarah-tumbangnya-empayar-byzantine.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Obyek Wisata Sejarah Di Kota Surabaya Yang Wajib Kamu Kunjungi

5 Obyek Wisata Sejarah Di Kota Surabaya Yang Wajib Kamu Kunjungi

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 398 hits
Untuk dapat mencapai kota terbesar kedua di Indonesia setelah Jakarta ini banyak jenis transportasi yang bisa digunakan Bagi Blogger Borneo sendiri yang tinggal di Pontianak Kalimantan Barat jalur transportasi yang dapat digunakan adalah me...
Eks Wasekjen Golkar Sebut Cepat Lambatnya Munas Berada Di Tangan Airlangga

Eks Wasekjen Golkar Sebut Cepat Lambatnya Munas Berada Di Tangan Airlangga

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 166 hits
Tak ada yang bisa memperlambat atau mempercepatnya semuanya ada di DPP dalam hal ini Ketua Umum kata Lalu
Lelaki Pelik Hulur Tangan Kunci Pintu Tandas Wanita Dari Luar

Lelaki Pelik Hulur Tangan Kunci Pintu Tandas Wanita Dari Luar

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 530 hits
Pengalaman yang dikongsikan oleh seorang gadis ketika berhenti di sebuah kawasan Rawat dan Rehat berhampiran stesen minyak Dia yang kebetulan berada di situ melihat seorang wanita nyaris menjadi mangsa kepada seorang lelaki Lelaki tersebut ...
Tengah Buang Hajat Nampak Tangan Lelaki Bawah Pintu

Tengah Buang Hajat Nampak Tangan Lelaki Bawah Pintu

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 526 hits
The ReporterPerjalanan yang jauh membuatkan kita berasa penat dan memerlukan masa untuk rehat solat dan makan sebelum meneruskan lagi perjalanan Rawat dan Rehat dan stesen minyak antara tempat persinggahan yang wajib dituju Tetapi walaupun ...
Dianiaya Ayah Kandung Bayi Di Kupang Patah Tulang Kaki Dan Tangan

Dianiaya Ayah Kandung Bayi Di Kupang Patah Tulang Kaki Dan Tangan

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 261 hits
Dari delapan anak mereka kata Erni DS yang sering mengalami penganiayaan
Rasa Bahagia Dapat Pegang Tangan Isteri Bukan Milik Kita Tapi Amanah Allah Untuk Dicintai Ustaz Ebit Lew

Rasa Bahagia Dapat Pegang Tangan Isteri Bukan Milik Kita Tapi Amanah Allah Untuk Dicintai Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 738 hits
Selepas anak anak lahir sememangnya masa suami dan isteri nak bermanja manja makin terhad Banyak masa ditumpukan untuk menguruskan anak anak yang masih kecil dan perlukan perhatian Pun begitu ia bukan alasan untuk kita baik suami atau ister...
Mr Dakgalbi Restoran Korea Di Kota Bharu

Mr Dakgalbi Restoran Korea Di Kota Bharu

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 2907 hits
Mr Dakgalbi Restoran Korea di Kota Bharu Memandangkan pengaruh K Pop semakin menjadi jadi di Malaysia maka banyaklah restoran yang menghidangkan masakan Korea di buka termasuklah di Kota Bharu Kelantan Di Kelantan sendiri sudah memiliki beb...
Tolak Jadi Kuasa Hukum Garuda Indonesia Hotman Paris Damaikan Perseteruan Menu Tulisan Tangan

Tolak Jadi Kuasa Hukum Garuda Indonesia Hotman Paris Damaikan Perseteruan Menu Tulisan Tangan

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 177 hits
Kalau Hotman Paris bilang sih kasus ini nggak worth it buat diperkarakan Makanya ia lebih memilih untuk jadi mediator
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage