Sejarah Lemang Asal Usul Hidangan Enak Raya


Sejarah lemang adalah suatu yang misteri bagi Rakyat Malaysia, tapi sebelum kita menelusuri asal-usul hidangan ini, saya belanja satu pantun untuk anda semua:
Makan nasi dengan sambal,
Makan perlahan macam siamang,
Jangan ingat anda kebal,
Bila atas meja ada lemang.


Lemang. Lemang semestinya makanan yang susah untuk ditolak jika dipelawa, lebih-lebih lagi di pagi Aidilfitri. Bentuknya yang silinder dan teksturnya yang melekit seakan-akan pulut tetapi ia berwarna putih berbanding pulut yang berwarna kuning. Lemang merupakan makanan tradisi yang dimasak ketika kenduri dan festival seperti Hari Gawai dan tidak lupa juga perayaan sebagai contoh, perayaan yang tidak asing lagi bagi umat Islam, perayaan Aidilfitri dan juga Aidil Adha. Jika tiada lemang di pagi Aidilfitri ia diibaratkan sebagai memakan nasi tanpa lauk-pauk.
Lemang lebih dianggap sebagai makanan yang melambangkan kemeriahan dan hubungan silaturahim antara sesama manusia. Ini kerana lemang bukanlah makanan biasa yang mudah untuk di masak ia memerlukan teknik dan cara yang tepat. Oleh itu, sifat tolong-menolong sesama kita haruslah ada untuk mendapatkan rasa dan tekstur yang memuaskan.
Di dalam sebatang lemang, jumlah tenaga yang terkandung di dalamnya dianggarkan sebanyak 3,778 kalori dan lemang juga tidak mengandungi dietari fiber. Selain itu,di dalam sebatang lemang, terdapat vitamin A yang bagus untuk tumbesaran, kalsium yang memberikan kekuatan kepada tulang dan zat besi yang bertindak sebagai bahan yang memproses protein di dalam badan kita.
Kredit: travelswithsheila.com Sejarah Lemang di Malaysia Lemang di Malaysia dipercayai berasal daripada orang asli di Malaysia yang menggunakan lemang sebagai makanan utama mereka. Makanan yang boleh didapati di seluruh Malaysia ini dipercayai sudahpun menjadi makanan utama Malaysia sejak tahun 1864.
Makanan yang menjadi salah satu simbol tradisi Malaysia ini dikatakan berasal dari orang asli di Kelantan, Malaysia yang dipanggil orang asli Negrito. Orang asli Negrito atau dikenali juga sebagai Orang Semang. Orang Negrito ialah penduduk yang terawal di Kepulauan Melayu dan mereka ialah salah satu kaum orang asli di Malaysia. Sejarah menyatakan Orang Semang sudah wujud sejak 1000 SM dengan bukti penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Selain di Kelantan, Orang Negrito juga mendiami Borneo, Sarawak, penerokaan ini dinyatakan oleh pedangan British suatu ketika dahulu.
Sejarah Lemang di Nusantara Sejarah lemang ini bukan sahaja menunjukkan asal-usul di Tanah Melayu sahaja malah di Indonesia juga mempunyai cerita dan sejarah lemang yang tersendiri. Indonesia mempunyai pelbagai kumpulan etnik yang mengamalkan budaya yang berbeza ini kerana terdapat pengaruh budaya dari luar seperti budaya Melayu. Budaya Melayu tersebar luas di Indonesia terutamanya di Sumatera dan Borneo. Budaya Melayu telah mempengaruhi budaya Indonesia dalam pelbagai aspek terutama sekali dalam aspek makanan. Salah satu hidangan yang diadaptasi daripada budaya Melayu dan dijadikan sebagai sebahagian daripada makanan keraian Indonesia ialah Lemang. Beberapa daerah di Indonesia menyediakan lemang di upacara-upacara tradisi seperti di Bengkulu, Jambi, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Borneo Selatan.
Walaupun setiap daerah menggunakan kaedah yang sama untuk memasak, mereka mempunyai fungsi, penggunaan dan sebab mengapa mereka menggunakan lemang. Di Indonesia, memasak lemang dianggap aktiviti merapatkan hubungan silaturrahim kerana mereka menggunakan cara tradisional yang memerlukan tenaga dan masa yang banyak. Walaubagaimanapun, kaedah tradisional untuk memasak lemang mengambil masa yang lama dan kualiti lemang tidak boleh dijangka kerana untuk mendapatkan kualiti yang baik, mereka hendaklah mempunyai skill yang baik dalam mengawal api yang digunakan.
Kredit: wego.co.id  
Bahan-Bahan Lemang Bahan-bahan mentah yang digunakan untuk memasak lemang termasuklah beras pulut, santan, garam, daun pisang, dan juga bahan yang paling penting sekali, buluh. Bahan-bahan ini perlu dimasukkan secara berperingkat ini kerana buluh berbentuk silinder dan mempunyai ruang yang kecil. Buluh juga memainkan peranan penting dalam memudahkan proses memasak, jika anda menggunakan cara tradisional untuk memasak lemang, pastikan anda memilih buluh yang nipis dan bukan yang tebal kerana buluh yang nipis lebih cepat masak dan mudah menyerap haba berbanding dengan buluh tebal yang kemungkinan mengambil masa berjam-jam dan tidak mustahil boleh mencapai jangka masa memasak selama sehari!
Sebelum memasukkan bahan-bahan asas ke dalam buluh, buluh haruslah dibersihkan. Jadi, selepas buluh dibersihkan, daun pisang dipotong mengikut bentuk silinder dan dimasukkan ke dalam buluh. Seterusnya, beras pulut dimasukkan, diikuti dengan garam yang sudah digaulkan dengan santan. Santan digunakan di dalam lemang bagi mewujudkan rasa lemak yang menyelerakan.
Lemang boleh dinikmati bersama-sama hidangan sampingan lain seperti rendang, kuah kacang, ayam masak merah, lodeh, serunding dan macam-macam lagi! Lemang sama seperti nasi, anda boleh menikmatinya dengan pelbagai jenis lauk dan ia juga mengenyangkan kerana lemang diperbuat daripada beras pulut yang mengandungi kandungan kabohidrat yang tinggi.
Kredit: orangkecilorangbesar.blogspot.  
Jenis-Jenis Lemang Lemang boleh didapati dalam pelbagai jenis, yang pertama sekali ialah lemang yang biasa kita makan iaitu lemang yang menggunakan beras pulut biasa yang berwarna putih dan menggunakan bahan-bahan mentah asas tanpa bahan tambahan.
Kedua ialah lemang pulut hitam. Lemang pulut hitam mempunyai resepi yang sama dengan lemang biasa, cuma perbezaannya ialah jenis beras pulut yang digunakan ialah beras pulut hitam. Apabila dimasak, warna lemang akan menjadi hitam tetapi rasanya tidak lah begitu ketara dengan rasa lemang yang biasa.
Jenis lemang ketiga ialah lemang jagung. Lemang jagung menggunakan bahan yang sama seperti lemang biasa, cuma perbezaannya ialah tambahan jagung yang menambahkan rasa manis di dalam lemang. Warna dan tekstur lemang juga akan kelihatan sedikit berbeza kerana beras pulut dicampur dengan jagung. Selain jagung, anda juga boleh menggantikan jagung dengan bahan lain mengikut kesukaan anda, contohnya seperti durian atau nanas.
Kredit: beritadaerah.co.id  
Cara Memasak Lemang Lemang mempunyai dua cara masakan, yang pertama ialah cara tradisional dan yang kedua ialah cara moden.
Cara tradisional untuk memasak lemang memerlukan tenaga dan masa yang banyak, ini kerana ia perlu dipantau setiap minit dan dikawal apinya supaya lemang-lemang yang di masak tidak terlalu masak(yang boleh bertukar menjadi hangus) atau terlalu mentah. Lemang yang dimasak menggunakan cara masak tradisional haruslah mempunyai dua bahan yang utama iaitu langgai dan api. Langgai digunakan untuk mendirikan lemang-lemang dan kedudukan lemang-lemang tersebut haruslah strategik supaya semua bahagian lemang dikenakan api yang membuatkan ia mudah dan cepat masak. Arang diletakkan di bawah langgai dan kemudiannya, api dipasang.
Cara moden yang digunakan di dalam pembuatan lemang ini lebih mudah dan tidak memakan masa yang lama dalam proses menunggu lemang masak. Mesin yang dinamakan Mesin Memasak Lemang direka oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) ini tidak mewajibkan anda menggunakan buluh dan api untuk memasak lemang. Buluh yang digunakan untuk memasak lemang digantikan dengan silinder keluli tahan karat. Proses memasak kemudiannya dijalankan menggunakan ketuhar dengan suhu 160 darjah selsius dan dimasak dalam masa 2 jam sahaja. Jika dibandingkan dengan cara memasak tradisional, lemang yang dimasak dengan cara moden lebih berkualiti kerana ia masak dengan sekata.
 
Jadi, itulah dia sedikit sebanyak coretan saya tentang sejarah lemang dan perkara-perkara lain berkaitan lemang. Semoga perkongsian ini dapat menjadi bahan bualan dan perbincangan yang bernas semasa anda menikmati lemang bersama rendang pada hari Lebaran nanti!
 
Artikel Lain:
Sejarah Ketupat: Nama, Keenakan dan Kepentingan
Sejarah Rendang di Malaysia: Sajian Meraikan Kegembiraan
Ketupat Sotong, Bagaimana Ketupat dan Sotong Bersatu?
 
The post Sejarah Lemang: Asal-Usul Hidangan Enak Raya appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/culture/sejarah-lemang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fans Ajak Kahwin Selepas Penyanyi Korea Amp Artis Asal Jdt Bakal Lancar Lagu Raya

Fans Ajak Kahwin Selepas Penyanyi Korea Amp Artis Asal Jdt Bakal Lancar Lagu Raya

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 552 hits
Tanggal 31 Mei 2019 bakal menjadi sejarah apabila buat julung kalinya penyanyi dari Korea Selatan berpadu suara dengan artis Malaysia untuk sebuah lagu raya berjudul Insa Raya Insa Raya yang menampilkan penyanyi Korea bernama Jay Kim bersam...
Biar Philips Bantu Mudahkan Persediaan Hidangan Hari Raya

Biar Philips Bantu Mudahkan Persediaan Hidangan Hari Raya

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 375 hits
Assalamualaikum hai semua Biar Philips Bantu Mudahkan Persediaan Hidangan Hari Raya Haa pejam celik kita dah sampai ke pertengahan bulan puasa dah kan Tak lama lagi dah sibuk buat persediaan nak sambut raya pula salah satunya apa yang dimas...
Hilang Di Gunung Muro Pendaki Asal Palangka Raya Mengaku Mendengar Suara Lonceng

Hilang Di Gunung Muro Pendaki Asal Palangka Raya Mengaku Mendengar Suara Lonceng

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 374 hits
Indra Wijaya Arta Kesuma warga Palangka Raya dilaporkan hilang di kawasan Gunung Muro Kecamatan Tanah Siang Selatan Kabupaten Murung Raya Kalimantan Tengah sejak Jumat atau sejak sepekan lalu Setelah dilakukan pencarian Indra akhirnya ditem...
Mesti Baca Buka Minda Asal Usul Hikayat Aladdin Dan Kisah Hikayat 1001 Malam

Mesti Baca Buka Minda Asal Usul Hikayat Aladdin Dan Kisah Hikayat 1001 Malam

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 967 hits
Ramai yang mengenali Aladdin daripada filem Aladdin terbitan Disney Namun Aladdin mempunyai sejarah yang panjang dan cukup menarik untuk diimbas kembali DARI MANA ASAL USUL KISAH ALADDIN Jawapannya ialah daripada koleksi hikayat berjudul 10...
Nasi Carrot Mudah Untuk Hidangan Raya

Nasi Carrot Mudah Untuk Hidangan Raya

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 617 hits
Salam 26 Ramadhan semua Mesti sekarang ramai dah mencari cari resepi dan juadah apa lah nak masak pada raya nanti Kekny percaya kalau bab kuih kuih raya ni hangpa mesti dah siap awai awai kan Last last dekat nak raya ni semua mesti pakat pe...
Sekelumit Asal Usul Kastengel Jajanan Khas Lebaran Di Indonesia

Sekelumit Asal Usul Kastengel Jajanan Khas Lebaran Di Indonesia

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 264 hits
Sekelumit asal usul kastengel jajanan khas Lebaran di Indonesia Diadaptasi khazanah kuliner lokal dari Belanda Sempat dijadikan pengganti mata uang di negeri asalnya
Sejarah Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Sejarah Sambutan Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 1547 hits
Apakah Alasan Umat Islam Menyambut Aidilfitri DanApakah Sejarah Sambutan IniSecara umum seluruh umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal bulan Islam selepas sebulan menjalankan ibadah puasa di Bulan Ramadha...
2 Biskut Badam Paling Enak Rangup Biskut Raya Betul Betul Yummy

2 Biskut Badam Paling Enak Rangup Biskut Raya Betul Betul Yummy

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 779 hits
Kacang badam atau almond adalah kacang yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan khasiat dan dipercayai bermanfaat untuk kesihatan mahupun kecantikan Badam mengandungi protein serat kalsium magnesium kalium zinc selenium kuprum phosphorus bioti...
Justice Beyond Life Tun Mahathir S Tribute To A Fallen Comrade

Whistleblower Himself May Be Implicated In Assemblymen Bribery Case Says Source

Perempuan Terkejut Bila Bayar Rm8 40 Untuk Secawan Milo Panas

Poll Finds Malaysians Divided Over Blanket Ban On 3r Discussions

Minta 2 Dapat 1 Lagi Pendedahan Video Pemberi Maklumat

Dua Lelaki Tular Curi Motosikal Diburu

Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Time To Engage China In Its Terms


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Pembungkusan Yang Berfungsi Menjaga Kesegaran Minyak Esensial

Makan Kerepek Pisang Tanduk Kawan Bagi

Family Mart Dan Gz Baiyun Airport Mehood Liz Hotel Guangzhou

Beg Tangan Jenis Mana Jadi Pilihan Wanita Moden

Business Website Boosts Credibility

Yang Lama Tidak Pernah Dilupakan