Sejarah Getir Bina Lebuh Raya Timur Barat



Pembinaan Lebuhraya Timur Barat ini adalah lambang kegigihan dan pengorbanan generasi dahulu, khususnya pihak JKR dan para pekerja yang tabah meneruskan pembinaan sekalipun berdepan cabaran kerja yang amat sukar dan berisiko tinggi.

Titisan air mata mereka dahulu membawa kesenangan kepada generasi masa kini. Bukan sahaja perjalanan antara pantai Barat dan pantai Timur semakin dekat, ia juga berjaya mengekang kegiatan pengganas komunis. Mungkin generasi sekarang tidak akan dapat menghayati atau memahami erti pengorbanan ini. Bagi mereka lebuh raya tersebut hanyalah laluan yang dibina bagi memudahkan perjalanan mereka dengan selesa dan pantas.

Penderitaan dan pengorbanan para pekerja di sebalik pembinaan Lebuhraya Timur Barat ini  diabadikan dalam bentuk sebuah tugu peringatan berhampiran Kem Sri Banding. Di lokasi inilah komunis melancarkan serang hendap yang memusnahkan 63 jentolak dan membunuh tiga pekerja JKR. 

Catatan pada tugu peringatan tersebut sangat menyayat hati, sangat mengusik kalbu. Juga terdapat papan tanda mengandungi gambar-gambar dan penerangan ringkas mengenai serangan komunis berkenaan serta proses pembinaan lebuh raya berhampiran tugu tersebut.

Diperturunkan tulisan pada batu ingatan tersebut yang bertajuk;  `Pengorbanan Dalam Kenangan Jalan Raya Timur Barat (1970-1982)’.

“Jalan Raya Timur Barat (Gerik-Jeli) telah dibuka pada lalu lintas pada 1 Julai 1982. Banyak nyawa telah terkorban semasa kerja pembinaan dilaksanakan mulai tahun 1970. Ada yang terkorban semasa kemalangan di tempat kerja dan ada yang diserang oleh pengganas komunis.
“Di lokasi ini 63 buah mesin jentolak tanah telah diletupkan oleh pengganas komunis pada 23 Mei 1974. Di lokasi ini juga tiga nyawa pekerja JKR telah terkorban dan beberapa lagi cedera dalam serangan pengganas pada 27 Ogos 1974.

Beberapa serangan lain juga telah berlaku di sepanjang jalan raya yang melibatkan pekerja JKR dan anggota pasukan keselamatan. Kita memperingati semua yang telah berkorban nyawa bagi menjayakan pembinaan Jalan Raya Timur Barat ini. Sila sedekahkan Al-fatehah kepada orang-orang yang terkorban di sini.”

Sejajar dengan Rancangan Pembangunan Rangkaian Lebuhraya Malaysia 1993, Lebuhraya Timur Barat disambung selari dengan pembinaan Lebuhraya Butterworth-Kulim. Titik penghujung lebuh raya tersebut di persimpangan Sungai Seluang menjadi titik permulaan Lebuhraya Butterworth-Kulim.

Bahagian Kulim-Baling dibina dahulu diikuti bahagian akhir dari Titi Karangan ke Gerik di mana lebuh raya sambungan itu bertemu dengan Lebuhraya Timur Barat yang asal. Pembinaan bahagian akhir ini bermula pada 2001 dan siap pada 2005. Jarak antara Kulim dengan Gerik ialah 125 kilometer melalui lebuh raya sambungan ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/02/vgj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Catatan Tragedi Jalan Raya Timur Barat

Catatan Tragedi Jalan Raya Timur Barat

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 338 hits
Pengorbanan anggota tentera dan polis sinonim berdepan dengan ancaman komunis Jarang sekali kita mengetahui mengenai pengorbanan pekerja Jabatan Kerja Raya berdepan ancaman komunis Antara yang tersimpan dalam lipatan sejarah ialah pengorban...
Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Malam Ini

Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Malam Ini

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 292 hits
06 Februari 2019 10 58 PM KUALA LUMPUR Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih dilaporkan bergerak perlahan setakat pukul 10 30 malam ini Menurut jurucakap PLUS
Kerajaan Negeri Pulau Pinang Jual Beribu Ekar Hak Tambakan Laut Untuk Biayai Lebuh Raya Penang Island Link

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Jual Beribu Ekar Hak Tambakan Laut Untuk Biayai Lebuh Raya Penang Island Link

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 334 hits
Lebuh Raya Pan Island Link adalah satu projek ketika Menteri Kewayangan kita memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang Kos lebuhraya yang panjangnya 19 5km pada mulanya diumumkan sebagai RM7 5 bilion Untuk membiayai projek ini Kerajaan Pu...
Keajaiban Menawannya Pesona Pinggiran Jawa Timur Banyuwangi

Keajaiban Menawannya Pesona Pinggiran Jawa Timur Banyuwangi

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 342 hits
Bosan pergi Jatim tapi Malang atau Surabaya aja Nah ada daerah lain yang dapat kalian datangi lho Banyuwangi tempat nya surga dunia bawah laut yang tak kalah eksotis dengan pulau di seberangnya Yup Bali haha sudah terlalu banyak turis yang ...
1 200 Lampu Jalan Tenaga Surya Terangi Empat Kabupaten Di Jawa Timur

1 200 Lampu Jalan Tenaga Surya Terangi Empat Kabupaten Di Jawa Timur

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 252 hits
Kementerian ESDM menaruh sebanyak 150 unit di Kabupaten Gresik 450 unit di Kabupaten Tuban serta masing masing 300 unit untuk Kabupaten Tuban dan Kabupaten Bojonegoro
Survei Indopolling Di Jabar Jokowi Kuasai Wilayah Timur Prabowo Unggul Di Selatan

Survei Indopolling Di Jabar Jokowi Kuasai Wilayah Timur Prabowo Unggul Di Selatan

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 313 hits
Elektabilitas Capres nomor urut 01 Joko Widodo Maruf Amin dan Capres nomor urut 02 Prabowo Subianto Sandiaga Uno terpaut tipis Basis pemilih kedua kandidat di Jawa Barat terbagi hampir rata sama kuat meski masih dinamis
Bmkg Keluarkan Peringatan Waspada Gelombang 4 Meter Di Timur Indonesia

Bmkg Keluarkan Peringatan Waspada Gelombang 4 Meter Di Timur Indonesia

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 245 hits
BMKG mengimbau untuk memperhatikan risiko tinggi terhadap keselamatan pelayaran nelayan dan sejumlah kapal yang akan melaut
Ridwan Kamil Jawa Barat Paling Diminati Investor

Ridwan Kamil Jawa Barat Paling Diminati Investor

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 288 hits
Kang Emil mengatakan ada beberapa alasan khusus yang membuat Jawa Barat terlihat menarik di mata investor salah satunya pembangunan infrastruktur yang tumbuh subur di provinsi tersebut Sementara itu dilihat dari sisi geografis Jawa Barat di...
Hidangan Asli Pantai Timur Di Warung Ambo Bangi

Hidangan Asli Pantai Timur Di Warung Ambo Bangi

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 1716 hits
Assalamualaikum semua warga Bangi Kajang Putrajaya sekitarnya Warung Ambo telah membuka Cawangan baru di Sungai Tangkas Bangi telah beroperasi sepenuhnya pada 19 January 2019 Untuk menikmati pelbagai hidangan asli pantai Timur seperti Nasi ...
How Weather Conditions Affect Driving Safety

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri

Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pokemon Fire Red Version

Kenapa Kotak Scent Diffuser Perlu Rekaan Premium Profesional

Nasi Goreng Telur Dan Sosej Di England

Jangan Berduka Atas Apa Yang Luput Darimu Dan Jangan Terlalu Bahagia Atas Apa Yang Allah Karuniakan Kepadamu

Lirik Lagu Bulan Ku Wanns Ahmad

Lirik Lagu Cinta Tak Dihargai Amiy Molekk