Sehari Di Mabul
Ok, sambung dari bahagian 1.
1 – 1330. Sphere Diver. Ready untuk aktiviti seterusnya, snorkeling.
2 – 1354. Checkpoint pertama. Mabul Water Bungalow Resort. Malang sekali, snorkeling spot kat sini tak menarik bagi aku. Lagipun, untuk snorkeling ni aku tak teruja pun, sebab, aku kan tak berapa gemar air laut. Nak layan boleh je, tapi kena amik mood dulu.
snorkeling bawah bungalow
3 – 1444. Checkpoint kedua. Borneo Divers. Sini pun tak menarik. Tapi, ok lah sebab laut jernih. Kau tengok dari atas pun boleh nampak batu karang. Kat sini aku terjun. Tapi kau tahu, aku dah lah tak reti berenang, kau gila masuk air kaki tak cecah dasar. Cuak siot! (Macamlah ini first time kau snorkeling -_-‘ )
snorkeling dekat dock
4 – Masa menyelam pun tamat. 30 minit bersiap sebelum ke aktiviti seterusnya.
5 – 1650. Jalan-jalan pusing kampung. Aktiviti ni aku suka. Ada situasi yang reminds me of my childhood. Ewaaah! Untuk aktiviti macam ni, kalau ada yang memang jenis tak suka nak explore budaya orang, tambat dia siap-siap dekat bilik. Bak kata pepatah, “if you reject the food, ignore the customs, fear the religion and avoid the people, you might better stay at home“.
ye. majoriti, islam sini.
6 – Satu perkara yang kau tak digalakkan untuk buat adalah, beri duit dekat budak-budak tempatan. Kalau kau hulur kat sorang, berbondong-bondong ikut kau nanti.
budak ni ikut aku dari masjid tadi. ada la dalam 400-500 meter.
kau tengok, ini aktiviti petang dorang
asalkan boleh terapung, jalan.
7 – Selesai pusing hampir keseluruhan pulau, bersiap untuk makan malam. Yang best, makan. Yang tak best, malam terakhir. Tak puas.
udang selipar, ketam bunga, ketam apa tah satu lagi.
8 – 1922. Makan malam.
9 – Selesai makan, aktiviti bebas. Berhibur sambil menikmati suasana malam.
28/9/ 2013
10 – 0951. Selamat tinggal Pulau Mabul. Mungkin kita akan berjumpa lagi. Mungkin.
11 – 1103. Sampai Jeti Awam Semporna. Letak barang dalam van, jalan-jalan pekan Semporna. Kat sini terkenal dengan ikan masen je. Lokasi tempat ikan masen ni jauh sikit. Takde lah jauh sangat. Masuk jeti, pusing belakang. Banyak pasar kat kawasan jeti.
ini memang pesen aku. pergi mana-mana, memang akan cari kopi.
tak ingat dah apa nama binatang ni.
ikan masin
12 – 1221. Ke airport Tawau.
13 – 1331. Sampai airport. Good news; flight has been delayed. Yeaaay!
14 – 1904. Touchdown. LCCT. Beli tiket bas Aerobus, RM8 sampai KL Sentral. Bas setiap 30 minit. Habes!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://backpackers.my/sehari-di-mabul-bhgn-2/