Sedikit Perkongsian Bila Kita Matang
Sedikit perkongsian bila kita matang. Aku suka baca posting ni by Cecelia Lagak. Aku copy semula sebab ada gambar yang kurang sesuai attached pada posting tu
Takpe. Bacalah.Mungkin kita akan lebih matang lepas ni.
Bila kita matang,Tidak suka pada sesiapa pun kita takkan post apa-apa,di media sosial yang ditujukan kepada dia, yang memerli atau menyindir kerana kita tahu bahawa tiada guna untuk memberitahu satu dunia tentang ketidaksukaan kita pada insan tersebut. Ini antara kita dan dia sahaja,cukup. Tak perlu melibatkan orang lain.
Bila kita matang,Kita tidak akan cepat melenting dan terkesan dengan perbuatan-perbuatan mereka yang kurang senang dengan kehidupan kita kerana kita tahu yang sebenarnya kehidupan kita jauh lebih baik lagi daripada mereka yang suka berbicara di belakang kita. Betul kan?
Bila kita matang,Kita takkan stalk orang yang kita tak suka untuk up-to-date dengan apa yang dibuatnya,untuk mencari kesalahan dan kesilapannya supaya kita boleh menceritakannya pada orang lain dalam bentuk umpatan ataupun fitnah. Kita hanya fokus kepada kehidupan sendiri sahaja. Tahan nafsu untuk mencipta drama yang boleh menjadi punca terjadinya filem huru hara.
Bila kita matang,Kita lebih banyak berdiam diri apabila kita diumpat, difitnah, diperli dan disindir. Tiada guna untuk menjelaskan kepada mereka akan perkara yang sebenar kerana hakikatnya mereka tetap tidak akan boleh menerima penjelasan kita
Media sosial bukan tempat yang sesuai untuk meluahkan perasaan sedih,sebaiknya cari jalan penyelesaian dengan berjumpa pakar kaunseling.
Kadang kita mengutuk orang yang memberi debat/komen tetapi kita tidak sedar sebenarnya kita sendiri yang suka membuka aib sendiri dan cari sakit hati sendiri.
Salam sayang Cecelia Lagak 😘#mylifemystory#pengalamanmendewasakan
Alhamdulillah, Sha dah tak macam tu luah yang negatif-negatif. Memang lah geram dan terasa hati, risau, menangis keseorangan... Tapi nak tulis yang bukan-bukan, memang tidaklah. Jauh sama sekali.
Matang la kot. Tahun 2025 masuk umur yang penting, 40 tahun.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sha-myheart.blogspot.com/2025/01/sedikit-perkongsian-bila-kita-matang.html