Sedapnya Daging Palembang Datin Seri Qustina Siap Bagi Resipi Lagi
Sedapnya ! Itulah yang dapat dikatakan sebaik sahaja menjamah Daging Palembang yang disajikan oleh Datin Seri Qustina ini. Tak sangka dalam pada sibuk, beliau sempat memasak. Bila ditanya apa rahsia? Jawabnya tidak ada rahsia, cuba menu ini adalah warisan turun temurun keluarga beliau yang menjadi hidangkan wajib bila keluarga berkumpul, ada kenduri dan Hari Raya. Tambah beliau keenakan Daging Palembang sedap bila cukup asam garam dan ia banyak menggunakan kicap, serai dan bawang. Kesempatan itu, juga beliau turut kongsikan dua lagi menu yang dihidangkan pada hari RASA bertamu di kediaman beliau iaitu Semur Ayam dan Bendi Goreng Udang Kering.
Anda yang teringin bolehlah mencuba!
DAGING PALEMBANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | direbus dan hiris nipis6 batang serai | dititik1 cawan air rebusan daging1 cawan kicap lemak manis1/2 cawan minyak masak1 sudu makan rempah kari2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai2 sudu makan kerisikBAHANKISAR:
5 labu bawang besar5 biji bawang merah6 ulas bawang putih3cm halia3cm lengkuas10 biji cili keringBAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelagaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis rempah penumis bersama serai hingga wangi.Kemudian masukkan bahan kisar, terus kacau hingga pecah minyak.Masukkan daging yang telah direbus dan gaul sebati.Kemudian tambahkan air rebusan daging dan biarkan mereneh.Setelah air daging kering masukkan dan kisap pekat manis dan kerisik.Jika kurang masin atau manis, boleh tambah garam dan gula.Kecilkan api dan terus kacau hingga pecah timbul minyak.Tutup api dan sedia dihidangkan.
SEMUR AYAM:
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 121 cawan kicap manis1 biji bawang besar |hiris bulat3 biji cili merah | hiris serong1 sudu makan air asam Jawa1 sudu makan lada hitam | kisar kasarGaram dan gula secukup rasaAir secukupnyaMinyak masak | untuk menumisBAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm batang kulit kayu manis3 biji buah pelaga2 kuntum bunga lawangBAHAN KISAR:
4 ulas bawang putih5 ulas bawang merah3cm halia1 sudu makan biji ketumbar1 sudu teh jintan manis1 sudu teh jintan putihCARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.masukkan bahan kisar. Kacau rata.Apabila pecah minyak, masukkan ayam, kacau rata dan tutup seketika kuali.Setelah ayam kecut dan air kering sedikit masukkan air asam Jawa dan kicap.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Setelah kuah kelihatan agak pekat, taburkan serbuk lada hitam.Kacau seketika dan tutup api.Ayam semur sedia dihidangkan panas-panas.
BENDI GORENG UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
300gm bendi | cuci bersih dan hiris serong2 biji cili merah | hiris serong1 biji bawang besar | hiris2 ulas bawang putih | cincang halus1 sudu makan udang kering | cuci bersih dan toskanGaram dan gula secukup rasa2 sudu makan minyak untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.Kemudian masukkan udang kering, kacau rata.Masukkan kacang bendi dan hirisan cili.Kacau seketika dan masukkan sos tiram.Kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas:
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/10/sedapnya-daging-palembang-datin-seri.html