Sebarkan Mengenai Lane Hogger



22 Julai 2025 - Selasa (26 Muharram 1447H)
'Lane Hogger' merujuk kepada pemandu yang mengekalkan kedudukan dalam satu lorong, terutamanya lorong kanan atau tengah di lebuh raya pelbagai lorong, melebihi tempoh yang perlu tanpa niat untuk memotong kenderaan lain atau beralih ke lorong lain. Tingkah laku ini bukan sahaja mengganggu kelancaran aliran trafik, malah boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Pengetahuan asas ketika memandu di lebuh raya sangat penting bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya. Sebagai pengguna lebuh raya setiap hari, memang tak dinafikan ramai pemandu yang suka 'berkampung' di lorong tengah dan memandu dengan sangat perlahan. Tabiat ini bukan saja menjengkelkan tapi juga boleh membahayakan — terutamanya apabila kenderaan yang lebih laju terpaksa membrek secara mengejut untuk mengelakkan pelanggaran dengan kenderaan yang lebih perlahan di hadapan. 

Kepada semua pemandu perlahan dan 'lane hogger', tengok video ni dan hadam betul-betul.Kamu antara punca utama kesesakan jalan raya.
Video ini khas untuk Lane HoggerLihat cermin belakang dan sisi sebelum beri isyarat memotong- sumber dari: X @bckupacc99 -

Bila tengok video ni, rasa macam perkara kecil pun nak diajar — tapi realitinya, memang wujud pemandu yang beria kekal di lorong tengah walaupun hanya memandu 80km/j. Situasi begini memang mendatangkan stress. Tak semua orang ada kesedaran atau common sense untuk faham kenapa itu satu masalah. Tambah pula, ada yang enggan menggunakan lorong kiri sebab keadaannya tak rata atau jalan rosak — nak 'healing' pun jadi tak selesa, jadi ramai yang elak lorong tu


Masalah lane hogging ni aku alami hampir setiap hari. Biasanya, bila ada pemandu lain tailgate [memandu terlalu rapat di belakang kenderaan hadapan, tanpa jarak selamat], tahu pula mereka marah. Sudah banyak kali aku cuba menggunakan lorong paling kiri — 90km/j, steady, potong satu-satu kereta yang ‘berkampung’ di lorong tengah. Lepas tu aku slowdown sikit ke 80km/j, nak tengok siapa yang kejar. Tak ada..! Semua tertinggal. Gila betul tahap ignorance ni — bawa perlahan tapi ego tinggi. Bila kena hon atau dipotong, mula tunjuk marah. Tapi bila jalan kosong, bukan main laju — sampai selekoh, terus brek macam nampak speed trap. 
Sering kali aku lihat pemandu yang memandu perlahan di lorong paling kiri, walaupun ada kenderaan berat mengekori rapat di belakang. Apabila kenderaan berat terpaksa memotong dan masuk ke lorong tengah, terus dilabel sebagai ‘bawa laju’ — walhal mereka cuma cuba mengatasi kereta yang sengaja menghalang laluan. Lepas tu bila kenderaan berat potong masuk lorong tengah, terus bising kata 'Eh!Kenapa dia laju sangat ni?' — sedangkan realitinya, mereka cuma nak potong kereta kau yang lembab. Kau yang perlahan, kau pula yang lebih-lebih. 
Fikirlah sikit.
Jangan pentingkan diri sendiri. Kenderaan berat pun ada had masa, ada tanggungjawab besar, bukan main-main. Jalan raya bukan kau punya seorang


Ramai pemandu Malaysia tak pernah nak faham konsep 'keep left unless overtaking', yang dihafalnya cuma 'kenderaan berat duduk kiri', itu pun separuh ingat. Ramai pemandu rasa mereka bukan kenderaan berat — sebab tu selamba je duduk di lorong tengah atau kanan walaupun memandu perlahan. Lorong tengah dah jadi zon selesa, lorong kiri pula sikit pun tak dipandang, tak layak digunakan kononnya. Hakikatnya, lorong kiri tu yang paling banyak menyelamatkan masa dan kesabaran

Jadilah pemandu berhemah, berdisiplin dan mengikut peraturan jalan raya. InsyaAllah, kita dan orang sekeliling kita pun rasa selamat menuju ke destinasi.
@RemajaPurba: Drive safe and be kind.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizamia3.blogspot.com/2025/07/sebarkan-mengenai-lane-hogger.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
We Can T Be There 24 7 Jpj Proposes Cctv To Punish Lane Abuse By Motorists Cyclists

We Can T Be There 24 7 Jpj Proposes Cctv To Punish Lane Abuse By Motorists Cyclists

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 93 hits
JPJ officers monitoring traffic flow at its control room in Hulu Langat Selangor File picture by Hari AnggaraKUALA LUMPUR July 20 The Road Transport Department is exploring the use of closed circuit television systems to monitor and act aga...
Ulasan Pendedahan Rafizi Mengenai Sokongan Kepada Pkr Makin Merudum

Ulasan Pendedahan Rafizi Mengenai Sokongan Kepada Pkr Makin Merudum

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 129 hits
Bohong jugakah sokongan kepada PKR makin merudum Hishamuddin AunDapatan terbaru Rafizi Ramli berdasarkan data tidak boleh semudah menuduhnya mereka reka cerita Bisa sengatan Rafizi Ramli nampaknya sudah mula memberi kesan kepada PKR apabila...
Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

How Smart Fabrics Are Redefining The Future Of Wearable Technology

Sustainable Data Centre Framework Set For October Launch

Hutang Baru Tambah 5 Billion Pmx Umum Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat

Saham As Melonjak S P 500 Catat Rekod Keenam Pengeluar Cip Melonjak

Petua Rawatan Tradisional Untuk Sawan

Selingkuh Dengan Adik Ipar Demi Cinta Wanita Renjat Suami Sampai Mati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mulan Jameela Abracadabra Chord

Keterangan Tak Cukup Untuk Dakwa Zamri Vinoth Firdaus Wong

Affordable Cars Dominate Market As Consumers Downtrade Amid Economic Pressures

Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Arteta Pertahan Tindakan Arsenal Dalam Isu Partey

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1