Sebanyak 103 Projek Pembangunan Bekalan Air Pahang Berjaya Di Siapkan Kos Rm121 2 Juta




KUANTAN:  Sebanyak 103 projek Pembangunan Bekalan Air Pahang berjaya disiapkan membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehingga kini kerajaan Pahang dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) mempunyai 32 projek yang sedang dalam peringkat pelaksanaan.
Menurutnya, Surat Setuju Terima (SST) telah diserahkan kepada kontraktor yang dilantik dengan nilai keseluruhan berjumlah RM461 juta.
"Selain itu, projek masih belum dilaksanakan, namun ia di peringkat pra-pembinaan. Kerja-kerja ini termasuk merancang, juru perunding dan mendapatkan kelulusan pelbagai peringkat sama ada pengurusan perolehan atau kelulusan perancangan projek," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif, (BN-Inderapura) yang ingin tahu kedudukan semasa kewangan PAIP dalam menampung keperluan pembangunan dan naik taraf bekalan air pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Wan Rosdy turut menjelaskan sejumlah 82 projek sedang dalam peringkat pra pembinaan membabitkan komitmen kewangan berjumlah RM1.91 billion.
Katanya, ini sejajar dengan hasrat kerajaan Pahang merealisasikan pengurangan masalah bekalan air kepada 90 peratus pada tahun 2026.
"Kerajaan negeri dan PAIP akan sentiasa berusaha memastikan mutu perkhidmatan bekalan air terus ditingkatkan dari masa ke masa.
'Sebagai harapan untuk PAIP terus melaksana projek-projek pembangunan dan menambah baik keperluan operasi seterusnya disampaikan kepada pengguna. Berilah ruang dan masa kepada PAIP untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri," katanya.
Sebelum itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang sedaya upaya membantu PAIP agar ia menjadi sebuah syarikat yang mempunyai tadbir urus baik dan mempunyai kewangan kukuh sekali gus memberikan perkhidmatan bekalan air yang baik kepada pengguna.
"Kewangan PAIP menunjukkan satu peningkatan yang ketara. Buat pertama kali dalam sejarah pengkorporatan, PAIP telah berjaya mencatat keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir Disember 2023.
"Usaha ini bukan datang secara sekelip mata, ia sudah pasti hasil saban tahun menerusi tadbir urus yang baik dan penambahbaikan berterusan dari masa ke masa," jelasnya.
Beliau berkata, kedudukan aliran tunai yang lebih positif dan kukuh adalah lebih diutamakan bagi memastikan PAIP berdaya saing dalam menyediakan kerja-kerja perbelanjaan modal (CAPEX).
Jelasnya, kerja perbelanjaan modal ini akan menjadi fokus utama dalam memastikan PAIP mampu memberikan perkhidmatan yang baik kepada pengguna.
"Insya-ALLAH, kedudukan kewangan yang kukuh ini, dapat memberikan keyakinan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk memberi peruntukkan kewangan dalam usaha PAIP menggantikan paip-paip usang, menaik taraf loji dan tangki-tangki.
"Keadaan operasi juga akan dipertingkatkan dengan pengukuhan kewangan ini. Walau bagaimanapun, proses ini memerlukan masa untuk melihat hasilnya secara keseluruhan," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/05/sebanyak-103-projek-pembangunan-bekalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Memperuntukkan Kos Bernilai Rm2 734 Juta Selaku Tuan Rumah Mthqk 2024

Kerajaan Pahang Memperuntukkan Kos Bernilai Rm2 734 Juta Selaku Tuan Rumah Mthqk 2024

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 203 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang memperuntukkan keseluruhan kos bernilai RM2 734 juta selaku tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H 2024M yang akan diadakan di Auditorium Darul Makmur Kompleks Penyiaran Sulta...
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Kenal Pasti Potensi Pembangunan Sekitar Stesen Ecrl

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Kenal Pasti Potensi Pembangunan Sekitar Stesen Ecrl

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 240 hits
KUANTAN Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang sedang mengenalpasti beberapa kawasan berpotensi boleh dibangunkan di sekitar stesen Laluan Rel Pantai Timur di negeri ini Exco Pelaburan Perindustrian Sains Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Moham...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 355 hits
KUANTAN Jabatan Kesihatan Negeri Pahang merampas produk ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi yang dijual dalam talian bernilai RM1 juta di daerah ini semalam Pengarahnya Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata rampasan dilakukan ...
Pahang Lulus Cadangan Projek Perintis Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif Seluas 220 Hektar Di Hulu Jelai

Pahang Lulus Cadangan Projek Perintis Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif Seluas 220 Hektar Di Hulu Jelai

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 129 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang meluluskan cadangan Projek Perintis Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif di atas tanah seluas 220 hektar di Sungai Wang Mukim Hulu Jelai Lipis Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kelulusan...
Tengku Zulpuri Sebanyak Lebih 160 000 Hektar Tanah Kerajaan Di Pahang Di Dakwa Telah Di Teroka

Tengku Zulpuri Sebanyak Lebih 160 000 Hektar Tanah Kerajaan Di Pahang Di Dakwa Telah Di Teroka

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 158 hits
KUANTAN Lebih 160 000 hektar tanah kerajaan didakwa diterokai di seluruh Pahang Ahli Dewan Undangan Negeri Tras Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata data itu diperolehi berdasarkan pengetahuan dan semakan dilakukan oleh beliau Saya tidak m...
Kerajaan Pahang Salur Peruntukan Rm1 2 Juta Untuk Program Celik Al Quran Oku Penglihatan

Kerajaan Pahang Salur Peruntukan Rm1 2 Juta Untuk Program Celik Al Quran Oku Penglihatan

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 113 hits
KUANTAN Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1 2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi Program Celik al Quran Braille untuk golongan orang kurang upaya penglihatan beragama Islam Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Pemb...
Sebanyak 70 Tahfiz Pondok Daripada 199 Instutusi Pendidikan Agama Di Pahang Masih Belum Berdaftar

Sebanyak 70 Tahfiz Pondok Daripada 199 Instutusi Pendidikan Agama Di Pahang Masih Belum Berdaftar

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 143 hits
KUANTAN Sebanyak 70 tahfiz dan pondok daripada 199 instutusi pendidikan agama di negeri yang masih belum berdaftar kerana gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan Exco Hal Ehwal Agama Islam Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Pa...
Data Peribadi 49 Juta Pelanggan Dell Bocor

Data Peribadi 49 Juta Pelanggan Dell Bocor

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 151 hits
TEXAS Dell Technologies mengesahkan pihaknya sedang menyiasat pelanggaran dan pencerobohan data yang mengakses jutaan maklumat pelanggan Syarikat teknologi di Amerika Syarikat mengesahkan pelanggaran itu kepada portal berita UPI menerusi em...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut