Sebaknya Yatim Piatu Sekelip Mata Dilahirkan Bawah Runtuhan Gempa Bumi Syria


Masih panjang umur tapi yang sedihnya bayi ini kehilangan ahli keluarga terdekat. Menerusi kenyataan media, ahli keluarga berusaha mengeluarkan bayi perempuan yang tali pusat masih melekat dengan ibunya yang sudah meninggal dunia dalam tragedi gempa bumi di Syria awal pagi semalam.
Bayi yang terperangkap di bawah timbunan bangunan runtuh akibat gempa buruk di utara negara terbabit dikeluarkan hidup-hidup meskipun ibunya meninggal dunia.
Menurut Khalil al-Suwadi, bayi itu adalah satu-satunya keluarga terdekatnya yang terselamat, sementara yang lain terbunuh susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Syria serta negara jiran Turkiye hingga meranapkan rumah keluarganya di bandar Jindayris yang dikuasai pemberontak.
Kredit Foto: AP “Kami terdengar suara ketika sedang menggali (runtuhan bangunan).
“Kami segera membersihkan kotoran dan menemukan bayi perempuan dengan tali pusat masih melekat pada ibu dan kami memotongnya, kemudian sepupu saya membawanya ke hospital,” katanya kepada AFP.
Video yang memaparkan usaha menyelamat itu tular di media sosial.
Rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki segera berlari daripada timbunan bangunan empat tingkat yang runtuh sambil memegang bayi kecil yang dipenuhi kotoran.
Kemudian seorang lagi lelaki berlari ke arah lelaki pertama sambil membawa selimut bagi berusaha memanaskan bayi dilahirkan dalam suhu bawah sifar, manakala individu yang lain menjerit meminta kenderaan untuk membawanya ke hospital.
Kreditn Foto: AP Bayi itu dibawa untuk rawatan di bandar berhampiran, Afrin manakala ahli keluarga meneruskan pencarian selama beberapa jam lagi sebelum menemukan mayat bapa bayi itu, Abdullah, ibu Afraa, empat beradik serta seorang ibu saudara.
Rumah keluarga itu antara kira-kira 50 kediaman di Jindayris yang musnah akibat gempa bumi lapor wartawan AFP.
Sementara itu, menurut pihak berkuasa, tragedi itu mengorbankan lebih 1,600 orang di Syria dan lebih 3,400 orang terbunuh di Turkiye.
Pekan dan bandar yang dikuasai pemberontak itu merekodkan kira-kira 800 kematian akibat gempa itu.
Kredit Foto: AP Di dalam inkubator di hospital di Afrin, bayi baru lahir itu yang diselamatkan kelihatan disambungkan ke cairan intravena, badannya luka dan pergelangan tangan kirinya berbalut dengan dahi dan jarinya kebiruan akibat kesejukan.
“Keadaan terkininya stabil. Ketika dibawa ke sini bayi mengalami hipotermia kerana terlampau sejuk,” kata doktor pediatriknya, Dr Hani Maarouf yang bertugas memantau perkembangan bayi itu.
Kredit: Metro via AFP
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 
 
 
 
The post Sebaknya! Yatim Piatu Sekelip Mata. Dilahirkan Bawah Runtuhan Gempa Bumi Syria appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sebaknya-yatim-piatu-sekelip-mata-dilahirkan-bawah-runtuhan-gempa-bumi-syria/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Ibu Bersalin Bawah Runtuhan Gempa Bumi Turki Syria Bayi Selamat Ibu Meninggal Dunia

Video Ibu Bersalin Bawah Runtuhan Gempa Bumi Turki Syria Bayi Selamat Ibu Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 215 hits
Dunia baru sahaja dikejutkan dengan gempa awal pagi dengan magnitud 7 8 itu dipercayai yang terburuk melanda Turki pada abad ini malah gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan Ia turut disusuli satu lagi gempa besar pada petang ini dengan...
Angka Terbaru 3 800 Maut Mangsa Gempa Bumi Di Turkiye Syria

Angka Terbaru 3 800 Maut Mangsa Gempa Bumi Di Turkiye Syria

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 156 hits
Angka terbaru 3 800 maut mangsa gempa bumi di Turkiye Syria Dikemas kini 49 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Feb 2023 8 1
Gempa Bumi Pergerakan Mengejut Permukaan Bumi

Gempa Bumi Pergerakan Mengejut Permukaan Bumi

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 190 hits
Gempa bumi adalah pergerakan mengejut permukaaan bumi disebabkan oleh pergerakan batuan di sepanjang garis sesar atau di atas persempadanan plat tektonik Walau bagaimanapun gempa bumi juga boleh disebabkan oleh aktiviti gunung berapi Semaki...
Smart Selamatkan 5 Mangsa Gempa Bumi Turkiye

Smart Selamatkan 5 Mangsa Gempa Bumi Turkiye

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 144 hits
PASUKAN penyelamat negara MAS 01 Smart berjaya menyelamatkan lima mangsa gempa bumi di kawasan runtuhan bangunan kediaman enam di Nurdagi di Gaziantep Turkiye pada jam 2 20 petang waktu tempatan Sabtu Komander kontinjen MAS
Abang Kereta Buruk Hantar Bantuan Untuk Mangsa Gempa Bumi

Abang Kereta Buruk Hantar Bantuan Untuk Mangsa Gempa Bumi

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 208 hits
Sarvar Bashirli membawa barang barang untuk diberikan kepada mangsa gempa bumi di dalam keretanya menuju ke Baku Azerbaijan baru baru ini Foto Anadolu AgencyANKARA Turkiye Seorang lelaki Azerbaijan berusia 33 tahun tular di media sosial ker...
Mangsa Gempa Turkiye Syria Cecah 24 000

Mangsa Gempa Turkiye Syria Cecah 24 000

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 147 hits
Mangsa gempa Turkiye Syria cecah 24 000 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Feb 2023 7 35AM
Salt Bae Janji 5 000 Hidangan Sehari Kepada Mangsa Gempa Bumi

Salt Bae Janji 5 000 Hidangan Sehari Kepada Mangsa Gempa Bumi

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 178 hits
Salt Bae berjanji untuk menghantar 5 000 hidangan makanan sehari kepada mangsa mangsa gempa bumi Turkiye Getty ImagesANKARA Cef selebriti Salt Bae berjanji akan menyediakan 5 000 hidangan makanan sehari kepada mangsa gempa bumi kuat di Turk...
Ajaibnya Selepas 3 Hari Bawah Runtuhan Bayi 2 Bulan Di Bawa Keluar Dalam Keadaan Masih Hidup

Ajaibnya Selepas 3 Hari Bawah Runtuhan Bayi 2 Bulan Di Bawa Keluar Dalam Keadaan Masih Hidup

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 151 hits
Gempa bumi di Turki telah menghancurkan banyak bangunan dan memakan banyak nyawa Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia gempa bumi yang berlaku di Turki dan Syria ini mungkin telah mengorbankan sehingga 20 000 nyawa Pakar menjelaskan gempa bumi...
Gempa Bumi Turkiye Antara Bencana Paling Dahsyat Sejak 1668

Gempa Bumi Turkiye Antara Bencana Paling Dahsyat Sejak 1668

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 165 hits
BRUSSELS 18 Rejab 1444H Khamis Gempa bumi kuat berukuran 7 8 magnitud yang melanda selatan Turkiye pada Isnin adalah antara yang paling dahsyat pernah berlaku di wilayah itu sejak 1668
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik