Sebahagian Besar Janji Mou Perlu Dipenuhi Sekitar Mac 2022



Parlimen Malaysia sudah cukup lama dikekang oleh kerajaan sejak 1960an apabila Darurat dikuatkuasakan lanjutan rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Sejak itu, kebebasan Parlimen dihadkan dan institusi tersebut diletakkan di bawah kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Bagi Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih kang, penghadkan kuasa Parlimen menyebabkan peruntukan kepada Ahli Parlimen dibeza-bezakan dan peranan pembangkang amat sedikit dalam kelulusan Rang Undang-undang.
Sehubungan itu, katanya, memorandum kerjasama (MoU) antara Kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan diharap akan memberi sinar baharu dalam pengurusan Parlimen di negara ini.
“Mungkin ramai tak faham undang-undang perkhidmatan Parlimen. Sebelum ini memang kita ada Akta Perkhidmatan Parlimen, tetapi selepas itu akta ini dimansuhkan dan semua kewangan dan dana diagihkan untuk Parlimen datang dari Jabatan Perdana Menteri.
“Itu sebabnya kita ada seorang menteri yang bertanggungjawab dengan undang-undang dan Parlimen. Sebab Eksekutif yang agihkan dana dan Parlimen perlu selalu berbincang dengan menteri untuk dapatkan apa yang mereka mahu. Kami rasa ini sistem yang sangat teruk untuk kebebasan Parlimen, sebab wang diagihkan oleh kerajaan.
“Kalau kita ada satu undang-undang perkhidmatan Parlimen maka setiap Belanjawan akan ada peruntukan tertentu dan Parlimen akan kendalikan sendiri. Untuk lantik kakitangan baru atau wujudkan lebih banyak jawatankuasa khas akan diputuskan oleh Parlimen sendiri.
“Saya yakin dengan wujudnya undang-undang perkhidatan Parlimen maka kita lebih bebas,” kata Chang dalam temubual maya Lensa Parlimen bertajuk: “MoU dan Reformasi Institusi Parlimen,” petang semalam.
Menurut Ahli Parlimen Tanjung Malim itu lagi, peraturan Parlimen atau Standing Order sekarang tidak mampu memberi kebebasan secukupnya, terutama dalam membahas usul Pembangkang.
Banyak kali, kata Chang, usul pembangkang tidak diketepikan dengan alasan mengutamakan usul kerajaan,
“Selalunya usul dari pembangkang tidak mungkin diangkat dan dibahas dalam Parlimen tanpa persetujuan Speaker. Sebab alasan urusan kerajaan akan diutamakan, pembangkang diletakkan dalam agenda tetapi tidak sampai giliran.
“Kalau ikut Westminster sebernarnya di United Kingdom ada sehari dinamakan ‘hari pembangkang’. Usul yang tidak dibahaskan pada hari lain akan dibahaskan. Ini satu contoh untuk kita perbaiki sistem Parlimen sekarang.
“Hari ini misalnya usul dari Lembah Pantai minta kita bahas tentang SPRM, ada pegawai SPRM ditahan tetapi Speaker seperti biasa telah tolak kerana isu itu tidak perlu disegerakan. Kalau ada hari pembangkang maka boleh dibahaskan pada hari itu,” katanya.
Beliau mengharapkan MoU yang ditandatangani benar-benar dilaksanakan oleh pihak kerajaan, terutama ke atas janji untuk memberi Ketua Pembangkang hak akses maklumat-maklumat kerajaan yang sensitif yang sebelum ini tidak boleh dilakukan.
“Apa disebutkan dalam MoU itu hak dan kemudahan sewajarnya buat Ketua Pembangkang. Bukan dari segi gaji atau pengawal lain-lain tetapi akses kepada maklumat yang paling penting. Sepatutnya semua Ahli Parlimen dapat. Kita kena pastikan kali ini Ketua Pembangkang dapat hak ini dulu.
“Sekarang sukar Ahli Parlimen pembangkang dapat maklumat sahih dari kementerian. Oleh itu Ketua Pembangkang perlu dapat maklumat sama ada bersifat sensitif atau rahsia. Pegawai memberi pembentangan kepada PM perlu juga beri pembentangan kepada Ketua Pembangkang,” katanya.
Mengenai soalan adakah MoU tersebut mempunyai jangka waktu tertentu, beliau berkata hampir semua perkara mempunyai timeline yang ditetapkan dan pembangkang akan pastikan pihak kerajaan menyempurnakannya.
“Semua kami senaraikan dalam MoU kami tetapkan had masa. Contoh hak sewajarnya kepada Ketua Pembangkang kami minta laksanakan serta merta, ada hingga hujung tahun ini.
“Yang perlu pindaan Perlembagaan kami beri sampai persidangan pertama tahun hadapan 2022 (Mac). Paling lambat persidangan pertama tahun hadapan. Supaya MoU tidak jadi janji kosong,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33145

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Menang Besar Susulan Mou

Ismail Sabri Menang Besar Susulan Mou

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 202 hits
Ainaa AimanPETALING JAYA Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menang besar susulan perjanjian persefahaman yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan memandangkan beliau akan kekal berkuasa sekurang kurangnya sehingga Julai tahun dep...
Sesi Persekolahan 2021 Hingga Mac 2022

Sesi Persekolahan 2021 Hingga Mac 2022

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 290 hits
TERKINI Penggiliran sekolah akan dilaksanakan secara berfasa bermula 3 Oktober 2021 Sesi persekolahan untuk tahun ini dilanjutkan hingga Mac 2022 PUTRAJAYA Sekolah akan dibuka secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara mulai 3...
Mou Bukan Jaminan Ph Sokong Belanjawan 2022 Kata Anwar

Mou Bukan Jaminan Ph Sokong Belanjawan 2022 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 294 hits
freemalaysiatoday com September 14 2021 Anwar Ibrahim berkata Menteri Kewangan dan pembangkang bertanggungjawab mengambil sikap terbuka serta bersedia duduk berunding KUALA LUMPUR Pakatan Harapan hanya akan menyokong atau berkecuali selepas...
Mou No Guarantee That Ph Will Support Budget 2022 Says Anwar

Mou No Guarantee That Ph Will Support Budget 2022 Says Anwar

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 293 hits
Anwar Ibrahim said that he did not want the situation prior to the 2021 budget vote to be repeated when the opposition s views were not properly taken into account KUALA LUMPUR Pakatan Harapan will decide whether to support or abstain from ...
Warisan Tak Dilibatkan Dalam Mou Kerana Bukan Sebahagian Ph

Warisan Tak Dilibatkan Dalam Mou Kerana Bukan Sebahagian Ph

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 167 hits
AGENDA DAILY Parti Warisan tidak menyertai gabungan blok pembangkang Pakatan Harapan Parti Warisan tidak diajak dalam perbincangan awal berhubung Memoraundum Persefahaman dengan kerajaan kerana mungkin ia sebahagian dalam gabungan Pakatan H...
Vote Of No Confidence Still On Despite Mou Says Anwar

Vote Of No Confidence Still On Despite Mou Says Anwar

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 171 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim went on record today to assert Pakatan Harapan s disagreement with the government s move to rescind its pledge to hold a confidence vote against the newly appointed Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Anwa...
Umno Info Chief Putrajaya Pakatan Mou Doesn T Mean Party Accepts Anwar Dap Bersatu

Umno Info Chief Putrajaya Pakatan Mou Doesn T Mean Party Accepts Anwar Dap Bersatu

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 248 hits
Umno information chief Shahril Hamdan today reaffirmed his party s rejection of DAP and Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim saying this was unchanged by the bipartisan deal between the government and the Pakatan Harapan coalition On ...
Mou Kerajaan Pembangkang Akan Neutralkan Kluster Mahkamah Kata Penganalisis

Mou Kerajaan Pembangkang Akan Neutralkan Kluster Mahkamah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 373 hits
A Pemerhati politik berkata sukar untuk golongan kleptokrat sabotaj kerajaan sedia ada sekiranya kerjasama dengan PH diteruskan dengan lancar Wakil dari blok kerajaan dan pembangkang menandatangani MoU persefahaman Isnin lalu dalam usaha tr...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih