Sebab Mulut Leher Terjerat


oleh Ab Jalil Backer
MINGGU lepas mungkin minggu paling sukar buat Kementerian Kewangan (MoF) apabila diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang berkaitan statistik dan data mengenai ekonomi negara.
Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan adalah dua pengkritik kuat serta utuh yang melampirkan pel­ba­gai data kerajaan dan pihak swasta.
Semua ini bermula daripada kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendakwa hutang negara bukanlah RM688 bilion seperti yang didakwa oleh kerajaan sebelum ini. Pada Mei 2018, Guan Eng menolak semua bentuk kiraan standard antarabangsa mengenai hutang negara dan mengemukakan formula sendiri bagi meng­isyti­harkan hutang negara adalah RM1 trilion.
Namun laporan Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikeluarkan minggu lepas menunjukkan hutang negara pada akhir suku kedua 2018 (iaitu akhir bulan Jun) adalah RM725 bilion. Laporan yang sama menyatakan hutang negara hanya RM688 bilion pada akhir tahun 2017.
Najib tidak melepaskan peluang ini dengan membuat catatan bertanya, “takkan BNM menipu?” Laporan BNM tersebut kemu­diannya turut disahkan oleh laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) yang di­bentangkan dalam Parlimen mem­­berikan angka-angka yang sama.
Najib juga menggunakan laporan BNM mengenai pendapatan negara yang nyata berbeza daripada dakwaan Guan Eng.
Menggunakan keratan sebuah akhbar bertajuk “Harungi 5 bulan mencabar berbekalkan RM450 juta – Lim Guan Eng”, bekas Menteri Kewangan tersebut mem­ben­tang­kan angka-angka daripada laporan Bank Negara menunjukkan kerajaan menerima pendapatan sebanyak RM74 bilion dari Mei-Ogos 2018.
Menurut BNM, pendapatan kerajaan pada Mei 2018 ialah sebanyak RM20.8 bilion, diikuti RM14.1 bilion (Jun 2018), RM21.3 bilion (Julai 2018) dan RM17.4 bilion (Ogos 2018).
Najib secara sinis bertanya, “Apa yang mencabarnya atau semua duit tersebut sudah hilang? Jika duit sudah hilang maka wajarlah Lim Guan Eng disiasat.”
Masalah kepada Guan Eng ialah, selepas menjadi Menteri Kewangan, beliau cuba menjustifikasikan kempen-kempen Pakatan Harapan mengenai ekonomi dan kewangan negara sebelum pilihan raya lalu sebagai benar dan ‘real’.
Justeru banyak kenyataan beliau yang bertentangan dengan data ekonomi negara dan memberi gambaran negatif kepada pelabur negara.
Ahmad Maslan turut mengambil kesempatan mendedahkan ke­pincangan pengurusan ekonomi negara berhubung dengan ke­putusan menamatkan kontrak MMC-Gamuda bagi kerja-kerja pembinaan laluan bawah tanah projek Mass Rapid Transit (MRT) 2.
MoF menamatkan kontrak tersebut dengan alasan untuk menjimatkan kos melalui satu tender antarabangsa. Apa yang Guan Eng tidak sedar projek tersebut sememangnya telah diberikan kepada MMC-Gamuda melalui satu proses tender terbuka antarabangsa yang turut disertai oleh syarikat dari China dan Jepun.
Naratif kerajaan untuk menjimatkan wang rakyat memang sedap didengar kepada masyarakat biasa. Namun ia tidak lunak dalam kalangan pelabur asing dan peniaga yang melihat kerajaan bukan sahaja tidak menghormati kontrak-kontrak sebelum ini, malah sesuka hati membatalkan kontrak yang dimenangi melalui tender terbuka.
Ahmad Maslan dalam sesi Parlimen minggu lalu memetik laporan dari MIDF Amanah Investment Bank yang menyatakan bahawa kejatuhan saham Bursa Malaysia kebelakangan ini berkaitan dengan tindakan semberono kerajaan menamatkan kontrak MMC-Gamuda.
Menurut MIDF, “Last Monday’s foreign net selling of RM227.2 million was of no surprise as investors reacted towards last Sunday’s announcement of the termination of MMC Corp Bhd-Gamuda Bhd’s joint-venture underground work contract for the MRT2.”
Bagaimanapun Guan Eng dalam jawapannya menyatakan, “Saham jatuh bukan kerana satu atau dua projek syarikat, ini tiada kesan yang besar. Saya rasa bukan hanya Malaysia, pasaran saham di seluruh dunia juga dipengaruhi pembangunan ekonomi di Amerika Syarikat, terutamanya susulan perang perdagangan dunia terutamanya dengan China.”
Ahmad Maslan juga sebelumnya menyifatkan MoF sebagai tidak cakna dalam pengurusan kewangan negara.
Guan Eng perlu sedar sebagai Menteri Kewangan beliau tidak lagi boleh bercakap sesuka hati dan buat kenyataan berdasarkan kepentingan politik partisan sehingga berbeza dari data ekonomi dan kewangan negara yang sebenar.
Kenyataan dan keputusan kerajaan yang tampak semacam berhalusinasi telah menyebabkan pelabur asing dan juga negara asing hilang kepercayaan. Malaysia sekarang berhadapan krisis kepercayaan di kalangan pelabur, usahawan dan negara asing.
Nilai Ringgit jatuh, pertumbuhan ekonomi berkurangan, projek ekonomi terawang-awang berhadapan penangguhan dan pengurangan kos, malah pelancong asing terutama dari China turut berkurangan. Semua ini memberi putaran ekonomi yang sangat ganas dan tidak memberangsangkan kepada negara.
Kata orang tua, “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar”. Inilah yang dikata­kan sebab mulut leher terjerat.
Sinar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/10/22/sebab-mulut-leher-terjerat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Loceng Kecemasan Berbunyi Suami Berlari Tinggal Makanan Yang Belum Sempat Masuk Ke Mulut Isteri Bomba

Bila Loceng Kecemasan Berbunyi Suami Berlari Tinggal Makanan Yang Belum Sempat Masuk Ke Mulut Isteri Bomba

papar berkaitan - pada 9/10/2018 - jumlah : 518 hits
Bila Loceng Kecemasan Berbunyi Suami Berlari Tinggal Makanan Yang Belum Sempat Masuk Ke Mulut Isteri Bomba
Saya Menjerit Tetapi Dia Segera Menutup Mulut Saya 7 Tahun Dinoda Bapa Tiri Mangsa Buat Laporan Polis

Saya Menjerit Tetapi Dia Segera Menutup Mulut Saya 7 Tahun Dinoda Bapa Tiri Mangsa Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 494 hits
Baru saja menginjak usia remaja namun masa depan gadis ini telah diragut oleh ayah tirinya Bermula dari meraba akhirnya lelaki itu menjadi semakin berani dan mula merogol anak tirinya ketika itu berusia 15 tahun Mangsa diugut tidak mencerit...
Puting Anak Jatuh Lepas Tu Masukkan Balik Dalam Mulut Lantai Hospital Nampak Bersih Tapi Ianya Bekas Darah Nanah Lendir

Puting Anak Jatuh Lepas Tu Masukkan Balik Dalam Mulut Lantai Hospital Nampak Bersih Tapi Ianya Bekas Darah Nanah Lendir

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 1050 hits
Di semua hospital sama ada awam atau swasta terdapat papa kenyataan Kanak kanak bawah umur 12 tahun dilarang masuk di pintu utama dan wad Peraturan ini bukan saja saja di buat oleh pengarah hospital Ini kerana kanak kanak merupakan kumpulan...
La Nyalla Potong Leher Saya Jika Prabowo Menang Di Madura

La Nyalla Potong Leher Saya Jika Prabowo Menang Di Madura

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 185 hits
Berita Islam 24H Presiden Joko Widodo dinilai sebagai sosok paling tepat untuk kembali memimpin Indonesia pada periode lima tahun ke depan Pemerintahan dan kepemimpinan Jokowi telah teruji di berbagai bidang Satu tekad untuk memilih Jokowi ...
Rupanya Ini Tabiat Yusuf Sebelum Tidur Sampai Sakit Leher Mommy Keknis Belikan Hair Extension Hijau Untuk Yusuf

Rupanya Ini Tabiat Yusuf Sebelum Tidur Sampai Sakit Leher Mommy Keknis Belikan Hair Extension Hijau Untuk Yusuf

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 612 hits
Yusuf Iskandar anak pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini rupanya ada kegemaran yang unik sampaikan Keknis belikan hair entension untuk Yusuf Tapi kenapa hair extension pula Untuk anak apa sahaja ibu sanggup lakukan Kalau anak suka b...
Jika Kepala Daerah Terjerat Korupsi Timses Minta Rakyat Tak Salahkan Jokowi

Jika Kepala Daerah Terjerat Korupsi Timses Minta Rakyat Tak Salahkan Jokowi

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 316 hits
Wakil Ketua TKN Jokowi Ma ruf Abdul Kadir Karding meminta semua pihak tidak menyeret nama Presiden Joko Widodo jika ada kepala daerah pendukungnya yang tertangkap KPK Menurutnya itu adalah proses alam
Kemendagri Sebut Utang Piutang Politik Jadi Faktor Kepala Daerah Terjerat Korupsi

Kemendagri Sebut Utang Piutang Politik Jadi Faktor Kepala Daerah Terjerat Korupsi

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 302 hits
Sekretaris Direktorat Jenderal Otonomi Daerah Kementerian Dalam Negeri Akmal Malik Piliang menilai ada banyak faktor kepala daerah tersandung kasus hukum khususnya tindak pidana korupsi Salah satu faktor adalah utang piutang politik
Pejabat Publik Terjerat Korupsi Kpk Akan Lipatgandakan Hukuman

Pejabat Publik Terjerat Korupsi Kpk Akan Lipatgandakan Hukuman

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 206 hits
Kementerian Dalam Negeri melalui Sekretaris Direktorat Jenderal Otonomi Daerah menilai utang piutang politik menjadi faktor besar kepala daerah ataupun legislatif terjerat tindak pidana korupsi
Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Makluman Pelaksanaan Rintis Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran

Ketukan Misteri Jam 4 Pagi Gegarkan Penduduk Bertam

Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm

Wanita Kongsi Berita Duka Bakal Suami Pergi 8 Jam Sebelum Akad Nikah