Sebab Keserasian Ahli Hanya Running Man Program Hiburan Masih Bersiaran Yang Capai Usia 10 Tahun
Rancangan popular “Running Man” mula menemui penonton sejak 11 Julai 2010 bahkan tak lama lagi ia akan menyambut ulang tahun yang ke-10. Namun disebabkan oleh wabak COVID-19 yang masih belum reda, pihak produksi dan juga ahli program itu tidak dapat menyambutnya secara besaran dengan peminat.
Selepas Jung Chul-min meninggalkan tempat duduk sebagai pengarah, ianya telah digantikan dengan Choi Bo-pil selepas bertahun menjadi pembantu pengarah. Lelaki itu turut meluahkan rasa tidak percayanya dengan pencapaian “Running Man” ini.
Sebagai antara peminat ‘Running Man’, saya berasa ikhlas menyambut ulang tahun ke-10 rancangan ini.
Bo-pil juga turut meluahkan agar semua kakitangan yang bertungkus lumus dan juga penonton yang menyumbang kepada kejayaan ini akan berbangga dengan hasil usaha mereka.
Setahu saya, ‘Running Man adalah satu-satunya rancangan selain ‘Infinite Challenge’ yang bertahan sampai ke ulang tahun ke-10.
Jelas Bo-pil, rahsia kepada rancangan ini bertahan sehingga sekarang ialah keserasian yang mantap di antara setiap ahli.
Aset besar yang unik kepada ‘Running Man’ ialah memori yang dikongsi oleh setiap ahli, hubungan dan juga persahabatan yang dibina selama 10 tahun lamanya. Ia juga tidak mampu ditiru oleh program lain.
Keserasian di antara mereka membuatkan ramai yang gembira dengan melihat mereka sahaja, tak kisahlah kombinasi macam mana pun.
Apabila ditanya kenapa rancangan ini begitu popular sehingga ke luar negara. Bo-pil berterima kasih kepada setiap ahli dan juga pengarah lain sebelumnya kerana memudahkan penonton untuk faham mengenai setiap karakter berdasarkan situasi yang dialami mereka. Lantas menyenangkan orang lain untuk gelak bersama.
Apabila melihat karakter yang dicipta oleh mereka dan juga kumpulan peminat yang utuh smpai ke hari ini, saya berasa sangat bersyukur dengan usaha setiap ahli dan produser.
Pun begitu, pengarah baru ini mengakui ada masa mereka mengalami kesukaran dalam membawa sesuatu yang baru kepada penonton pada saban episod program tersebut.
Kadang-kadang idea yang dilemparkan semasa perjumpaan mesti sudah dilakukan sebelum ini atau pun memberikan perasaan déjà vu. Jadi terdapat sedikit tekanan supaya kami merancang misi dan permainan yang laind aripada apa yang ditayangkan selama 10 tahun ini.
Disebabkan sambutan ulang tahun ke-10 adalah sesuatu yang istimewa, “Running Man” telah merancang episod khas supaya para peminat dapat menyertainya juga.
Penonton bukan sahaja akan menonton bahkan mereka akan mempengaruhi keputusan akhir juga. Saya berasa sedikit risau kerana tidak mempunyai pengalaman yang banyak mengenai hal seperti ini, tapi tak salah untuk mencuba memandangkan kami mempunyai ahli yang terbaik.
Akhir kata, Bo-pil berterima kasih kepada kesemua pihak produksi, pengarah lain ahli “Running Man” dan penonton kerana ‘menghidupkan’ rancangan ini selama 10 tahun lamanya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/sebab-keserasian-ahli-hanya-running-man-program-hiburan-masih-bersiaran-yang-capai-usia-10-tahun/