Sebab Kami Anak Perempuan Kena Buat Semua Wanita Ini Menderita Penat Setiap Kali Ramadan


Setiap kali Ramadan tiba, ramai yang menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Namun, bagi sesetengah individu, Ramadan bukan hanya tentang ibadah dan keberkatan, tetapi juga mengingatkan mereka kepada luka-luka lama yang masih membekas di hati.
Puan Nini Ruspawan Kamaludin berkongsi kisahnya yang penuh emosi—bukan kerana dia tidak menyukai Ramadan, tetapi kerana kenangan pahit yang terikat dengannya sejak kecil. Dari rutin yang meletihkan, tekanan emosi, hingga tanggungjawab berat yang dipikul hanya kerana dia seorang anak perempuan, semua itu menjadikan Ramadan satu perjalanan yang penuh keperitan, bukan kegembiraan.
Bagaimana beliau menghadapi semua ini? Bagaimana luka lama masih memberi kesan dalam kehidupannya hingga kini? Mari kita selami kisah yang menyentuh hati ini dan memahami bagaimana trauma masa lalu boleh terus menghantui seseorang walaupun bertahun telah berlalu.
Kisah ini bukan untuk membuka aib sesiapa namun adalah untuk memberi kesedaran kepada kita bahawa perlunya bersikap tolak ansur dan bantu membantu melakukan kerja rumah tanpa mengira jantina lelaki atau perempuan.
Gambar hiasan Saya bukan tak suka pada kedatangan Ramadhan. Tapi ada banyak luka yang belum saya selesaikan.
Sejak kecil, bila masuk je Ramadhan saya dah mula rasa takut, rasa marah, rasa penat, rasa benci. Semua rasa ada. Bukan lah saya bercerita dengan tujuan nak menyalahkan sesiapa. Perkara ni dah berlalu lama dalam hidup saya. Saya tak lagi meletakkan salah tu pada sesiapa.
Cuma bercerita kerana di otak saya, dalam memori yang tersimpan tu, jugak dalam jiwa saya, semua tu masih membekas walau dah bertahun berlalu.
Ramadhan bermaksud penat. Satu penat yang rasa macam, kalau mat¡ lagi baik. Macam tu la.
Saya sejak kecil memang ada banyak isu kesihatan. Baik mental mahupun fizikal. Serba serbi kekurangan, mana la orang tak benci kan!
ADIK BERADIK PEREMPUAN BANGUN AWAL, ANAK LELAKI SIAP KENA KEJUT LAGI
Masuk je waktu bersahur, adik beradik perempuan kena bangun paling awal. Siapkan makan dan kemudian bertugas la mengejutkan anak-anak lelaki dalam rumah. Kena kejut sampai bangun.
da yang liat bangun, sampai berkali-kali kena ulang ke depan untuk kejutkan. Fed up! Tu yang saya rasa. Tapi tak boleh membantah, kalau tak kena bantai.
Nanti selesai semua orang makan, bergilirlah kami anak-anak perempuan kena mengemas, basuh pinggan, bersihkan meja makan, mengemas dan semua kena tip top.
Lantai tak boleh basah, tempat letak pinggan mangkuk tak boleh bersepah, sampah mesti kemas diikat dalam plastik. Pendek kata, mesti clean and neat. Ada KPI ye. Bukan kemas ikut kepala sendiri. Tapi KPI yang sangat tinggi dah ditetapkan. Tak capai KPI, siaplah!
Tak sempat rehat, kena mandi dan solat. Lepas tu siap-siap nak ke sekolah. Di sekolah je rasa berlepas sekejap dari semua di rumah. Nanti balik, rehat la sekejap sebelum dikerah masuk ke dapur semula.
Keluarga besar, ada 10 anggota semua. Jam 3pm dah masuk dapur untuk memasak. Lauk tak banyak, biasa 2 jenis lauk dan sejenis sayur. Cuma masak tu kuantitinya banyak, sebab ramai kan.
Dan setiap hari wajib ada pemanis mulut. Be it bubur, kuih, or anything la. Tapi wajib ada. Dan kena masak banyak jugak.
Zaman dulu tak semudah sekarang. Nak santan, kena kupas kelapa tua, belah dan kukur, lepas tu perahlah santan sendiri. Tu pun dah ambik masa yang lama dan memenatkan. Biasa kalau menggulai, sebijik kelapa tak cukup santannya. Kena 2-3 bijik. Jenuh nak siapkan santan sahaja.
Gambar hiasan Dah masuk jam 6 petang tu memang macam nak putus nyawa nak siapkan semua. Makan berhidang di bawah je, bersila. Sebab ramai, rumah pulak kecik, jadi terpaksa buat 2 hidangan.
2 hidangan bermakna pinggan mangkuk yang digunakan pun berganda. Pinggan nasi je dah 10. Cawan biasa lebih dari 10 sebab ada yang minum air panas dan air sejuk. Lepas tu air la, berjug bancuh. Kena tanya setiap orang tu nak air apa untuk berbuka. Kadang 4-5 jenis kena bancuh. Setiap hari tau!
10 minit sebelum berbuka, semua kena siap dah berhidang. Lepas penat gila memasak, menghidang, tetap kami lagi yang kena kautkan nasi dan tuangkan air. Sebab kami anak perempuan, maka semua kami kena buat!
Nanti usai semua orang makan dan minum berbuka, sekali lagi kami perlu mengerah tenaga. Mama paling pantang kalau bekas lauk tak disalin. Wajib salin, guna bekas baru. Semua sekali macam tu. Dia tak suka tengok kecah-kecah.
Dan dengan itu, maka bertambah la pinggan mangkuk yang perlu dibasuh setiap hari. Macam kenduri.
Again, mengemas dapur ada KPI ye. Tak boleh aci buat je. Kena ikut aras kekemasan dan kebersihan yang mama tetapkan. Penat!
Betul, dapur kami sangat bersih dan kemas. Tapi penat tu tak terluah dengan apa pun perkataan.
Dan macam tu la rutin hingga sebulan. Bila nak dekat raya, bertambah penat sebab kena basuh langsir, pasang langsir baru, kena basuh sarung kusyen, pasang yang baru. Keluarla carpet raya, khas untuk raya je tau. Besar, tebal dan sangat berat. Vacuum takde, kena sapu dengan penyapu lidi je.
Tak campur lagi bab membersihkan rumah. Dinding kayu kena lap dengan kain basah, satu demi satu.
Lepas tu masak rendang untuk raya. Masak lemang. Masak itu, masak ini. Dan sepanjang Ramadhan, penat macam nak mati.
Sepatutnya happy la kan? Tapi tak untuk saya. Sebab saya memang tak fit. Dan saya menyampah bila semua kerja hanya anak perempuan yang kena buat. Dikerah sepenuhnya tenaga kami. Kalau salah, kena marah. Marah marah marah marah marah dan marah. Tu je la hidupnya.
Tiba raya, lunyai seluruh anggota, koyak seluruh jiwa dan mental. Tak cakap lagi bila ada yang bergaduh besar dalam rumah. Sampai nak raya pun boleh bergaduh macam perang dunia ketiga.
Gambar hiasan Ni la yang saya hadap bertahun lamanya. Sampai saya jadi benci bila tiba je Ramadhan. Menyampah bila nak sambut Syawal. Nothing special.
Semua trauma tu saya bawak hingga ada anak. Setiap kali Ramadhan, saya rasa nak lenyap je. Sebab saya tau saya akan dihantui rasa ni. Sebab tu setiap kali Ramadhan pun saya akan relapse.
Sebab ada banyak emosi yang saya belum proses. Rasa macam tak mampu nak proses, banyak sangat. It’s exhausting to fix myself for something that wasn’t my fault.
Dah bertahun tahun semua tu berlalu, saya tinggalkan. Tapi sehingga ke saat ni, saya masih jatuh asbab benda yang sama. Macam tu la susahnya nak heal dari semua luka tu.
Bukan saya tak cuba. Bukan jugak saya berputus asa. Cuma pada usia macam ni, saya rasa teramat letih dah. Letih sangat. Sampai kadang masa saya mintak agar Allah angkat je semua memori saya. Biar tak perlu ingat apapun. Lelah.Tapi saya tau Allah Maha Mengetahui. Maka teruskan sabar dan percaya. Doakan saya kuat.
Sumber: Nini Ruspawan Kamaludin
 
The post Sebab Kami Anak Perempuan Kena Buat Semua! Wanita Ini Menderita Penat Setiap Kali Ramadan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sebab-kami-anak-perempuan-kena-buat-semua-wanita-ini-menderita-penat-setiap-kali-ramadan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi Fatima Sakit Fattah Dakwa Tak Dapat Jumpa Anak

Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi Fatima Sakit Fattah Dakwa Tak Dapat Jumpa Anak

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 109 hits
Pelakon dan penyanyi sensasi Fattah Amin ada memaklumkan bahawa keadaan kesihatan anak perempuannya Nur Fatima Aisya berada dalam keadaan yang tidak baik Malah Fattah turut memberitahu bahawa dia gagal berjumpa Fatima selepas beberapa kali ...
Mak Ayah Anggap Sekolah Kafa Membebankan Risau Anak Penat Belajar Guru Luah Rasa Bimbang

Mak Ayah Anggap Sekolah Kafa Membebankan Risau Anak Penat Belajar Guru Luah Rasa Bimbang

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 148 hits
Benarkah kelas Al Quran dan Fardu Ain membebankan murid Ini luahan segelintir ibu bapa yang meluahkan rasa prihatin mereka pada anak anak setiap hari Bimbang anak kepenatan dengan jadual persekolahan pagi dan petang Walhal inilah satu satun...
Dr M Anwar Bohong Setiap Kali Buka Mulut

Dr M Anwar Bohong Setiap Kali Buka Mulut

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 110 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 22 2025 12 02 PMDr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim berbohong apabila menafikan pemimpin luar disekar dari bertemu bekas perdana menteri itu Dia boleh nafi tapi saya nasihat sudah sudah...
Fattah Amin Bimbang Fatima Tidak Sihat Tak Dapat Jumpa Anak Dah Berapa Kali Daddy Datang

Fattah Amin Bimbang Fatima Tidak Sihat Tak Dapat Jumpa Anak Dah Berapa Kali Daddy Datang

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 105 hits
Pelakon dan penyanyi Fattah Amin meluahkan rasa kebimbangannya terhadap anak perempuannya Nur Fatima Aisya yang dikhabarkan kurang sihat Menerusi Insta Storynya Fattah dilihat berkongsi tangkap layar daripada akaun IG Fatima yang menunjukka...
Balik Awal Uruskan Keluarga Selangor Pertimbang Waktu Bekerja Penjawat Awam Wanita Sepanjang Ramadan

Balik Awal Uruskan Keluarga Selangor Pertimbang Waktu Bekerja Penjawat Awam Wanita Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 159 hits
Kerajaan Selangor pertimbang waktu bekerja penjawat wanita di bawah pentadbiran kerajaan negeri untuk pulang awal pada Ramadan ini Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata secara asasnya waktu bekerja yang ditetapkan pada ketika ini ...
13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 173 hits
Lagu raya evergreen atau lagu lagu hari raya yang masih relevan dan sering didengar oleh rakyat Malaysia setiap kali menyambut Aidilfitri mempunyai tempat yang istimewa di hati Lagu lagu ini mengimbau kenangan indah bersama keluarga sahabat...
Pokok Tumbang Hempap Kereta Bapa Maut Anak Perempuan Terselamat

Pokok Tumbang Hempap Kereta Bapa Maut Anak Perempuan Terselamat

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 158 hits
Norzamira Che Nohbhnews bh com mySebuah kereta dihempap pokok di Kampung Bukit Kuda Klang petang tadi Foto ihsan JBPM SelangorSHAH ALAM Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap seba...
Banyak Kali Terkena Datang Makan Tapi Tak Bayar Wanita Luah Kecewa

Banyak Kali Terkena Datang Makan Tapi Tak Bayar Wanita Luah Kecewa

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 176 hits
Siapa yang tidak sedih apabila kebaikan diambil kesempatan Bukan sekali dua tapi berkali kali terkena Hanya niat nak berniaga dengan ikhlas tapi ada saja yang datang makan tanpa rasa tanggungjawab untuk membayar Sampai bila nak terus sabar ...
Selamat Datang Bulan Ramadan Untuk Semua Umat Islam Semoga Ramadan Ini Membawa Keberkatan

Selamat Datang Bulan Ramadan Untuk Semua Umat Islam Semoga Ramadan Ini Membawa Keberkatan

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 123 hits
Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua umat Islam Semoga bulan yang penuh berkah ini menjadi waktu untuk mendidik jiwa kita meningkatkan amal ibadah serta mendekatkan diri kepada Allah SWT Ramadan bukan sekadar bulan untuk berpuasa te...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20

Perlis Pun Kalah Hanya 10 Penduduk Direkodkan Kampung Bandar Terus Bertahan Dengan Warisan Sejarah

Mpob Dan Sumisaujana Bekerjasama Untuk Mengkomersialkan Poliol Berasaskan Sawit Untuk Kegunaan Industri Global

Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Kemaskini