Sbdj Siri 178 Diburu Penunggu Rumah Lama


Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Mia dan Andi Kamarool mahu berhenti berbual. Malah perbualan mereka semakin rancak dan seronok. Seolah-olah saya bagaikan tiada di sisi mereka. Bila remang-remang senja mula menutup kawasan sekitar, hati terus berdebar.


"Dah senja Andi."

Saya terpaksa menggunakan taktik ini untuk menyedarkan mereka. Bagaikan diarah oleh sesuatu, serentak mereka memandang ke arah saya.

Sinar mata Andi Kamarool nampak aman tetapi, sinar mata Mia bagaikan memancar kemarahan.

Mungkinkah tindakan saya itu menganggu keseronokannya berjalan seiringan dengan Andi Kamarool?

Apa yang saya bimbangkan, ketika Andi Kamarool asyik mendengar cerita Mia di remang senja, tiba-tiba Mia bertukar menjadi harimau betina dan Andi Kamarool pula menjadi harimau jantan lalu menyerang saya.

Dari segi logiknya tidak mungkin berlaku tetapi, bila mengingati datuk nenek dari keturunan manusia harimau, bukan mustahil perkara begitu terjadi.

"Kita balik Andi, tak lama lagi maghrib tiba," tambah saya.

"Iya, Tamar. Kalau begitu kami minta diri dulu Mia," Andi kamarool tatap muka Mia.

Saya memperlihatkan wajah kesian padanya (Mia).

"Silakan, saya tak menghalang, cuma cerita tentang ladang dan harta peninggalan orang tua saya belum habis," kata Mia.

"Kita sambung lain kali Mia," celah saya.

"Ok," sahutnya riang.

Mia pun melangkah menuju ke pintu rumah batu lama, meninggalkan saya dan Andi Kamarool.

Tidak sampai sepuluh langkah, kami melangkah, Mia memanggil Andi Kamarool. Serentak kami menoleh ke arahnya yang berdiri di depan pintu.

"Ada apa Mia," tanya Andi Kamarool dalam remang senja yang kian memberat itu.

Saya terus resah dan berdoa agar Mia tidak menahan kami dari pulang ke rumah papan.

"Malam nanti, Kak Sun hantar makanan untuk kamu berdua."

Belum pun sempat Andi Kamarool atau saya memberikan jawapan, Mia terus menyelinap masuk ke rumah batu.

Kami saling berpandangan, tanpa memberikan sebarang komentar. Langkah pulang kami teruskan.

Sementara mahu sampai ke kaki tangga rumah papan, macam-macam saya fikirkan. Walaupun begitu, saya rasa aman kerana bau harimau tidak lagi saya hidu.

Semoga tidak ada perkara buruk akan berlaku, bila sampai di rumah papan, itu harapan yang berbunga dalam hati saya.

Mia ternyata gadis yang tidak mungkir janji. Sebaik saja kami selesai menyempurnakan sembahyang isyak, terdengar ketukan bertalu-talu di pintu.

"Kamu pergi buka pintu Tamar."

Saya meluru ke pintu dan membukanya. Kak Sun tersenyum, lampu suluh di tangan segera dimatikan.

Belum pun sempat saya mengemukakan pertanyaan, Mia muncul di belakang Kak Sun membawa setalam hidangan. Talam itu diserahkan kepada Kak Sun.

Tanpa berkata walaupun sepatah, Mia ke rumah batu lama. Sudah tentu perbuatan Mia menimbulkan pelbagai keraguan dalam diri saya.

"Ambil ni."

Saya segera mengambil talam dari tangan Kak Sun. Lalu diletakkan di ruang tengah. Kak Sun masuk ke rumah. Duduk bersila dekat tiang seri.

Andi Kamarool yang sudah selesai membaca doa, segera memusingkan badannya membelakangi kiblat.

"Bersusah payah si Mia," Andi Kamarool merungut kecil.

"Dia ambil berat tentang diri kau orang berdua."

"Begini sebenarnya Kak Sun. Saya dan Tamar tak sempat nak beritahu Mia supaya jangan hantar makanan. Dia cepat sangat masuk ke rumahnya senja tadi," biji mata Andi Kamarool terpaku ke arah biji mata Kak Sun.

"Kenapa pula? Orang nak beri rezeki engkau orang tolak."

"Malam ni, kami tak mahu makan," tutur Andi Kamarool dengan wajah yang gusar.

Dia tahu kata-kata itu akan menyinggung perasaan Kak Sun dan Mia tetapi, apakan daya dia terpaksa berterus-terang.

NAMPAK

Buat beberapa saat, kak Sun nampak seperti tergamam. Kelopak matanya tidak berkedip merenung wajah saya dan Andi Kamarool. Ada seribu kesangsian bermain di parasnya.

"Kamu berdua masih ragu-ragu dengan kejujuran Mia dan aku?"

Saya gelengkan kepala.

"Bukan begitu," Andi Kamarool segera memintas cakap Kak Sun.

"Untuk berjaga malam, saya tak mahu makan makanan yang berat. Tamar pula tidak mahu menelan sebiji nasi. Minum air sejuk bila difikirkan perlu," lanjut Andi Kamarool.

Dan saya harap penjelasan dan alasan yang diberikan itu dapat diterima oleh Kak Sun. Bila disampaikan kepada Mia, dia juga menerimanya.

"Semuanya ni sebagai usaha kami berdua untuk membuat hubungan batin dengan pengawal atau penjaga rumah batu.

"Sepanjang malam terpaksa berlapar dahaga, seluruh pancaindera dan hati berpusat kepadanya. Kami mesti menghening cipta, begitulah mengikut istilah sekarang," itu hujah saya untuk menguatkan lagi alasan Andi Kamarool.

"Diharapkan apa yang kami buat ni, dengan izin Allah penunggu rumah batu lama akan muncul didepan mata kami," Andi Kamarool pula menambah. Saya lihat Kak Sun menarik nafas dalam-dalam.

"Tolong beritahu Mia tentang hal ni Kak Sun, kami terpaksa menolak pemberiannya buat malam ni, kerana tujuannya tersebut," ujar saya.

Kak Sun masih macam tadi, menarik nafas dengan tenang.

"Sekarang kak dah faham. Bila Mia tahu tujuan sebenar kamu berdua tidak mahu makan makanan yang dihantar, dia juga tidak berkecil hati," jawapan yang amat menggembirakan dari Kak Sun untuk kami.

"Biar kak bawa balik hidangan ni."

"Silakan," lemah benar suara Andi Kamarool.

Dan kak Sun pun membawa hidangan dalam talam tembaga ke rumah batu lama.

"Kamu mahu melakukannya Tamar?"

"lya."

"Bila?"

"Bila kamu masuk ke bilik tidur masa itulah aku mahu menghening cipta," tutur saya lemah.

Dan Andi Kamarool tidak mengemukakan apa-apa pertanyaan. Anehnya, dia masih belum bersedia untuk melangkah ke bilik tidur.

Andi Kamarool bagaikan keberatan mahu meninggalkan saya sendirian dan saya pula mengharapkan dia segera beredar.

Makin cepat dia pergi, makin cepat pula saya menjalankan tugas-tugas yang sudah dirancang.

"Kamu tidak memerlukan pertolongan aku, Tamar?"

"Tak perlu."

Andi Kamarool menggigit bibir. Dia nampak resah sekali.

"Lagi sepuluh minit pukul 12.30," kata saya dengan harapan Andi Kamarool segera mengerti dan segera pergi.

Ah! Kenapa kamu tidak pergi Andi Kamarool? Kenapa? Batin saya terus menjerit.

"Semua barang-barang yang kamu perlukan, sudah aku taruh dalam beg kertas. Aku letak dekat tiang seri, pandai-pandailah kamu menjalankan tugas."

"Terima kasih Andi."

Andi Kamarool segera bangun. Dia melangkah satu, dua, tiga, empat, lima dan tiba-tiba dia berpatah balik mendekati saya.

Tindakannya kurang saya senangi, melambatkan urusan yang sudah disusun. Kalau tidak kena caranya, semua akan menemui kegagalan.

Saya menahan marah dengan menggosok pangkal dagu berulang-kali.

"Cuma satu saja yang nak aku ingatkan pada kamu, Tamar."

"Apa dia, Andi?" tanya saya penuh debar.

"Pastikan, tidak ada seorang pun yang nampak kamu ke situ, jangan sampai Mia tersedar atau terjaga dari tidurnya.

"Semasa kamu menghening cipta di depan pintu masuk ke bahagian ruang tamu, kosongkan fikiran kamu dari dunia nyata.

"Mata hati dan batin kamu harus menjurus kepada perkara yang dihajati, kalau ada gangguan kamu mesti mempersetankannya."

"Apa lagi yang mahu kamu cakapkan pada aku Andi?"

"Lain tak ada apa-apa Tamar."

Andi Kamarool memulakan kembali langkah yang terhenti tetapi, hanya untuk beberapa langkah saja. Dia berhenti kembali lalu menoleh ke arah saya. Lagi sekali hati saya berdebar.

Dibandingkan dengan usia dan pengalaman, ternyata Andi Kamarool lebih dari saya. Kerana itu saya harus akur dengan nasihat dan pandangannya.

"Gerak hatiku seolah-olah memberi tahu kejayaan berada di pihak kamu tetapi, kalau kamu alpa atau terlalai sedikit, kamu kecundang Tamar," kata Andi Kamarool dan dia terus menghilang, masuk ke kamar tidur.

KEPALA

Dialog terakhir yang diucapkan oleh Andi Kamarool menimbulkan seribu persoalan dalam kepala. Perasaan jadi tidak lama, resah gelisah tidak ketentuan.

Saya lihat jam loceng yang terlekap di dinding rumah papan. Lagi sepuluh minit pukul dua belas setengah, debar dada saya semakin kencang, entah mengapa, tiba-tiba saja dahi saya berpeluh.

Sepatutnya, keresahan semacam itu tidak wajar berlaku dalam diri seseorang yang mahu menghening cipta.

Perasaan dan fikirannya harus damai dan tenteram. Tidak berkecamuk seperti apa yang sedang saya alami ini.

Saya cuba menenangkan perasaan dengan melakukan senaman ringan yang banyak tertumpu kepada gerak urat saraf.

Sambil bersenam itu, saya berusaha melapangkan fikiran, usaha itu tidak menghampakan.

Debar dada beransur kurang dan rasa yakin pada diri, mula mengembang sedikit demi sedikit.

Dan akhirnya, saya dapat mengawal diri, peluh tidak lagi terasa menguasai dahi dan tubuh. Semuanya terasa nyaman sekali. Badan segar dan bertenaga.

Bila kekuatan fizik dan batin sudah ada, saya segera bangun dan berjalan ke arah tiang seri untuk mengambil beg kertas.

Bila saja beg kertas disentuh, saya terus menguap dan terasa amat mengantuk sekali dan satu-satunya cara untuk menghilangkan rasa mengantuk itu, saya terpaksa melakukan senaman kembali.

Semakin kuat berusaha untuk menghilangkan rasa mengantuk, semakin kuat pula rasa mahu tidur menguasai diri.

Badan terasa amat letih sekali, bagaikan sudah mendaki lima enam buah bukit. Saya tetap berusaha, berjuang habis-habisan, menghalau rasa mengantuk.

Apa yang saya perolehi, semua sendi-sendi anggota seperti mahu relai dan saya bagaikan kehabisan tenaga.

Tidak terdaya mahu berdiri, badan segera disandarkan ke dinding, perlahan-lahan saya rebahkan badan dan terus duduk di tantai.

Kelopak mata tidak terbuka lagi. Apa yang terpamer ialah beranika cahaya dalam pelbagai warna.

Ada cahaya yang membulat dengan warna kemerah-merahan, ada cahaya dalam bentuk panjang berjalur dengan warna biru, kuning dan hijau.

Bila warna itu hilang, saya mula melihat kemunculan sinis, saya segera melambaikan tangan minta tolong, orang tua menghulurkan tongkatnya.

Bila jejari tangan mencecah hujung tongkatnya, saya terkapai-kapai macam orang buta kehilangan tongkat. Cukup terseksa rasanya.

Dalam keadaan yang serba kritikal itu, saya segera memanggil Andi Kamarool. Sungguh kecewa, saya kehilangan suara.

Dan pada masa itu, ada sesuatu yang menghentak pangkal leher. Saya kira, benda yang menghentak saya itu ialah buntut senapang. Siapa yang menghentaknya? Sukar untuk diteka.

Kata orang berpantang maut sebelum ajal, saya berusaha untuk bangun. Semuanya tidak menjadi, saya terus rebah dan tidak tahu apa berlaku selanjutnya.

Bila kelopak mata terbuka, saya sudah berada di depan pintu masuk ke ruang tamu dalam keadaan duduk bersila. Kedua belah tangan berada di atas kedua belah tempurung lutut.

Beg kertas berada di hujung lutut sebelah kiri, semua barang di dalamnya berserakan di anak tangga.

Lebih mengejutkan lagi, tempat bara atau dupa sudah tersedia. Baranya merah menyala, menanti taburan serbuk kemenyan.

Dari arah belakang terdengar suara orang bercakap dalam pelbagai bahasa dan loghat.

Saya tidak dapat menangkap perkara yang mereka perkatakan.

Saya kira jumlahnya, lebih daripada sepuluh orang. Bila ditoleh ke belakang suara itu hilang. Suara itu beralih ke halaman rumah, anak mata saya tertumpu ke arah tersebut.

Saya dapati para pekerja Mia mula sibuk membawa pisau penyabit, cangkul, pencebak, parang. Mereka mahu turun ke ladang untuk memulakan pekerjaan.

"Dah pagi rupanya," kata hati saya.

Melihat suasana sekitar, saya kira sudah pukul enam. Tanpa mahu mengambil kira keadaan sekeliling. Pintu ruang tamu saya ketuk berulang kali. Malangnya, tidak ada siapa yang membukanya.

Saya mengambil keputusan nekad, daun pintu saya tolak. Bila pintu terbuka, ada dua orang gadis mempamerkan senyum seolah-olah menyambut kedatangan saya.

"Datuk."

Gadis bermata bulat berambut panjang, menyuruh saya duduk di sofa. Manakala seorang lagi segera mendekati piano.

Jari jemarinya menekan mata piano dan bergema irama lagu yang tidak pernah saya dengari selama ini.

"Menari," pelawa gadis bermata bulat.

Saya gelengkan kepala. Bunyi piano terus bergema, memekakkan anak telinga.

"Aku belum bersembahyang subuh," pekik batin saya.

KELUAR

Tanpa mahu membuang masa, saya meluru keluar. Kedua orang gadis jelita menghalang di muka pintu. Apa yang saya fikirkan waktu itu ialah waktu subuh sudah tiba.

Kedua gadis itu rempuh dengan kasar. Mereka menjerit. Tidak saya pedulikan, langkah dipercepatkan menuju ke rumah papan lalu mengambil wuduk.

Ketika itu, suara para pekerja menjadi riuh rendah. Sesekali terdengar suara anak buahnya. Semuanya tidak saya endahkan. Solat diteruskan.

Selesai solat subuh saya berdiri di muka pintu rumah papan dengan niat mahu melihat telatah para pekerja Mia. Harapan saya tidak menjadi kenyataan.

Apa yang saya alami ialah suasana sepi tetapi hari makin cerah. Tiada seorang pun pekerja yang berjalan di halaman. Barangkali mereka sudah ke ladang, fikir saya.

Kerana tidak mahu Andi Kamarool terlepas solat subuh, saya segera masuk ke biliknya. Kakinya saya tarik dua tiga kali. Andi Kamarool terjaga dari tidur.

"Kenapa tamar?"

"Bangun sembahyang subuh."

"Subuh? Dah pukul berapa sekarang?"

"Dah cerah, dah pukul enam," ulang Andi ragu-ragu. Di terus duduk.

Sungguh mengejutkan bila dia memukul bahu saya berkali-kali sambil ketawa kecil.

"Kamu mengigau Tamar, cuba tengok jam di dinding, pukul berapa sekarang?" jari telunjuknya menghala ke arah jam yang tersangkut di papan rumah lama.

"Ha! Baru pukul 2.55 pagi," kata saya.

Andi kamarool terus ketawa.

Ketika itu juga saya teringat dua orang gadis di ruang tamu rumah lama. Tanpa mahu mengucapkan apa-apa pun pada Andi kamarool, saya turun ke halaman rumah papan.

Dengan menahan nafas, saya memulakan langkah dengan berlari ke rumah batu lama, saya tidak mengalami rasa bimbang dan takut.

Dengan kekuatan seorang lelaki, daun pintu ruang tamu saya tolak dan terus meluru ke tengah ruang tamu.

Dua wanita cantik sudah tiada di situ. Lampu ruang tamu masih menyala, penutup piano sudah tiada di situ. Lampu ruang tamu masih menyala, penutup piano masih terbuka. Terkaku saya dengan penuh kebingungan. Ke mana dua perempuan cantik itu menghilang?

"Apa yang kau cari di sini, Tamar?"

Tidak saya duga Andi Kamarool mengekori saya. Pertanyaannya sukar untuk saya jawab.

Pada hakikatnya, ingin saya nyatakan kedatangan saya untuk mencari perempuan cantik. Tetapi mulut saya tidak terucap, saya takut diketawakan oleh Andi Kamarool.

"Balik Tamar, kau gagal."

Tidak saya jawab kata-kata itu. Muka Andi Kamarool saya tatap.

"Sekarang baru pukul dua, ada baiknya kita sambung tidur."

Saya buat tidak kisah dengan apa yang diluahkan kawan karib saya itu. Fikiran saya masih berputar tentang perempuan cantik.

Apakah mereka yang membawa saya ke pintu rumah batu lama?

Mereka juga agaknya yang menyediakan tempat bara dan mengeluarkan barang-barang dari dalam beg kertas saya.

"Mari."

Andi Kamarool menarik tangan mengajak saya keluar dari ruang tamu. Tiada bantahan, saya hanya mengikut bagaikan kerbau dicucuk hidung.

Bila berada di halaman rumah batu, fikiran saya tidak lagi diselaputi dengan bayang dua orang wanita cantik.

"Tamar renung mataku."

Kerana saya tidak memperlihatkan sebarang reaksi terhadap kata-kata yang diluahkan menyebabkan Andi Kamarool cemas sedikit.

Tetapi anak matanya tetap terpanah ke wajah saya. Dia menarik nafas untuk kali kedua, terus dihembuskan ke muka saya.

"Eh, Tamar cuba kamu tengok keadaan sekeliling kamu."

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 178/284

BACA: SBDJ Siri 177: Jumpa Di Kubur Lama
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2021/02/di-buru-penunggu-rumah-lama-siri-178.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Berkenan Kurnia Rumah Kepada Mangsa Banjir

Agong Berkenan Kurnia Rumah Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 228 hits
67 total views 67 views today Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang mengalami kemusnahan harta benda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan bantuan bagi membina rumah baru kepad...
Kanak Kanak 5 Tahun Maut Dilanggar Di Depan Rumah

Kanak Kanak 5 Tahun Maut Dilanggar Di Depan Rumah

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 258 hits
Tawau Kanak kanak lelaki berusia lima tahun maut dilanggar sebuah pacuan empat roda di hadapan rumahnya di Taman Semarak di sini petang semalam Dalam kejadian 4 20 petang itu Nuh Muhammad Dzulqarnain Asman 5 disahkan meninggal dunia semasa ...
Budak Main Di Depan Rumah Maut Dilanggar Kereta

Budak Main Di Depan Rumah Maut Dilanggar Kereta

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 196 hits
Seorang kanak kanak lelaki maut setelah dilanggar sebuah kereta pacuan empat roda di depan rumahnya di Lorong Semarak 2A 6 Taman Semarak Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata kejadian itu berlaku pada jam 4 20 pet...
Darul Islah Bawa Ceria 039 Rumah Baru 039 Bagi Wanita 87 Tahun Sempena Tahun Baru Cina

Darul Islah Bawa Ceria 039 Rumah Baru 039 Bagi Wanita 87 Tahun Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 227 hits
SINGAPURA Tahun Baru Cina ini cukup istimewa bagi seorang wanita berusia 87 tahun yang tinggal bersendirian Dia seolah olah mendapat rumah baru hasil kerja keras enam bekas pesalah dadah dari Darul Islah Cik Chow Yin Yoke yang sudah uzur da...
Boboiboy Kuasa Tiga Meriah Rumah Cik Piah Tambah Lagi Hero Selepas 3 Tahun

Boboiboy Kuasa Tiga Meriah Rumah Cik Piah Tambah Lagi Hero Selepas 3 Tahun

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 289 hits
Selepas tiga tahun bersalin anak kedua penyampai radio Feeya Iskandar atau Cik Piah telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya di sebuah pusat perubatan di Selangor jam 7 malam pada Khamis Menurut Cik Piah bayi lelaki dengan berat 3 38 ...
Keluhan Suami Tentang Penampilan Selekeh Isteri Di Rumah Punca Suami Curang

Keluhan Suami Tentang Penampilan Selekeh Isteri Di Rumah Punca Suami Curang

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 396 hits
Sebelum ini di media sosial terdapat keluhan seorang suami tentang penampilan isterinya Dia menyatakan yang dia tidak senang melihat si isteri selekeh di rumah dengan memakai baju buruk rambut tidak terurus malah berbau seperti dapur ketika...
Hujan Lebat Sebanyak 65 Buah Rumah Telah Terjejas Akibat Banjir Kilat Luar Biasa Di Raub

Hujan Lebat Sebanyak 65 Buah Rumah Telah Terjejas Akibat Banjir Kilat Luar Biasa Di Raub

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 273 hits
RAUB Sekurang kurangnya sebanyak 68 buah rumah dinaiki air susulan banjir kilat melanda Kampung Sungai Klau di sini pada Jumaat Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Raub Leftenan Ariwan Bambang Ariadi berkata antara kawasan terjejas diland...
Setahun Kerja Dari Rumah Kerajaan Perlu Dengar Masalah Pekerja

Setahun Kerja Dari Rumah Kerajaan Perlu Dengar Masalah Pekerja

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 240 hits
Masalah yang ditanggung pekerja yang bekerja dari rumah sejak hampir setahun lalu perlu diberi perhatian oleh kerajaan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia berpandangan banyak permasalahan mendepani para pekerja masih belum diselesaikan sepenu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian