Sayang Pemimpin Atau Sayang Parti




Selain banyak sebab lain yang bukan lagi rahsia sebagai punca kalah dan hilangnya kuasa UMNO, salah satu sebab terbesarnya ialah keengganan pemimpin dan ahli UMNO menyingkirkan Najib Razak sebelum PRU14 yang lalu.


Meskipun Najib ketika itu belum lagi dibawa dan didakwa di mahkamah, tetapi bebasnya beliau daripada sebarang pendakwaan lebih kerana cengkamannya terhadap Pejabat Peguam Negara yang pada waktu itu diketuai oleh Apandi Ali.


Najib sebelum itu telah menukar secara tergesa-gesa dan kontroversi Peguam Negara daripada Gani Patail kepada Apandi Ali.


Lantaran itu, di mata rakyat, berikutan skandal 1MDB yang menjadi bualan di seluruh dunia,  Najib dilihat sebagai seorang yang ada banyak kesalahan, tetapi berjaya melindungi kesalahannya di sebalik dinding tebal yang dibina melalui pertukaran Peguam Negara.


Kalaulah ketika itu pemimpin dan ahli UMNO mendengar dengan jujur denyut nadi rakyat dan sedia menyingkirkan Najib sebelum PRU14, apa yang berlaku hari ini tentulah tidak menjadi tatapan ke seluruh dunia.


Saya sendiri pada 2016 ada menulis sebuah buku yang bertajuk "Kad Merah Untuk Najib"  yang menyarankan perlunya UMNO membuang dan menyingkirkannya untuk mengelakkan UMNO dan BN ditolak rakyat melalui peti undi dalam pilihanraya.


Tun Mahathir Mohamad sendiri tidak jemu-jemu mendesak penyingkiran Najib demi untuk menyelamatkan UMNO dan akhirnya beliau sendiri tampil ke depan untuk mengetuai gerakan menumbangkan Najib, UMNO dan BN melalui Pakatan Harapan.


Waktu itu, alasan tidak mahu menyingkirkan Najib ialah kerana pemimpin UMNO ternampak lebih sayangkan Najib berbanding UMNO itu sendiri.


Hanya setelah UMNO benar-benar hilang kuasa, kemudiannya barulah kita dengar beberapa pemimpin UMNO meluahkan rasa kesal kerana tidak bercakap berpaksikan kebenaran mengenai Najib.


Malangnya semua itu sudah terlambat. Selebihnya yang berdiam diri dan tidak meluahkan apa-apa kata mungkin juga ada perasaan sedemikian di dalam diri mereka, cuma agaknya masih malu untuk mengakuinya secara terbuka.


Apa yang berlaku kepada Zahid Hamidi sekarang ini sebenarnya tidak banyak berbeza situasinya dengan Najib dahulu.


Cumanya sekarang Zahid Hamidi sudah didakwa dengan 45 pertuduhan pecah amanah, menerima rasuah dan penggubahan wang haram yang jumlah keseluruhannya melibatkan lebih RM114 juta, sementara Najib hanya setelah UMNO tumbang dan Peguam Negara ditukar, barulah beliau dapat dibawa ke mahkamah.


Dalam hal ini, para pemimpin UMNO seharusnya belajar daripada kesilapan masa lalu berkaitan Najib dahulu. UMNO masih dalam proses pemulihan kesan daripada kekalahan dalam pilihanraya umum yang lalu.


Apabila Pemuda UMNO menyarankan Zahid Hamidi bercuti seketika untuk menyelesaikan kes mahkamahnya, ia adalah pendirian paling rasional yang dipelajari daripada keengganan menyingkirkan Najib sebelumnya.


Pendirian itu harus disokong dan disambut oleh pelbagai pihak lain dalam UMNO agar Zahid Hamidi setuju untuk bercuti atau MT UMNO akhirnya mengambil keputusan memberinya cuti.


Untuk meraih semula kepercayaan rakyat, UMNO tidak boleh lagi dipimpin oleh mereka yang kotor, tidak bersih atau kelihatan tidak bersih. Hanya dengan memberi cuti seketika kepada Zahid Hamidi saja pilihan terbaik ketika itu.


Mempertahankan Zahid Hamidi atau memanggil Pemuda UMNO sebagai "haprak" kerana pendirian tersebut hanya meletakkan UMNO kembali kepada ketaksuban melampau seperti era Najib dalam mempertahankan pemimpin.


Bukan tidak boleh mempertahkan pemimpin, tetapi dengan 45 pertuduhan yang dihadapinya yang bagi kebanyakan rakyat biasa umpama "terang lagi bersuluh", di manakah relevanmya menyayangi pemimpin melebihi sayang kepada UMNO itu sendiri?


Mampukah UMNO terus berhujah dan meyakinkan rakyat untuk mendapat sokongan rakyat jika sepanjang masa Presiden UMNOnya lebih banyak terpapar wajahnya berada di kandang salah mahkamah untuk mempertahankan dirinya? (ShahbudinHusin 26/10/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/10/sayang-pemimpin-atau-sayang-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Parti Amanah Negara Adalah Boneka Dap Akhirnya Senyap Seribu Bahasa

Pemimpin Parti Amanah Negara Adalah Boneka Dap Akhirnya Senyap Seribu Bahasa

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 361 hits
Setiausaha PAS KELANTAN Datuk Che Abdullah Mat Nawi menyelar sikap pemimpin Parti Amanah Negara yang terus mendiamkan diri dalam walaupun mereka sebelum ini melaungkan laungkan parti itu turut memperjuangkan IslamTindakan pihak DAP untuk me...
Pemimpin Parti Amanah Negara Adalah Boneka Dap Akhirnya Senyap Seribu Bahasa

Pemimpin Parti Amanah Negara Adalah Boneka Dap Akhirnya Senyap Seribu Bahasa

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 477 hits
Setiausaha PAS KELANTAN Datuk Che Abdullah Mat Nawi menyelar sikap pemimpin Parti Amanah Negara yang terus mendiamkan diri dalam walaupun mereka sebelum ini melaungkan laungkan parti itu turut memperjuangkan IslamTindakan pihak DAP untuk me...
Pemimpin Pkr Serah Bukti Tentera Undi Dalam Pemilihan Parti

Pemimpin Pkr Serah Bukti Tentera Undi Dalam Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 392 hits
MINDA RAKYAT KUALA LUMPUR Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong menyerahkan 2 set dokumen bagi membantu siasatan Kementerian Pertahanan berhubung dakwaan penglibatan anggota Angkatan Tentera Malaysia dalam pemilihan PKR Cawangan Petaling Jaya Ut...
Bikin Ktp Kk Dan Akta Kelahiran Gratis Jika Ada Oknum Pungut Biaya Bisa Dipenjara 6 Tahun Atau Denda 75 Juta

Bikin Ktp Kk Dan Akta Kelahiran Gratis Jika Ada Oknum Pungut Biaya Bisa Dipenjara 6 Tahun Atau Denda 75 Juta

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 327 hits
Revisi UU nomor 23 tahun 2006 tentang Administrasi Kependudukan membawa kabar baik Revisi UU itu mencantumkan jelas KTP elektronik berlaku seumur hidup juga pengurusannya tidak dipungut biaya alias gratis Birokrat nakal yang melakukan pungl...
Elakkan Budaya Pilih Kasih Pada Anak Atau Cucu Favoritism Boleh Mencalarkan Emosi

Elakkan Budaya Pilih Kasih Pada Anak Atau Cucu Favoritism Boleh Mencalarkan Emosi

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 563 hits
Macam mana nak hindarkan rasa sedih melihat anak anak tidak dilayan baik oleh mertua berbanding dengan cucu cucu mereka yang lain Apa yang boleh buat untuk anak tak rasa hati sedangkan ibu bapa pun terasa hati dengan keadaan tersebut Anak t...
The 5 Datuks Bintang Glamour Atau Bintang Perkhidmatan

The 5 Datuks Bintang Glamour Atau Bintang Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 389 hits
Pertama diwakili oleh seorang Tun yang menghantar pesanan WhatsApp menyatakan kejelikan melihat menteri setahun jagung dianugerahkan bintang kehormatan negeri Melaka Kedua seorang penggiat Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang juga menghantar...
Berjuang Tanpa Harap Balasan Wang Atau Kuasa Azmin Nasihat Ahli Pkr

Berjuang Tanpa Harap Balasan Wang Atau Kuasa Azmin Nasihat Ahli Pkr

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 486 hits
October 17 2018 KUALA LUMPUR Datuk Seri Azmin Ali menasihatkan ahli PKR khasnya golongan muda supaya mencontohi pemimpin lama yang berjuang untuk parti sejak 20 tahun lalu tanpa mengharapkan sebarang balasan dari segi wang atau kuasa Calon ...
Tips Untuk Yang Mahu Bercuti Di Singapura Naik Bas Atau Kereta

Tips Untuk Yang Mahu Bercuti Di Singapura Naik Bas Atau Kereta

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 377 hits
Tips Untuk Yang Mahu Bercuti di Singapura Naik Bas atau Kereta Ada banyak bertanya apa yang perlu disediakan jikalau mahu melakukan percutian ke Singapura samada naik kereta atau naik bas Mana yang lebih baik Ikuti artikel ini seterusnya Ji...
Gila Sebentar Dengan Ros Jepun Atau Pokok Sepuluh Pagi

Gila Sebentar Dengan Ros Jepun Atau Pokok Sepuluh Pagi

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 333 hits
Bismillah Assalamualaikum w b t Hai readers and follower blog saya siapa pun anda saya ucapkan terima kasih kerana sudi jadi pembaca blog saya yang tak seberapa Hari ni nak cerita tentang kegilaan melihat dan baru berjinak menanam ros jepun...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Kkv Alamanda

Ramai Yang Skeptikal

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Makan Kerap Untuk Elak Perut Buncit Ada Ke

5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta

Sprm Mahu Kepercayaan Rakyat Dalam Banteras Rasuah Bebas Sahaja Tak Mencukupi