Saya Pun Sibuk Peminat Risau Unsur Negatif Dalam Drama Ditawarkan Kim Namgil Beri Respon
Sepertinya Kim Nam-gil memahami kegusaran peminat.
Artikel Berkaitan
Kim Namgil Mula Penggambaran Untuk 'The Fiery Priest 2'
Kelmarin, agensi Kim Nam-gil mengesahkan bahawa pelakon itu telah menerima tawaran untuk membintangi drama “Get Schooled” yang akan datang, berdasarkan webtoon dengan tajuk yang sama. Walaupun dia belum membuat keputusan, ramai peminat meluahkan kebimbangan mengenai webtoon asal, yang sebelum ini dikritik kerana unsur misogynist, perkauman, dan gambaran keganasan fizikal.
Tak lama kemudian, pelakon lelaki itu secara peribadi mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan membintangi drama tersebut menerusi satu entri.
Saya mendengar bahawa semalam, ramai peminat saya bimbang kerana artikel tentang saya yang dikatakan akan membintangi drama lain.
Jelasnya panjang,
Walaupun benar bahawa agensi saya menerima tawaran untuk “Get Schooled”, atas rasa hormat kepada mereka yang memberikan tawaran tersebut, saya memerlukan sedikit masa untuk menyemak projek itu secara peribadi dan menyampaikan sama ada saya ingin menolak atau menerima. Tetapi buat masa ini, saya tidak mempunyai masa atau keupayaan untuk memikirkan perkara lain selain daripada “The Fiery Priest”.
Kim Nam-gil menjelaskan bahawa dia sentiasa tidak akan cuba mengecewakan peminat yang sudah banyak memberikan kasih sayang buat projek lakonannya. Akhir kalam, dia meminta semua memberikan sokongan penuh buat “The Fiery Priest 2” yang bakal bersiaran pada hari ini.
Bagus kan Kim Nam-gil?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Saya Pun Sibuk..” – Peminat Risau Unsur Negatif Dalam Drama Ditawarkan, Kim Namgil Beri Respon first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/saya-pun-sibuk-peminat-risau-unsur-negatif-dalam-drama-ditawarkan-kim-namgil-beri-respon/