Saya Harap Mulan Tak Benci Saya Datin Atikah Sebak Bayangkan Masa Depan Anak Tersayang


Nama Atikah Suhaime bukan asing dalam dunia hiburan. Memulakan kerjaya lakonan sejak usia muda, wajah lembut dan lakonannya yang bersahaja sering mencuri perhatian peminat drama Melayu tempatan.

Namun, sisi hidup Atikah berubah sepenuhnya selepas dia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Lokman Teh pada tahun 2022. Kini bergelar isteri dan juga ibu kepada si comel Lyla Mulan Teh, Atikah perlahan-lahan membina babak baru dalam hidupnya – lebih tenang, lebih matang, dan lebih bermakna.
Saat genting yang hanya ibu akan faham Buat pertama kali menyambut Hari Ibu sebagai seorang ibu sebenar, Datin Atikah Suhaime mengimbau kembali detik yang mengubah seluruh hidupnya — saat melahirkan Lyla Mulan Teh.

Walaupun dirinya seorang yang sentiasa yakin dalam setiap keputusan besar hidup, namun bila tiba di bilik bersalin dan diminta menandatangani borang kelahiran, hatinya mula berbelah bagi. Dalam diam, dia hanya berharap satu — agar ibunya segera tiba ke hospital untuk memegang tangan dan menenangkannya.
“Rasanya sejak saya pregnant, saya selalu rindu my mom. Selalu nak clingy dengan dia. tiba-tiba macam tu, padahal sebelum tu selalu bergaduh. semua dah tahu saya bersalin ambil epidural, tapi orang tak tahu sebelum tu saya kena sign satu borang in case berlaku apa-apa komplikasi. Saya seorang yang sangat yakin tapi bila tengok borang tu terus rasa serabut, tertanya-tanya betul ke pilihan saya.”
Ketika itulah dia sedar, tiada siapa yang boleh mengganti tempat seorang ibu di sisi anaknya, terutama dalam saat paling mencabar dan penuh emosi seperti melahirkan zuriat sendiri.
“Suami saya pula sejenis yang dia cakap dia takut tengok jarum, jadi dia minta nak keluar. Masa tu ibu saya masih di airport tak sampai lagi, kebetulan saya bersalin mengejut. saya rasa keseorangan dan menangis je. Waktu tulah saya sedar yang saya perlukan ibu saya.”
Belajar jadi ibu ayah – cinta diuji, tapi makin mendalam Menjadi ibu bukan hanya tentang bayi, tapi tentang perkahwinan yang juga melalui fasa baru. Itulah realiti yang Atikah lalui selepas kelahiran Lyla. Hubungannya bersama suami tercinta, Datuk Lokman Teh, turut berubah. Perselisihan faham menjadi biasa — dua jiwa yang sama-sama belajar cara baru hidup sebagai ibu dan ayah.

Namun, daripada cabaran itu, Atikah mula melihat sisi baru suaminya. Seorang ayah yang penyayang, rajin membantu, dan penuh empati terhadap keadaannya yang masih dalam fasa menyesuaikan diri.
“Dugaan lepas bersalin ni, hari-hari nak gaduh. Kenapa tak ada yang cerita tentang hubungan suami isteri lepas ada anak? Saya rindu suami tapi pada masa yang sama tak mahu jauh dari anak. bila dah ada anak ni, hubungan suami isteri dah lain tak sama macam kita bercinta dulu. Kalau dulu we’re partners in crime tapi sekarang partners in diapers.”
Katanya, cinta itu bukan hanya tidak berkurang — malah bertambah kerana dia jatuh cinta sekali lagi, kali ini dengan versi ‘ayah’ kepada suami yang dikasihi.
“Tak sangka saya nampak sisi lain suami saya. Yalah, dia lahir-lahir anak orang kaya. Jenis dia, dia bayar dan orang buatkan untuk dia semuanya. Menakjubkan bila hari pertama bersalin tu, saya tengok dia salinkan lampin anak. Bila tengok sisi dia yang lain tu, dah tentulah saya bertambah sayangkan dia. Dan syukur dia juga sangat memahami saya sebagai ibu yang baru bersalin dengan emosi yang tak menentu.”
Rancang masa depan anak – tapi tak mahu terlalu mengatur takdirnya Sebagai seorang ibu, pastinya ada harapan dan impian untuk si kecil. Atikah juga tidak terkecuali. Dia mahu segalanya terbaik buat Lyla Mulan Teh — dari segi pendidikan, peluang hidup, hingga kebahagiaan masa depan.
“Kalau boleh Atikah nak control hidup dia. Atikah nak dia jadi ballerina, kahwin dengan orang kenamaan, go to the best school. Kita akan plan macam-macam for our kids tapi apa yang kita rasa terbaik untuk dia tak semestinya terbaik untuk diri dia.”

Namun, dalam hatinya, dia juga sedar… apa yang ibu fikir terbaik, tak semestinya itu yang anak mahukan. Maka, dia hanya mahu Lyla tahu satu perkara: apa pun keputusan yang dibuat hari ini, semuanya lahir daripada kasih sayang dan harapan yang tulus. Dan satu hari nanti, dia hanya berharap anaknya akan faham, bukan membenci.
“I always thinking, apa yang mak dia buat sampai anak dia marah sangat dekat dia. I hope Mulan will always love me forever. I harap dia takkan jadi macam saya dulu yang selalu marah-marah mak saya. Baru saya tahu, ibu hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya. Harap-harap dia tak benci saya bila dia dah besar nanti.”
Untuk setiap ibu yang mencintai tanpa syarat Kisah Datin Atikah Suhaime ini menjadi refleksi indah buat semua wanita yang melangkah masuk ke dunia keibuan. Ia bukan perjalanan mudah, tapi ia adalah perjalanan yang membina semula cinta, diri, dan pengertian.
Selamat Hari Ibu buat Datin Atikah Suhaime dan semua ibu hebat di seluruh Malaysia!
Tonton video ini;
The post “Saya Harap Mulan Tak Benci Saya.” Datin Atikah Sebak Bayangkan Masa Depan Anak Tersayang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/saya-harap-mulan-tak-benci-saya-datin-atikah-sebak-bayangkan-masa-depan-anak-tersayang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Minat Cakap Banyak Mungkin Dia Wartawan Hebat Masa Depan

Anak Minat Cakap Banyak Mungkin Dia Wartawan Hebat Masa Depan

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 196 hits
Dalam dunia yang semakin dipenuhi maklumat kemampuan untuk menapis memahami dan menyampaikan informasi dengan tepat menjadi kemahiran yang sangat berharga Mendorong anak anak untuk menceburi bidang kewartawanan bukan sahaja membina kemahira...
Gaji Tak Cukup Untuk Masa Depan Anak Transformasi360 Richworks Buka Jalan Baru

Gaji Tak Cukup Untuk Masa Depan Anak Transformasi360 Richworks Buka Jalan Baru

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 150 hits
Kehebatan RichWorks Academy Sdn Bhd dengan peneraju utamanya Prof Datuk Wira Dr Azizan Osman yang banyak merubah kejayaan dan masa depan ramai sememangnya tidak perlu disangkal lagi Auranya begitu luar biasa Kali ini RichWorks Academy Sdn B...
Panduan Dan Tips Membeli Dan Memilih Insurans Hayat Yang Sesuai Jaminan Ketenangan Untuk Masa Depan Orang Tersayang

Panduan Dan Tips Membeli Dan Memilih Insurans Hayat Yang Sesuai Jaminan Ketenangan Untuk Masa Depan Orang Tersayang

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 157 hits
Panduan dan Tips Membeli dan Memilih Insurans Hayat yang Sesuai Jaminan Ketenangan untuk Masa Depan Orang Tersayang Pernah terfikir apa akan jadi pada keluarga tersayang jika sesuatu yang tak diingini berlaku pada anda Bagaimana pula dengan...
Podcast Pertama Datin Atikah Dedah Tak Dapat Kahwin Anak Raja Dapat Kahwin Datuk Pun Dah Cukup Bahagia

Podcast Pertama Datin Atikah Dedah Tak Dapat Kahwin Anak Raja Dapat Kahwin Datuk Pun Dah Cukup Bahagia

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 127 hits
Ibu mana yang tak mahu berikan yang terbaik untuk anaknya Setiap ibu di dunia ini sentiasa mahu melindungi dan memastikan anaknya hidup tanpa derita atau kesusahan Dari lubuk hati yang paling dalam kita mahu anak kita sentiasa bahagia dan s...
Kenderaan Ev Semakin Popular Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau Dan Pintar

Kenderaan Ev Semakin Popular Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau Dan Pintar

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 225 hits
Penulis Azhari Bin Shamsudeen Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Automotif Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia Kenderaan elektrik atau EV kini semakin menda...
Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 216 hits
IN today s unpredictable world planning ahead and ensuring security for yourself and your loved ones is more than just good sense it s an essential part of a responsible life As the cost of living rises and unforeseen challenges become more...
Ains Dan Delima Masa Depan Pembelajaran Berteraskan Ai Dan Teknologi

Ains Dan Delima Masa Depan Pembelajaran Berteraskan Ai Dan Teknologi

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 244 hits
Dalam era Revolusi Industri 4 0 dan menuju Revolusi Industri 5 0 sistem pendidikan global berada dalam fasa transformasi pesat Di Malaysia inisiatif seperti AINS dan DELIMa menjadi tonggak utama dalam membawa pembelajaran ke tahap yang lebi...
Naib Presiden Umno Optimis Dengan Masa Depan Parti Itu Golongan Muda Akan Terajui Bibit Kebangkitan

Naib Presiden Umno Optimis Dengan Masa Depan Parti Itu Golongan Muda Akan Terajui Bibit Kebangkitan

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 143 hits
KUANTAN Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail optimis dengan masa depan UMNO apabila melihat bibit bibit kebangkitan yang sedang diterajui golongan muda Menurutnya keyakinan itu bersandarkan pengalaman peribadi bertemu sendiri ...
Ramalan Masa Depan Anwar Ibrahim Oleh Gap Mereka Ahli Pkr

Ramalan Masa Depan Anwar Ibrahim Oleh Gap Mereka Ahli Pkr

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 112 hits
Anwar Ibrahim kini berada di puncak impian hidupnya menjadi Perdana Menteri Namun di sebalik kejayaan itu legasi politik beliau dilihat semakin terperangkap dalam dilema yang beliau sendiri bina antara janji reformasi dan realiti kompromi k...
Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Drama Abang Imam Minah Skuter

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


From Panel To Screen Why Webtoons Are Hollywood S Next Blockbuster Pipeline

Berapa Harga Dirimu Coba Hitung Di Sini

Junosuara Lrt Gombak Chord

Mcdonald S Malaysia Empowers Youth With Paid Vocational Training

Scoot Adds Kota Bharu And Da Nang Flights This October

Malaysian Couple Defy Norms Celebrate Love Despite Disability