Saya Cuma Disoal Siasat Sprm Untuk Bantu Siasatan Bukan Suspek Muhyiddin


 
Selepas disoal siasat oleh SPRM, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mempertahan bahawa dia tidak bersalah dalam isu melibatkan program Jana Wibawa untuk kontraktor bumiputera ketika pentadbirannya.
Muhyiddin menjelaskan dia dipanggil badan antirasuah itu bagi membantu siasatan sebagai saksi dan bukannya suspek.
Dia juga menegaskan pegawai penyiasat SPRM tidak menyoalnya berhubung dakwaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa pentadbirannya sebelum ini menyalahgunakan berbilion ringgit.
“Tak ada dengan RM600 billion langsung tak tanya saya. RM530 billion atau 86 bilion atau 4.5 billion,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen derma darah di Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur pagi ini.
Muhyiddin berkata dia dipanggil untuk memberi kenyataan khusus mengenai Jana Wibawa. 
“Jana Wibawa ialah projek yang diusahakan MOF yang dicadangkan oleh menteri kewangan Tengku Zafrul waktu itu. Saya setuju, waktu Covid-19, antara paling teruk terkesan ialah kontraktor. 
“Peraturan ini dihadkan kepada MOF yang ada kuasa menentu dan memilih ialah Menteri kewangan atau kementerian yang terlibat dalam projek yang beri pertimbangan, memperhalusi, sama ada layak atau tidak.
“Saya tanya adakah saya suspek. Dia (pegawai SPRM) kata bukan suspek. Suspek maknanya mungkin saya akan dituduh. Cuma saya diminta bantu jelaskan hal yang saya jelaskan tadi,” katanya.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mendedahkan dia mendengar bahawa SPRM akan memanggil Zafrul untuk membantu siasatan berhubung projek Jana Wibawa.
“Itu terpulang kepada mereka untuk mendapatkan penjelasan daripadanya (Zafrul).”
Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kelulusan bagi projek pembangunan luar bandar bernilai RM5.7 bilion di bawah program Jana Wibawa telah dihentikan sementara sehingga prosedur perolehan dan perbelanjaan yang ditetapkan oleh Perbendaharaan dipatuhi.
Zahid berkata, Kementerian Kewangan yang turut diketuai Anwar mahu menyemak sama ada mereka dianugerahkan projek itu mengikut proses perolehan dan keperluan tadbir urus.
Semalam, SPRM merekodkan kenyataan Muhyiddin berhubung siasatan ke atas akaun bank Bersatu yang telah dibekukan.
Selain Muhyiddin, beberapa pemimpin kanan Bersatu lain juga pernah disoal siasat SPRM sebelum ini.
Dalam sidang media hari ini, Muhyiddin menegaskan bahawa SPRM menyoalnya semata-mata berhubung projek Jana Wibawa menunjukkan bahawa dakwaan Anwar terhadapnya bertujuan untuk mencemarkan nama baiknya.
Justeru, katanya, dia sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang selanjutnya untuk menangkis dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.
“Kita dah minta peguam kita teliti. Tak berhenti-henti fitnah terhadap saya. Saya ini dah 50 tahun dalam kerajaan, tiada kes tuduhan rasuah kepada saya. Tiada salah guna kuasa.
“Saya ikut undang-undang. Saya nak tegaskan saya pegang teguh pada keluhuran undang-undang tapi mereka tak yakin. Mereka golongkan saya macam golongan perompak yang lain. I’m not (Saya bukan),” katanya.
Awal bulan ini, Malaysiakini melaporkan bahawa SPRM telah membekukan dua akaun bank Bersatu untuk membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan. Kedua-dua akaun itu dilaporkan mengandungi kira-kira RM40 juta.
Sumber SPRM mendakwa pembekuan akaun itu atas dakwaan Bersatu menerima sumbangan berjumlah kira-kira RM300 juta daripada kira-kira 10 kontraktor yang menerima pelbagai projek ketika parti itu mentadbir kerajaan.
Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, telah menafikan pertuduhan itu dan berkata bahawa dia akan menulis surat kepada SPRM meminta akaun itu tidak dibekukan kerana ia menjejaskan operasi parti, seperti membayar gaji kakitangan dan sewa pejabat.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/saya-cuma-disoal-siasat-sprm-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Orang Sedang Menggelabah Terkini Sprm Sahkan Muhyiddin Adalah Suspek Bukan Bantu Siasatan

Bila Orang Sedang Menggelabah Terkini Sprm Sahkan Muhyiddin Adalah Suspek Bukan Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 113 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mengesahkan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin antara suspek yang disiasat bagi projek Jana Wibawa Sumber SPRM berkata dalam siasatan SPRM Muhyiddin adalah suspek siasatan ketika b...
Apa Status Tengku Zafrul Dalam Siasatan Sprm Suspek Atau Saksi

Apa Status Tengku Zafrul Dalam Siasatan Sprm Suspek Atau Saksi

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 123 hits
Selepas bekas Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin disiasat SPRM berhubung projek Jana Wibawa siasatan selepas ini adalah kepada bekas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz SPRM semalam mengesahkan mereka akan memanggil Tengku Zafr...
Sprm Panggil Saya Bukan Sebagai Suspek Muhyiddin

Sprm Panggil Saya Bukan Sebagai Suspek Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 132 hits
satuberita myBy February 18 2023TAN Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memanggil beliau untuk memberi kenyataan bukan sebagai suspek dalam projek Jana Wibawa Menurutnya beliau memberikan kerjasama yang b...
Sprm Siasat Bekas Perdana Menteri Dan Menantu

Sprm Siasat Bekas Perdana Menteri Dan Menantu

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 158 hits
Kalbana Perimbanayagamam hmetro com myKuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat seorang bekas Perdana Menteri dan menantunya berhubung kontrak kerajaan Sumber SPRM berkata siasatan tertumpu kepada kemungkinan sala...
Pegawai Sprm Yang Ditugas Untuk Fix Up Muhyiddin Yassin

Pegawai Sprm Yang Ditugas Untuk Fix Up Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 184 hits
Majlis Peguam Siasat 5 pegawai SPRM cuai sebabkan kematian Teoh Diterbitkan Aug 5 2011 Tidak seperti Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasatan yang mendapati Teoh Beng Hock membunuh diri akibat disoalsiasat yang agresif dan berterusan Majlis Peg...
Muhyiddin Sudah Beri Keterangan Kepada Sprm

Muhyiddin Sudah Beri Keterangan Kepada Sprm

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 160 hits
hmetro com myMUHYIDDIN FOTO arkib NSTPKuala Lumpur Tan Sri Muhyiddin Yasin sudah memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam berkaitan siasatan membabitkan wang RM300 juta disyaki diterima Parti Pribumi Bersa...
Penolong Jurutera Jkr Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Lebih Rm500 000

Penolong Jurutera Jkr Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Lebih Rm500 000

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 127 hits
nbsp KUANTAN Seorang penolong jurutera Jabatan Kerja Raya Raub direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah berjumlah RM516 325 antara 2018 hingga 2022 Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat meng...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment