Saya Bukan Lagi Bujang Cat Farish Nikahi Pereka Fesyen 4 Tahun Kenal Baru Sekarang Masanya Bercinta
Dengan sekali lafaz, anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish telah selamat bergelar suami kepada pasangannya, seorang pereka fesyen, Suriani Hassan pada 10 pagi Jumaat.
Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Pusat Dakwah Islamiah, Senawang, Negeri Sembilan yang hanya dihadiri bapa kepada Cat dan Suriani serta saksi.
Cat atau nama sebenarnya Farish Zaquan Ramli, 46, meluahkan rasa syukur biarpun majlis pernikahannya berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Sepanjang proses tiada masalah dan kami ada meminta nasihat daripada pihak berkuasa sebelum melangsungkan majlis. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
“Ada kebaikan dan kesedihannya, misalnya malam berinai tak ramai yang boleh datang, majlis nikah pun kami empat beranak saja tapi kebaikannya saya terus boleh dapat sijil dan kad nikah.
“Insya-Allah selepas ini akan ada kenduri dan resepsi, sama ada lagi enam bulan atau setahun memandangkan urusan tempahan dewan tidak boleh dibatalkan. Jadi, kami memutuskan untuk pilih tarikh lain… Kalau tiada aral juga kami merancang untuk majlis sarung cincin pada akhir bulan Disember nanti,” katanya kepada Gempak.
Bercerita lebih lanjut, Cat memberitahu usia perkenalan antara dia dan Suriani kini memasuki usia empat tahun namun mulai serius sejak Julai lalu.
“Kami belum bercinta lagi, selama ini hanya berkawan dan saya tergerak hati untuk mengajaknya berkahwin. Jadi, bercinta itu selepas berkahwinlah.
“Ada banyak kelebihan yang saya nampak pada Suriani, dia membuatkan saya rasa selesa, dia seorang penyabar dan menjaga kedua-dua orang tuanya dengan baik. Jadi, saya yakin dia juga boleh menjaga saya sebaik itu,” katanya.
Sementara itu, kongsi Suriani, 34, dia melihat Cat sebagai seorang lelaki yang budiman dan sentiasa menghormati orang tua, ciri-ciri itu membuka hatinya untuk menerimanya sebagai suami.
“Kami pertama kali berjumpa di Terengganu sekitar empat tahun lalu tapi kami jarang bersembang. Seperkara yang membuka hati saya apabila melihat cara dia melayan ibu dan keluarganya. He is the one!
“Hubungan saya dan anak-anaknya pun baik dan untuk kami pula tiada perancangan untuk cahaya mata pun, kalau diberikan rezeki secepatnya pun saya terima,” tambahnya.
Cat pernah mendirikan rumah tangga bersama Hartiny Ramli namun mereka berpisah pada April 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 14, Eva Latheefa, 11 dan Qul Iskandar, 12-GEMPAK
“Sakit ke, nampak tua” Penampilan terkini Cat Farish buat ramai terkejut
The post “Saya Bukan Lagi Bujang” – Cat Farish Nikahi Pereka Fesyen, 4 Tahun Kenal Baru Sekarang Masanya Bercinta appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2020/11/20/saya-bukan-lagi-bujang-cat-farish-nikahi-pereka-fesyen-4-tahun-kenal-baru-sekarang-masanya-bercinta/