Sawan Ketika Mengandung Apa Yang Anda Perlu Ketahui


“Saya ( jururawat masyarakat ) sampai kat umah pesakit selepas menerima panggilan kecemasan dengan ambulans. Sesampainya di rumah, saya lihat pesakit dikelilingi taburan bawang putih yang banyak, dan ada banyak pelita bersama-sama taburan bawang putih itu. Pesakit ketika itu nampak penat sekali. Hidung saya kembang kempis dengan bau bauan pelik dan mengerikan, mcm bau kemenyan pun ada. saya cepat-cepat bawak pesakit masuk ke dalam ambulan dengan bantuan MA. Tak sanggup saya tunggu lelama, meremang segala bulu kat badan ni, doktor!”


Eclampsia dan pre-eclampsia adalah dua mende yg berbeza mahupun mereka berkait rapat antara satu sama lain. Sehinggakan dalam teaching pelajar perubatan dan doktor houseman berkali kali saya tekankan, semua orang mengandung yg dapat sawan atau dijumpai tak sedarkan diri adalah ECLAMPSIA sehinggalah dibuktikan bukan.

Bila sawan kita panggil ECLAMPSIA. Pre-Eclampsia pula adalah amaran bahaya sebelum dapat sawan ketika hamil.

Pra-eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan, dan ianya berlaku pada trimester kedua kehamilan lazimnya selepas 20 minggu kehamilan.

Pra-eklampsia berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang mendadak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan kehadiran protein dalam air kencing.

Punca sebenar terjadinya pra-eklampsia masih lagi tidak diketahui.

Apa yang terjadi dalam pra-eklampsia ialah terdapat pengurangan aliran darah ke uri sekaligus membahayakan bayi dalam kandungan . Tumbesaran bayi menjadi terbantut disebabkan kuantiti oksigen dan nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.

Air mentuban juga akan menjadi kurang. Sekiranya tumbesaran bayi menjadi sangat terbantut, bayi boleh mati secara mengejut di dalam kandungan. Maka kehamilan dengan pra-eklampsia akan dipantau dari semasa ke semasa untuk mengesan bayi-bayi yang bakal mengalami komplikasi ini supaya tindakan segera dapat diambil untuk menyelamatkan bayi.

Mengapa perlu tahu mengenai pra-eklampsia?

Pra-eklampsia sangat biasa berlaku di kalangan wanita hamil.

Pra-eklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 kehamilan manakala eklampsia (sawan hamil) pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan pra-eklampsia akan mengalaminya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bersalin, dalam tempoh berpantang (postpartum).

1 dalam 200 kehamilan (0.5%) akan mengalami pra-eklampsia yang serius ketika hamil. Gejala-gejala pra-eklampsia lazimnya ditunjukkan pada penghujung kehamilan, tetapi ada juga yang menujukkan gejala-gejala selepas bersalin.

Gejala-gejala pra-eklampsia yang serius adalah :

❗️Sakit kepala yang tidak dapat dilegakan oleh ubat tahan sakit
❗️Mata menjadi kabur
❗️Pedih pada ulu hati yang tidak dapat dilegakan oleh ubat-ubatan gastrik
❗️Bengkak pada kaki dan muka yang makin bertambah
❗️Berasa tidak sihat

Gejala-gejala ini adalah tanda-tanda amaran bahaya, dan memerlukan perhatian pihak hospital dengan kadar yang segera. Dalam pra-eklampsia yang serius ini, organ-organ penting di dalam badan – fungsi hati dan buah pinggang mungkin akan terjejas, sekaligus menjejaskan proses pembekuan darah yang normal di dalam badan.

Pra-eklampsia serius ini jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi. Walaupun ianya jarang terjadi 1 dalam 4000 kehamilan, eklampsia memberikan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut

Anda lebih cenderung untuk mendapat pra-eklampsia jika ini merupakan kehamilan sulung anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang terdahulu.

Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:

✅berumur 40 tahun atau lebih;
✅berat badan berlebihan ketika hamil, BMI 35 atau lebih.
✅mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus,masalah buah pinggang, atau diabetes;
kandungan kembar atau lebih;
✅mempunyai sejarah pra-eklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;

Berbincang dengan doktor anda, tentang faktor-faktor yang anda ada. Setelah penilaian doktor, anda akan dinasihatkan memakan ubat aspirin 75mg sehari sekali dari pada awal kehamilan (12 minggu) sehingga bersalin untuk mengurangkan risiko anda mengalami pra-eklampsia. Suplemen kalsium juga akan turut dimulakan.

Tiada cara yang pasti 100 % untuk mencegah terjadinya pra-eklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi tidak dalam bahaya ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal pra-eklampsia.

Bagaimana saya dirawat, sekiranya saya mengalami pra-eklampsia?

Jika tekanan darah naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke uri. Anda mungkin diminta pergi ke klinik kesihatan setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda.

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi. Kadar tumbesaran bayi akan diperiksa. CTG (cardiotocography) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum. Tujuannya ialah untuk memanjangkan tempoh kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang kepada bayi supaya tidak dilahirkan secara pramatang. Ubat untuk mengawal tekanan darah juga turut akan diberikan.

Anda juga akan diberikan suntikan ubat magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai pra-eklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh. Anda akan dirawat di wad rawatan rapi untuk ibu mengandung. Doktor juga akan menilai sama anda anda perlu diberikan ubat untuk mematangkan peparu bayi, sekiranya perlu dilahirkan lebih awal.

Sekiranya tekanan darah anda sukar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.

Pra-eklampsia hanya akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih lagi berisiko sehingga empat minggu selepas bersalin, terutamanya jika pra-eklampsia anda itu serius atau dikenalpasti apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih. Anda mungkin perlu meneruskan ubat untuk mengawal tekanan darah walaupun sudah bersalin.

Jika bayi dilahirkan kecil dan pramatang, bayi akan dipantau di unit rawatan rapi bayi sehingga bayi benar-benar sihat dan selamat untuk pulang. Tiada masalah untuk meneruskan penyusuan susu ibu

Segera dapatkan rawatan jika ada gejala-gejala pre eclampsia. Jangan tunggu.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & kehamilan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/01/sawan-ketika-mengandung-apa-yang-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikuti 8 Panduan Ini Ketika Mengandung Insha Allah Anak Bijak Dan Mendengar Kata Rileks Media

Ikuti 8 Panduan Ini Ketika Mengandung Insha Allah Anak Bijak Dan Mendengar Kata Rileks Media

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 333 hits
8 Panduan yang boleh dilakukan ketika mengandung jika mahu anak bijak dan mendengar kata 1 Pemakanan Sihat Makanan Yang Boleh Membu nuh Parasit Dalam Badan Secara Semulajadi Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan ota...
Bahayanya Minum Minuman Berais Ketika Berbuka Puasa

Bahayanya Minum Minuman Berais Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 220 hits
Dalam bulan puasa ini mesti yang ramai berbuka dengan minuman berais yer dak sebenarnya tidak berapa bagus untuk kesihatan mari baca penjelasan dibawah Setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga sudah pasti kita mahu sesuatu yang menyeg...
Ros Di Batalkan Pendaftaran Myppp Ketika Berebut Jawatan

Ros Di Batalkan Pendaftaran Myppp Ketika Berebut Jawatan

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 192 hits
PETALING JAYA Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia membatalkan pendaftaran MyPPP bekas komponen Barisan Nasional yang dilanda perpecahan dalaman sejak tahun lepas Ketua Pengarah Masyati Abang Ibrahim memaklumkan keputusan itu hari ini me...
Cinta Berputik Ketika Main Rpg Online Gamer Profesional Terbang Dari As Kahwini Pembantu Domestik

Cinta Berputik Ketika Main Rpg Online Gamer Profesional Terbang Dari As Kahwini Pembantu Domestik

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 382 hits
Cinta berputik ketika main RPG online gamer profesional terbang dari AS kahwini pembantu domestik Seorang wanita muda Filipina yang bekerja di Arab Saudi menarik perhatian media sosial selepas berkongsi kisah pertemuan dengan suaminya melal...
Ibu Bapa Nor Izati Tidak Begitu Menghiraukan Anak Mereka Ketika Itu Cari Waris Urus Dokumen

Ibu Bapa Nor Izati Tidak Begitu Menghiraukan Anak Mereka Ketika Itu Cari Waris Urus Dokumen

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 391 hits
Ibu bapa Nor Izati tidak begitu menghiraukan anak mereka ketika itu Cari Waris urus dokumen Waris kepada kanak kanak berusia lima tahun yang dipelihara sebuah keluarga di Kampung Tengah Dalam Kluang diminta tampil membantu menyelesaikan mas...
Bukalah Matamu Lihat Anakmu Isteri Koma Ketika Bersalin

Bukalah Matamu Lihat Anakmu Isteri Koma Ketika Bersalin

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 926 hits
Akibat komplikasi semasa bersalin seorang ibu dilaporkan koma dan sehingga kini masih belum sedar Beliau yang selamat melahirkan bayi lelaki November lalu sehingga ke hari ini sudah 51 hari berada di Unit Rawatan Rapi Di Facebook kakak berk...
Tak Sedar Wajah Dirakam Ketika Cabut Wiper Kereta Cikgu

Tak Sedar Wajah Dirakam Ketika Cabut Wiper Kereta Cikgu

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 426 hits
TERSEBAR klip video seorang lelaki tidak sedar wajahnya dirakam ketika sedang berusaha mencabut wiper kereta milik seorang guru sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan cina di Melaka semalam SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO Video yang ...
Terlalu Aktif Ketika Hamil Anak Lahir Pramatang Dan Terpaksa Berada Dalam Wad 7 Bulan

Terlalu Aktif Ketika Hamil Anak Lahir Pramatang Dan Terpaksa Berada Dalam Wad 7 Bulan

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 611 hits
Biasanya ibu pertama kali mengandung mereka masih dalam fasa nak belajar sesuatu yang baru Mungkin apa yang kita buat sebelum mengandung terpaksa dihadkan Bagi sesetengah wanita apabila disahkan mengandung ada yang langsung tak boleh buat k...
Ini Yang Bakal Terjadi Ketika Berat Badan Susut Hingga Puluhan Kg Dalam Setahun

Ini Yang Bakal Terjadi Ketika Berat Badan Susut Hingga Puluhan Kg Dalam Setahun

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 309 hits
Lalu sehatkah menurunkan berat badan hingga puluhan kg dalam hitungan satu tahun Menurut dokter spesialis gizi klinik Diana Sunardi mengatakan bahwa saat menurunkan berat badan terbaik antara 0 5 1 kg per minggu
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage