Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur


Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur sorot DEB


KUALA LUMPUR: Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Sasterawan Negara (SN), Keris Mas digerakkan daripada acuan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Novel yang diterbitkan pada tahun 1982 itu, menyorot secara kritis dasar yang berlangsung pada 1971 hingga 1990, sekali gus dipilih sebagai novel wajib baca untuk Jejak Novel Merdeka.

Penyair dan pengarang, Saifullizan Yahaya, berkata naskhah itu membawa buah fikiran Keris Mas yang mahu membincangkan persoalan pembabitan Melayu dalam bidang perniagaan dan pembangunan ekonomi.

Beliau yang juga Editor Dewan Sastera (DS) berkata, melalui novel ini, Keris Mas menonjolkan perihal bangsa Melayu yang bercita-cita tinggi dalam membangunkan bangsa dan negara selepas mencapai kemerdekaan untuk setanding dengan bangsa lain di dunia.

"Sebagai pengarang yang berpegang teguh kepada konsep Angkatan Sasterawan 1950 (ASAS 50), iaitu Seni Untuk Masyarakat, Keris Mas menggerakkan novel ini daripada acuan matlamat DEB.

"Ia juga ditulis berkemungkinan kesan daripada buku Revolusi Mental yang diterbitkan pada 1970 yang membincangkan hal ehwal sejarah bangsa Melayu.

"Naskhah ini sarat dengan ideologi negara meskipun isiannya tidak menyentuh secara langsung mengenai jerit perit dan pahit getir perjuangan mencapai kemerdekaan," katanya kepada Sastera & Budaya di sini.

Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang berlatarkan dunia korporat asalnya ditulis secara bersiri dalam akhbar dari Mac hingga November 1981 tetapi kemudian diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1982 dalam bentuk novel.

Saifullizan berkata, beliau melihat Keris Mas yang terbabit secara langsung dan menyaksikan sendiri kemerdekaan tanah airnya cuba membincangkan matlamat DEB yang diadakan bagi menyusun kembali masyarakat melalui keseimbangan ekonomi.

"Saya melihat, Keris Mas mahu berkongsi pandangan dengan pembaca mengenai perjuangan mengisi kemerdekaan dan usaha memelihara kemerdekaan negara khususnya dalam perkongsian ekonomi rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

"Dalam masa sama, Keris Mas mahu mengingatkan pentingnya corak pembangunan yang dicita-citakan, seimbang dari segi material dan rohani," katanya.

Selain Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Jejak Novel Merdeka turut menyenaraikan novel Hujan Pagi karya (SN, Datuk Seri A Samad Said); Interlok (SN, Datuk Abdullah Husin) dan Putera Gunung Tahan (Pak Sako).

bharian





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2020/01/saudagar-besar-dari-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Nama Jalan Di Kuala Lumpur Sebelum Merdeka

Nama Nama Jalan Di Kuala Lumpur Sebelum Merdeka

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 1270 hits
FLASHBACK OLD NAMES OF KUALA LUMPUR ROADS1 Jalan Raja Laut Broadrick Road 2 Jalan Cheng Lock Foch Avenue 3 Jalan Dang Wangi Campbell Road 4 Jalan Dewan Bahasa Old Airport Road 5 Jalan Esfahan Straits Road 6 Jalan Hang Jebat Davidson Road 7 ...
Trip Kuala Lumpur 2019 Taman Burung Kuala Lumpur Tugu Peringatan Negara Dan Masjid Negara

Trip Kuala Lumpur 2019 Taman Burung Kuala Lumpur Tugu Peringatan Negara Dan Masjid Negara

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 643 hits
Hari ketiga meneruskan lawatan sekeluarga ke Taman Burung Kuala Lumpur Tapi sayang pagi ni hujan Menurut staf di kaunter kalau hari hujan burung2 tak aktif Jadi nak tengok apa Hehe Ramai juga pengunjung yang kecewa Maka kami pun beredar dar...
Ini Dia Wajah Baru Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Ini Dia Wajah Baru Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 925 hits
Selepas ditutup kepada orang awam selama beberapa bulan akhirnya Taman tasik Terbesar di Kuala Lumpur dibuka kembali secara rasmi pada 15 Disember 2019 Ini dia Wajah Baru Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur yang telah menjadi viral sejak be...
6 Syurga Coklat Di Kuala Lumpur Mesti Pergi

6 Syurga Coklat Di Kuala Lumpur Mesti Pergi

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 405 hits
6 Syurga Coklat Di Kuala Lumpur Mesti Pergi Kebisaan perempuan mempunyai selera lebih besar berbanding lelaki Selera berganti selera setiapa hari dan bila sampi mood hendak datang bulan kita mesti teringin hendak makan macam macam terutaman...
Pusing Pusing Kuala Lumpur Naik Train

Pusing Pusing Kuala Lumpur Naik Train

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 426 hits
Pusing pusing Kuala Lumpur Naik Train Walaupun duduk di Selangor yang orang kata paling hampir dengan Kuala Lumpur tetapi jarang ataupun fikir dua kali untuk ke sana sebabnya kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur semua orang sedia maklum Ja...
Weekend Getaway Kuala Lumpur Ramada Suites By Wyndham Klcc

Weekend Getaway Kuala Lumpur Ramada Suites By Wyndham Klcc

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 383 hits
Selepas seminggu penat kerja apa salahnya manjakan diri dengan weekend getaway bagi luangkan masa untuk diri sendiri dan keluarga kan Nak buat trip weekend getaway ni tak perlu pun spend banyak duit atau habiskan masa travel jauh jauh Cukup...
Kuala Lumpur Bike Week 2019 Meriah

Kuala Lumpur Bike Week 2019 Meriah

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 406 hits
Kuala Lumpur Bike Week 2019 yang berlangsung selama dua hari di The Hangar Bandar Malaysia Jalan Lapangan Terbang Lama Kuala Lumpur berjaya menarik ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara Pengajuran ini bersempena ulangtahun Red Garage...
Lunch Di Wadi Hadramawt Ampang Kuala Lumpur

Lunch Di Wadi Hadramawt Ampang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 357 hits
Bulan Disember lepas mama dan ayah bawak anak kami yang sorang tu pergi Planetarium Negara Kesian dia kami xde plan ke mana mana pun masa cuti sekolah tu So semasa nak balik Kami pun Lunch di Wadi Hadramawt Ampang Kuala Lumpur Ayah Syafi ya...
Hokkien Prawn Mee Halal Dan Murah Di Kuala Lumpur

Hokkien Prawn Mee Halal Dan Murah Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 385 hits
Alhamdulillah Hari ni dah hari ke 10 dalam Tahun 2020 dan ini first entry aku untuk tahun ni First entry dah cerita tentang makan Eyza dan makan berpisah tiada Hahaha Sape kat sini peminat Hokkien Prawn Mee atau Hor Fun Aku ni boleh dikatak...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam