Sarapan Untuk Pesakit Diabetes
Sejak sejak ada diabetes ni,Kadang kadang nak makan apa pun dah tak bebas macam dulu
Eh...tapi MY takde lah bebas sangat pun cara pemakanannya. Cuma, sejenis yang memang tak bersenam langsung
Tu lah agaknya gula yang ada tu langsung tak digunakan..kihkihkih.
Lagipun, arwah datuk sebelah mak penghidap diabetes,Mak Mama Yan pun penghidap diabetes juga
Ditambah dengan tidak menjaga kesihatan, tentulah MY juga menghidap diabetes
Kadang kadang pagi pagi tak tau nak makan apa
Tak makan langsung kang,Lapar pulak
Makan kang, gulanya melambung pula
Jadinya kenalah MY makan makanan yang tak manaikkan bacaan gula
Jadi pagi ni MY makan telur hancur campur tauhu dan kobis
atau nama glamournya,Scrambled egg with tofu & cabbage
Ada letak lobak merah juga,Tapi sekadar memeriahkan warna aje
MY makan ni dah pukul 11. Boleh kira macam 'brunch' lat kata orang sekarang
Breakfast + Lunch
Alhamdulillah,sepinggan ni MY boleh habiskan dan kenyang sampai petang ye

Resipi Telur hancur campur tauhu telur & sayur.
Bahan-bahannya :
2 biji telur1 tiub tauhu telursegenggam kobis yang dihirisbeberapa hirisan mancis lobak merah (tak letak takpe)
Cara membuatnya:
1. Basuh sayur kobis. Toskan dan hiris halus
2. Hiris lobak merah macam batang mancis. 3. Hancurkan tauhu telur4. campur semua bahan bahan, kobis, lobal dan tauhu
5. pecahkan pula telur, kacau sehingga semuanya sebati
5. Panaskan minyak atas kuali, kemudian tuang bancuhan telur dan tauhu
6. Kacau-kacau semasa telur di atas kuali supaya menjadi telur hancur

Mula mula MY letak sebiji aje telur, Tapi macam tak ngam pula sikit sangat telurnya

MY gunakan serbuk lada hitam Aji-Shio ni untuk tabur pada sedikit pada telur scrambled tu
Tak letak banyak, sikit je
MY juga penghidah darah tinggi kronik
Kebanyakan masakan MY selalunya tawar tawar aje..
Ada rasa sikit sikit jadi lah kann.
Okay lepas ni nak cuba masak mi dan nasi konjac pula.
Tak tahu la boleh telak ke tidak..
hahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2023/06/sarapan-untuk-pesakit-diabetes.html