Sanusi Buat Balik Dah


 

Bila Sanusi Nor ‘demam’, macam-macam yang akan terhambur dari mulutnya. ‘Demam’ menjelang PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan panglima perang Perikatan Nasional (PN) itu kembali menyarung baju lamanya dengan menjadikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai sasaran serangan.
Anwar yang sering didakwanya “buka mulut, mohong… buka mulut, mohong” dalam siri ceramahnya dari sebelum PRN enam negeri pada Ogos tahun lalu hingga membawa kepada beberapa PRK selepas itu, kali ini disifatkannya sebagai perdana menteri paling lemah yang Malaysia pernah ada.
Permohonan maaf kepada Anwar ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat negeri Kedah di Jitra pada 4 Mei lalu atas keterlanjuran kata-katanya sudah dilupa dan diabaikan. Masih ingat apa kata Sanusi ketika itu?
Menteri besar berkata beliau manusia biasa yang tidak maksum dan permohonan maaf itu dibuat bagi pihak dirinya dan kerajaan negeri atas kapasiti politik. Sebagai insan yang lemah, tambahnya, keterlanjuran dan kesilapan pastinya ada dalam diri masing-masing.
“Sebagai individu, pastinya ada perbezaan sikap dan watak pada diri masing-masing. Inilah yang membezakan antara satu dengan yang lain. Apabila ditakdirkan kita diangkat menjadi pemimpin, perbezaan sikap dan watak itu haruslah ditangani dengan nilai yang adil dan saksama,” katanya.
Dikritik warganet atas ‘perubahan’ ditunjukkannya, Sanusi mengakui kecewa kerana mempertahankan bahawa permohonan maaf yang dibuatnya itu ikhlas dan bukan lakonan. Dari mana datangnya dakwaan ia hanya lakonan barangkali berkisar pendapat bahawa menteri besar sebenarnya mengharapkan ihsan perdana menteri agar meluluskan peruntukan bagi beberapa projek di Jelapang Padi.
Kolum ini pada 7 Mei lalu turut mempersoalkan sama ada Sanusi benar-benar ikhlas — bermaksud beliau menyesalinya dan tidak akan ulangi perbuatan itu. Rumusan yang kolum ini buat ketika itu ialah hanya masa dan keadaan akan mengukurnya. Malah, pemerhati politik tidak menolak ‘gencatan politik’ dimulakan Sanusi yang memohon maaf kepada Anwar ketika itu didorong ‘masalah infrastruktur’ yang membelenggu negeri ditadbir Pas itu.
Jika sebelumnya soal peruntukan projek di Kedah yang mendorong perubahan sikapnya, soal projek jugalah yang mencetuskan kemarahannya terhadap perdana menteri kali ini.
“Di Kedah projek macam-macam sangkut… sangkut sana sangkut sini, saya pun dok heran. Pasai apa sangkut ni, pasai apa tak boleh jalan lagi, rupanya kena buh ‘minyak pelincir’. Kalau kita cakap menentang rasuah, semua satu dunia sokong. Yang kita tak yakin betul ka hang (Anwar) buat ni?
“Kami dok tengok yang kena tangkap aku, anak Cikgu Shukri (Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli)… ni semua musuh-musuh politik ja. Lagu mana orang nak percaya cakap (Anwar) tu. Orang tak percaya kepada Anwar Ibrahim tentang membasmi rasuah kerana dia ambik orang yang kaki rasuah dok kiri kanan dia,” katanya ketika melancarkan jentera kempen PN di pekarangan pejabat Pas Nibong Tebal pada Jumaat.
Kerusi Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandang daripada PAS, Nor Zambri Latiff, pada 24 Mei lalu akibat radang dalam perut.
DUN Sungai Bakap mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis dengan hampir 60% pengundi Melayu, manakala pengundi Cina pula membentuk sekitar 22% dan baki 16% adalah pengundi India. Penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai manakala hari pengundian pada 6 Julai.
Sanusi mendakwa dalam musim hendak menghadapi PRU16 dijadualkan pada 2027, beberapa naratif telah dibuat, antaranya untuk mengutip duit bagi kegunaan ketika pilihan raya.
“Yang PMX dok cakap sakau, sakau, lawan sakau, tangkap orang sakau. Yang kaki di bawah dia pun sakau, dia tak tau. Saya tau, mai tanya saya, saya nak habaq. (Tapi) mana boleh habaq sini, hangpa bukan boleh buat apa kat kawan tu. Saya kena habaq kat bos depa. Tunggu PMX mai jumpa saya, saya mengadu,” katanya.
Seperti biasa, ucapannya yang diselang-selikan dengan lawak jenaka membuat mereka yang hadir tidak berhenti bersorak kepadanya. Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Yusoff, turut dirakam video ketawa besar di atas pentas utama.
Sanusi menyambung lagi: “Itulah sebab orang tak percaya kepada projek basmi rasuah hang (Anwar), tak kan tak sedar. Dia sedar tapi dia tak ada pilihan, dia terpaksa ambil (orang yang kaki rasuah) walaupun dia tau. Bermakna PMX ini adalah perdana menteri Malaysia paling lemah sekali.”
Di sebalik semua itu, Sanusi mengulangi ucapannya tidak lebih daripada pertembungan di antara PN dan PH-DAP dalam pilihan raya kecil yang harus dilihat dalam konteks politik dan tidak sepatutnya membuat kerajaan Madani mudah ‘koyak’. Apabila mereka ‘koyak’, kata menteri besar lagi, apa saja yang diminta untuk Kedah akan disekat.
“Malam ni saya ceramah sebagai ketua pengarah pilihan raya PN, bukan sebagai menteri besar Kedah. Bukan pertembungan ini antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan. Hat ni walanon kena paham. Walanon ni bengong pun ramai. Depa la dok racun bos-bos depa di atas tu. Bos tu pun lebih kurang depa jugak telan bulat-bulat,” katanya.
Sebagai perbandingan, Sanusi berkongsi bagaimana beliau dihentam setiap hari dengan mendakwa ada 17 akaun khusus di media sosial dibuat untuk tujuan itu 24 jam tanpa henti.
“Tapi saya tak kata apa. Ini lumrah dalam politik tahun 2024. Media sosial jadi tempat melepas geram, menyebar fitnah tapi depa tak kena padam, itu masalah dia. Yang dipadam oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) di bawah arahan menteri atas alasan undang-undang negara hanya yang kritik kerajaan.
“Yang hentam Sanusi tak kena. Hat hentam Sanusi saja khusus ada 17 akaun. Sehari tak tau berapa post. Tu la kata tak adil. Nak main politik kena gentleman. Kena ada gentleman yang cukup untuk berdiri di pentas politik. Kalau orang kata kat hang, hang koyak pi dok suruh padam,” katanya yang ditujukan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Fahmi Fadzil.
“Ni dah jadi kerajaan di kalangan manusia sombong, berlagak bongkak, angkuh, tak leh ditegur. Tegur saja padam posting di media sosial. Untuk menguatkuasakan satu polisi baru, satu undang-undang baru ialah hang kena bagi justifikasi supaya orang boleh paham dan boleh terima. Hat ni yang depa tak mampu,” katanya lagi.
Jika kolum ini pada 7 Mei merumuskan ia akan amat menarik untuk diikuti dan diperhatikan jika Sanusi tidak lagi akan mengulangi serangannya terhadap Anwar selepas permohonan maaf yang didakwanya Ikhlas pada 4 Mei lalu, jawapannya tidak perlu dicari-cari lagi. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/sanusi-buat-balik-dah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kontena Israel Cuba Masuk Sempadan Kedah Diarah Berpatah Balik

Kontena Israel Cuba Masuk Sempadan Kedah Diarah Berpatah Balik

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 238 hits
Oleh Syeikh Baran Sebuah lagi kontena tertera logo ZIM dari Israel dikesan cuba memasuki negara ini melalui laluan darat di Kedah semalam Sebuah lagi kontena tertera logo ZIM iaitu syarikat perkapalan berpangkalan di Israel dikesan cuba mem...
Terungkap Ini Kisah Di Balik Tagar All Eyes On Papua Yang Menggema Di Medsos

Terungkap Ini Kisah Di Balik Tagar All Eyes On Papua Yang Menggema Di Medsos

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 134 hits
Tagar All Eyes on Papua menggema di media sosial setelah All Eyes on Rafah digemakan oleh warganet untuk menyuarakan empati untuk warga Palestina
Sekarang Hirup Udara Bebas Ini Kilas Balik Kasus Rizieq Shihab Hingga Dipenjara 4 Tahun

Sekarang Hirup Udara Bebas Ini Kilas Balik Kasus Rizieq Shihab Hingga Dipenjara 4 Tahun

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 122 hits
Rizieq Shihab dianggap melanggar dalam tiga perkara hingga menyebabkannya dipenjara 4 tahun
Menu Lunch Untuk Suami Yang Balik Jb

Menu Lunch Untuk Suami Yang Balik Jb

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 121 hits
Assalamualaikum Salam Selasa SA masih bekerja ingat nak MC hari ni sekali teringat hari ni ada injection hepatitis A dan B So tak jadi MC tapi sampai je office program tu cancel boleh geram betul la Hari ni SA nak citer menu yang SA masak A...
Misteri Belum Terungkap Di Balik Kematian Tragis Bos Mobil Rental Usai Dikeroyok Di Pati

Misteri Belum Terungkap Di Balik Kematian Tragis Bos Mobil Rental Usai Dikeroyok Di Pati

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 140 hits
Misteri Belum Terungkap di Balik Kematian Tragis Bos Mobil Rental Usai Dikeroyok di Pati
Video Dpr Skak Balik Bahlil Bicara Ngotot Nada Tinggi Salah Kamar Mestinya Di Kabinet

Video Dpr Skak Balik Bahlil Bicara Ngotot Nada Tinggi Salah Kamar Mestinya Di Kabinet

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 116 hits
Wakil Ketua Komisi VI Sarmuji menilai Bahlil salah kamar harusnya bicara dengan nada tinggi saat rapat Kabinet
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Polis Dua Remaja Hilang Di Puchong Malam Tadi

Mount Kinabalu Porter Represents Malaysia S Aspirations Against Global Ultra Trail Champions In Taiping