Sanggup Cuti Tanpa Gaji Jaga Ibu


MyMetro
Hazira Ahmad Zaidi
NUR Farah Shakylla memberi ibunya, Noraini minum susu ketika ditemui di Kampung Simpul Belubang. FOTO Hazira Ahmad Zaidi
DEMI kasih terhadap ibu, dia sanggup mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga ibunya yang terlantar dalam keadaan separuh sedar, selepas terbabit kemalangan sejak lebih setahun lalu.

Bagi Nur Farah Shakylla Ramli, 23, dia mempunyai tanggungjawab lebih besar daripada bekerja iaitu menjaga ‘syurganya’ yang kini terlantar sakit dan memerlukan perhatian.

Nur Farah Shakylla berkata, dia sempat bekerja selama dua bulan sebagai kerani akaun di syarikat kontraktor di Kuala Lumpur sebelum ibunya, Noraini Abu Seman, 59, terbabit dalam kemalangan pada Disember 2017.

“Selepas melihat keadaan ibu yang terlantar tanpa upaya, hati berasa sedih dan mengambil keputusan untuk berhenti, namun majikan memberi saya cuti tanpa gaji selama mana tempoh diperlukan untuk menjaga ibu.

“Pada masa sama, saya juga mahu membantu ayah, Ramli Che Ngah, 65, yang bekerja sebagai buruh untuk menguruskan keperluan ibu kerana ayah mempunyai penyakit darah tinggi dan memerlukan rehat yang cukup.

“Walaupun saya mempunyai adik beradik lain, namun biarlah saya yang berkorban untuk menjaga ibu kerana abang dan kakak ada yang sudah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab selain dua adik kembar yang masih menuntut di institut swasta dan seorang lagi belajar di sekolah menengah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Simpul Belubang, Machang.

Menceritakan semula kemalangan itu, Nur Farah Shakylla berkata, ibunya terbabit dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ketika dalam perjalanan pulang sebaik menghantar ayahnya ke tempat kerja yang terletak satu kilometer (km) dari rumah.

Anak keenam daripada sembilan beradik itu berkata, akibat kemalangan itu, ibunya mengalami pendarahan dalam kepala dan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang sedikit tempurung kepala di bahagian kanan bagi mengelakkan jangkitan kuman.

“Selepas kemalangan itu, ibu tidak lagi boleh bercakap dan hanya boleh menggerakkan sedikit jari sebelah tangan kiri sehaja selain menggunakan bahasa tubuh apabila dia berasa tidak selesa atau sakit di mana-mana bahagian anggota badan.

“Selama sebulan ibu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan tiga bulan selepas itu dipindahkan ke wad biasa.

“Sebelum dibenarkan pulang ke rumah, ibu dirujuk ke Hospital Machang bagi memastikan kesihatannya berada di tahap memuaskan,” katanya yang mengharapkan ibunya kembali sihat dan pulih seperti sedia kala.

Katanya, setiap bulan mereka sekeluarga memerlukan sekurang-kurangnya RM1,200 untuk membeli susu sahaja, tidak termasuk lampin pakai buang, ubat-ubatan dan pengangkutan ulang alik ke hospital setiap kali temujanji di HUSM.

“Wang bantuan bulanan yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan digunakan untuk membeli keperluan ibu dan dalam masa sama abang serta kakak juga ada meghantar wang belanja untuk meringankan kos perbelanjaan ibu.

“Ibu perlu diberi minum susu sebanyak lima kali sehari iaitu setiap empat jam sekali melalui tiub yang dipasang di hidung dan setin susu yang berharga RM118, hanya bertahan untuk tiga hari sahaja,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun CIMB, 7054441521, atas nama Nur Farah Shakylla Ramli.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Februari 2019 @ 11:32 AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/02/sanggup-cuti-tanpa-gaji-jaga-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menkominfo Sindir Asn Kaitkan Stiker 2 Dengan Pilpres Yang Bayar Gaji Ibu Siapa

Menkominfo Sindir Asn Kaitkan Stiker 2 Dengan Pilpres Yang Bayar Gaji Ibu Siapa

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 147 hits
Menkominfo Sindir ASN Kaitkan Stiker No 2 Dengan Pilpres Yang Bayar Gaji Ibu Siapa Awalnya dia menunjukkan dua buah stiker Stiker pertama diberi nomor satu stiker kedua yang berbeda warna diberi nomor dua
Tkn Minta Ucapan Menkominfo Yang Gaji Ibu Siapa Tak Digoreng Untuk Serang Jokowi

Tkn Minta Ucapan Menkominfo Yang Gaji Ibu Siapa Tak Digoreng Untuk Serang Jokowi

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 150 hits
Menteri Komunikasi dan Informatika Rudiantara menjadi sorotan lantaran sempat menegur ASN nya ketika memilih stiker nomor 2 Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf Amin membela Rudiantara atas polemik Yang Gaji Kamu Siapa
Soal Ucapan Yang Gaji Ibu Siapa Menkominfo Dilaporkan Ke Bawaslu

Soal Ucapan Yang Gaji Ibu Siapa Menkominfo Dilaporkan Ke Bawaslu

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 142 hits
Pelapor menilai pernyataan Rudiantara dalam acara tersebut menggiring pola pikir untuk tak mencoblos salah satu pasangan calon capres dan cawapres
Janji Dengan Arwah Ibu Untuk Jaga Adik Sampai Orang Ingat Pasangan Kekasih

Janji Dengan Arwah Ibu Untuk Jaga Adik Sampai Orang Ingat Pasangan Kekasih

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 292 hits
Kehidupan dalam adik beradik sama ada sebagai abang kakak atau adik pasti akan berlaku sedikit pergaduhan dan pertengkaran dalam situasi tertentu Namun berbeza bagi Emeer Ismail apabila dia melayan adik perempuannya Fazwa Ismail dengan penu...
Jaga Keluarga Hormati Ibu Bapa Sultan Ibrahim

Jaga Keluarga Hormati Ibu Bapa Sultan Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 236 hits
05 Februari 2019 12 05 PM JOHOR BAHRU Jaga keluarga dan hormati ibu bapa titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kepada Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarab
Menelusuri Keberadaan Pns Yang Ditegur Menkominfo Yang Gaji Ibu Siapa

Menelusuri Keberadaan Pns Yang Ditegur Menkominfo Yang Gaji Ibu Siapa

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 144 hits
Beberapa pegawai Kominfo membicarakan peristiwa teguran itu Di kantin kantor Kominfo Jalan Medan Merdeka Barat sejumlah pegawai menyinggung kembali kejadian antara Rudiantara dengan salah satu PNS Bahkan beberapa di antara mereka menyikapi ...
Arif Demam Tya Susah Hati Ibu Sanggup Sakit Berbanding Tengok Arif Tak Bermaya

Arif Demam Tya Susah Hati Ibu Sanggup Sakit Berbanding Tengok Arif Tak Bermaya

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 474 hits
Anak sakit anak demam ibulah orang yang paling susah hati Tak kiralah anak kecil atau pun dah besar Ibaratnya kalau anak sakit biarlah kesakitan itu ibu yang tanggung View this post on Instagram A post shared by on Feb 10 2019 at 7 02am PST...
Lahir Anak Pramatang Minggu 34 Seberat 1 7kg Ibu Pesan Jaga Pemakanan Sentiasa Positif Elak Stres

Lahir Anak Pramatang Minggu 34 Seberat 1 7kg Ibu Pesan Jaga Pemakanan Sentiasa Positif Elak Stres

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 743 hits
Lahir anak pramatang minggu 34 seberat 1 7kg ibu ini berpesan kepada ibu ibu lain agar menjaga pemakanan sentiasa positif elakkan stres berkongsi catatan kelahiran anak sulung Nur Airis Syaafia yang lahir pramatang pada usia 34 minggu pada ...
Aksi Heroik Ibu Hamil Taklukan Begal Yang Paling Dicari Polisi

Aksi Heroik Ibu Hamil Taklukan Begal Yang Paling Dicari Polisi

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 292 hits
Kehebatan Rahman warga Desa Pesisir Kecamatan Gending Kabupaten Probolinggo Jawa Timur berakhir pada Selasa Pria berbadan kekar itu merupakan kawanan begal yang paling dicari polisi di wilayah Probolinggo Adalah Azizah seorang warga Kecamat...
Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

218 Fibonaci

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas

Persediaan Awal Haji



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Pusing Jalan

Pentingnya Muhasabah Diri

Huawei Announce Upcoming Launch Two Products On 13 May 2024

777 3 67 Slot777 Pg Slot777 Top 10 By Debora Punpro777 Us

Kisah Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman

Strategic Alliances For Business