Sang Pendosa
Jauh aku berkelana. Dari satu kerja ke kerja yang lain aku buat. Dari orangnya sebegini ke sebegitu aku jumpa. Mereka tetap mereka dan aku tetap aku, masing masing dengan dosanya tersendiri.
Satu perkara yang paling unik antara ramai yang aku jumpa dan berkawan, mereka yang kaki nombor empat angka. Subuhnya berjemaah saing aku kat surau tempat kerja, tapi result 4D dia selak tengok sesudah subuh. Dan pernah ada yang raut wajahnya seolah mesjid dan rumah dia sejauh dua tiga langkah dan dialah makmum yang tak pernah lekang dari menghuni saf hadapan. Tapi ilmu nombor empat angka dia begitu hebat sekali. "Kau cari aku perempuan janda anak satu, dapatkan bulu kemaluan dia dan aku ada bomoh yang boleh tilikkan nombor untuk kita". Begitu hebat sekali ketaksuban dia pada keputusan nombor empat angka ni, yakni yang boleh ubah hidup dia selamanya yang kita sendiri tahu takkan pernahnya akan terjadi. Tapi bagi aku, itu dosa dia. Dosa hasil dari ujian untuk orang beriman seperti dia. Mana mungkin dia tak diuji dengan dosa walhal kita semua tahu hanya kekasih Allah sahaja yang terpelihara dari melakukan dosa.
Hatta aku sendiri ada dosa yang aku sendiri tahu itu dosa dan aku cuba nyah darinya. Tapi itulah, jauh lagi perjalanan aku untuk menjadi muslimin yang baik. Aku cuba menuju kearah itu tapi aku juga tahu ada harga untuk segalanya. Segalanya adalah syurga yang hakiki disana nanti. Sebanyak mana dosa kita, begitulah juga pahala. Kejarkan pahala sehabis hingga kita jumpa lelah, biar dacing kita berat pahala nanti. Dan selagi mana kita mampu untuk ubah, untuk bertaubat maka usahlah kita sia dan lambatkan perkara itu. Ya kita semua pendosa. Semoga taubat kita diterima Allah yang maha mengasihi. Amin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bapakdialaa.blogspot.com/2019/08/sang-pendosa.html