Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke 34



Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke 34
Syukur aku masih diberikan peluang bernafas dan menyambut ulang tahun kelahiran ke 34. Sambutan ulang tahun kelahiran tahun ni aku rasa semakin kurang seronok. Sumpah bukan tak bersyukur. Tapi semakin bertambah usia aku semakin bertambah juga usia ibu tercinta. Perasaan tu lain sungguh berbanding sambut ulang tahun kelahiran masa muda.

Entah macamana aku nak describe perasaan tu. Makin kita membesar semakin kita faham kehidupan bukan tentang kita sahaja. Ianya tentang mereka yang ada di sekeliling kita. Kalau hidup sekadar hidup, cacing dalam tanah juga hidup. Tapi Allah jadikan manusia hidup bertujuan.

Sepanjang 34 tahun aku di izinkan hidup, tahun ni paling aku terasa betapa lelahnya maksud kehidupan. Benar Allah telah kata, dunia ini tempat kita bersusah payah buat amal ibadah. Hasilnya nanti kita tuai di akhirat. Kena buat bekalan secukupnya.


Dugaan Kesihatan Orang Tersayang
Walau perit dengan dugaan kesihatan orang-orang tersayang, aku masih lagi berdiri cuba memahami ujian Allah aturkan. Bermula dengan pertengahan tahun, nikmat sihat mak perlahan-lahan Allah tarik. Kesihatan mak agak membimbangkan.

Bermula dengan satu hospital ke hospital yang lain. Kami adik beradik cuba yang terbaik dapatkan pandangan beberapa doktor. Mak disahkan dijangkiti kuman Tanah (Meliodisis). Penyakit yang aku sendiri baru tahu.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga; dalam tempoh mak aku berusaha nak sihat, abang ipar aku pula dimasukan ke hospital kerana masalah jantung. Terlalu rumit aku nak terangkan apa yang jadi. Sungguh seakan berat batu menghempap dada.


Kalau dulu aku mudah duduk dan bercerita. Lepas dugaan demi dugaan aku rasa tak banyak pilihan yang aku ada. Aku mudah jadi penat dan aku pilih untuk diam dan pendam. Aku pesan dekat hati, Allah nak uji aku dan keluarga. Sekarang lah masanya.

Hikmah Adik Beradik Ramai
Dulu masa aku kecil banyak kali juga aku tewas bila orang pandang serong kami ada adik beradik ramai. Rezeki emak dan abah, dikurniakan 10 orang anak. Bila menginjak dewasa, paling terkesan bila mak mula sakit ni. Bersyukur sangat, adik beradik yang ramai ni ambil giliran berbakti untuk mak.

Rezeki arwah abah, mudah sangat Allah panggil abah kembali padaNya. Tak terlantar sakit. Langsung tak menyusahkan anak-anak dan isteri. Setitik peluh pun tak keluar masa saat-saat jaga arwah abah. Malam 29 Disember 2010, abah pergi sekelip mata lepas sesak nafas.

Bahagian mak pula, di uji kesihatan dan emosi. Sungguh, selalu kita tengok konflik berlaku dalam drama. Benda-benda macam tu wujud. Masalah-masalah keluarga itu ada. Ambil lah pengajaran. Waktu beginilah, masa, duit, kasih sayang, adap semuanya di uji. Berdoalah bila waktu tu tiba, hati kita kuat dan yakin sesungguhnya Allah Maha Melihat.

Sambutan Ulang Tahun Sederhana

Syukur, suami dan anak-anak masih bersama aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya sambutan ulang tahun disambut sederhana. Keluar makan, beli apa yang aku nak. Cuma beza tahun ni, buat kali pertama suami hadiahkan sebiji kek sebagai kejutan. Sejenis pasangan yang geli kalau buat kejutan jadi bila dia beli kek dan buat kejutan aku rasa hadiah yang bermakna.

Tahun 2019 tahun kesedaran buat kami sekeluarga. Tahun yang amat mencabar dan kami keletihan mental dan emosi. Kami juga percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Syukur atas segala nikmat Allah berikan. Walau banyak ujian Allah aturkan ianya tetap rezeki. Aku terima dengan lapang dada.

Janji aku pada diri sendiri, aku akan sedaya upaya sehabis baik menjaga kesihatan, aku janji tak akan mudah nak putus asa dan in sya Allah sedaya upaya aku akan sentiasa positif dan bersangka baik dengan Allah.

Last but not least, terima kasih atas segala doa dan ucapan dari keluarga, saudara mara, kawan-kawan yang mengenali aku baik di alam reality mahupun sekadar di alam maya. Ucapan yang baik dan doa-doa dari kalian amat aku hargai. Moga perkara yang baik melantun kembali kepada korang semula. Semoga aku dipanjangkan umur untuk terus beramal dan dilimpahkan rezeki yang halal dan dapat berbuat baik kepada semua.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/12/sambutan-ulang-tahun-kelahiran-ke-34.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Happy Meal Menggamit Memori

Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Happy Meal Menggamit Memori

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 450 hits
Assalamualaikum salam sejahtera guys Siapa pembaca blog YF suka sangat dengan Happy Meal Ya ya Mainan dia tu Hahaha Pada 28hb November 2019 nanti korang bakal menemui kejutan dalam Happy Meal tu nanti tau Apa kejutannya tu Jeng jeng jeng Ga...
Selamatkan Bumn Sakit Erick Thohir Tinjau Ulang Pp No 41 Tahun 2003

Selamatkan Bumn Sakit Erick Thohir Tinjau Ulang Pp No 41 Tahun 2003

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 196 hits
PP No 41 Tahun 2003 merupakan peraturan pemerintah tentang Pelimpahan Kedudukan Tugas Dan Kewenangan Menteri Keuangan pada Perusahaan Perseroan Perusahaan Umum Dan Perusahaan Jawatan Kepadamenteri Negara Badan Usaha Milik Negara
Sandra Dewi Jelaskan Alasan Pengasuh Anaknya Tak Ikut Foto Ulang Tahun

Sandra Dewi Jelaskan Alasan Pengasuh Anaknya Tak Ikut Foto Ulang Tahun

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 209 hits
Sandra Dewi memberikan penjelasan mengenai keberadaan pengasuh anak pertamanya Rafael Moeis yang tak turut foto pada momen ulang tahun Harvey Moeis
Samsung Tawar Berkas Ulang Tahun Ke 10 Galaxy Pada Harga Rm5599

Samsung Tawar Berkas Ulang Tahun Ke 10 Galaxy Pada Harga Rm5599

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 288 hits
Samsung sedia popular dengan keluarga peranti berjenama Galaxy mereka dimana pelbagai siri ditawarkan dibawahnya yang mempunyai jutaan pengguna seluruh dunia Terkini bersempena dengan ulang tahun ke 10 pengenalan keluarga Galaxy Samsung sec...
Selamat Ulang Tahun Sayang

Selamat Ulang Tahun Sayang

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 454 hits
Tanggal 28 November 2015 merupakan tarikh bermakna dalam kehidupan aku sebagai seorang lelaki Tarikh yo aku telah selamat di ijab qabul dengan seorang wanita yang amat ku cintai amat ku sayangi dan segalo jenis amat lah Tarikh 28 November d...
Ramai Toko Kue Di Depok Tolak Tulis Ucapan Selamat Ulang Tahun

Ramai Toko Kue Di Depok Tolak Tulis Ucapan Selamat Ulang Tahun

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 388 hits
Toko kue pada umumnya akan menawarkan tulisan selamat ulang tahun atau happy birthday bagi pembelinya Tetapi berbeda dengan toko kue satu ini
Kerja Keras Satu Tahun Terakhir Awkarin Rayakan Ulang Tahun Dengan Biaya Fantastis

Kerja Keras Satu Tahun Terakhir Awkarin Rayakan Ulang Tahun Dengan Biaya Fantastis

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 335 hits
Bertema 70 an Awkarin perlihatkan rincian biaya pestanya yang hampir mencapai 800 juta rupiah
Kali Pertama Beli Emas Public Gold Tahun 2009

Kali Pertama Beli Emas Public Gold Tahun 2009

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 538 hits
Kisah ini berlaku tahun 2009 Setelah menunggu hampir dua minggu Saya menerima panggilan dari Branson Hello Sabri you ada mana i nak hantar emas Oh Branson Saya ada di rumah Waktu ni saya menetap di Dungun Ok you tunggu ya dalam masa 30 mini...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri