Sambut Aidilfitri Di Kedah Selepas 3 Tahun Dengan Raya Terkejut


Sambut Aidilfitri Di Kedah Selepas 3 Tahun Dengan Raya Terkejut | Dah hampir setengah bulan Syawal baru dapat nak nukilkan kisah balik kampung kami. Akhirnya kami dapat beraya di Kedah selepas 3 tahun tak beraya di sana. Tahun 2019 memang turn raya di KL, tahun 2020 dan 2021 waktu PKP jadi raya kat rumah sendiri dan KL jer, tetiba jadi raya terkejut. Sebenarnya bukan kali pertama kot raya sehari lebih awal macam tahun ni tapi dah zaman teknologi, jadi raya terawal sehari pun jadi topik terhangat.


Agak sedih sebab raya kali ni hanya kami bertujuh jer yang balik ke Kedah sebab Ayong decide untuk beraya di KL sambil menjaga bonda. Memang terasa sebak tapi nak buat camner sebab bonda dah semakin uzur dan syukur sebab cucu dia (Ayong) sudi menjaga, lagipun bonda memang rapat dengan anak-anak sebab dia yang jaga diaorang sejak lahir hingga usia 12 tahun. Bila masuk sekolah menengah, kesemua anak-anak balik rumah dan jaga diri sendiri.



Seperti di rancang, kami balik kampung pada hari petang Sabtu walau plan asal nak bertolak selepas berbuka puasa. Bila difikir nak memasak, nak mengemas akan buat plan jadi lewat dan bimbang nanti stuck dalam kesesakan jalanraya. Tengahhari tu umi singgah rumah bonda hantarkan lauk sementara DH pergi cuci kereta dan check itu ini sebelum nak berjalan jauh. 


Kami pun bergerak dalam jam 4 petang, singgah ke Batu Caves rumah Liez untuk ambil kuih tart nenas untuk adik DH di Penang dan sebekas untuk bekalan kami. Baki kuih tu nanti lepas balik KL baru ambil kata DH.


WM - Batu Caves - Rawang - LATAR - Kuala Selangor - WCE - PenangMemandangkan Angah Ammar ikut balik kampung, jadi DH jadi boss duduk belakang jer sementara KY jadi navigator. Dari Batu Caves - Rawang - LATAR - Kuala Selangor - Sabak Bernam. Kami berhenti untuk berbuka puasa di Sabak Bernam dalam jam 8.30 malam sebelum meneruskan perjalanan melalui WCE. 



Selepas berbuka DH pula ambil alih tugas memandu dan Angah disuruh berehat sebab dah memandu dari KL tadi. Lagipun DH memang layan driving bila ikut jalan lama ni tapi jalan luar ni memang sangat berbeza dari jalan yang biasa kami guna bila balik utara. Totally berbeza!


Lepas berbuka tu memang sepanjang melalui jalan lama ni, umi tak tidur langsung dan tak rasa mengantuk pun. Jalan lama awalnya ada 4 -5 buah kereta tapi lepas DH potong tu terus tak nampak dah kereta lain dan yang tinggal hanya kami di jalanraya yang berliku-liku ni. Pengalaman yang agak menyeramkan sebenarnya bila kami melalui jalan lama Changkat Jering - Sri Manjung - Terong yang gelap gelita dan keadaan jalan yang kecil dan berbelok-belok. Kiri kanan jalan tu memang gelap tak ada lampu jalan malahan tak nampak pun cahaya dari rumah atau dari kawasan perkampungan. 
Ada kisah rupanya Misteri Jalan Beruas kat facebook. Nak tahu sila google ya
Tapi kami perasan juga macam ada moreh sewaktu kami melepasi kawasan tu. Mungkin surau tepi jalan yang terang benderang dan agak ramai orang. Tak pasti pula daerah mana sebab dah memang tak nampak nama tempat apatah lagi memang gelap gelita, hanya lampu kereta kami jer yang menerangi jalan.


Alhamdulillah, debaran melalui jalan yang gelap gelita berakhir bila kami sampai ke Sitiawan dan masuk ke highway PLUS hingga sampai ke Penang jam 1 pagi. Memang tenang la kalau naik highway kan tapi kereta banyak but still dah lega sebab kami tak la kemurungan dalam kesesakan. Agaknya kalau kami naik highway terus dari KL tak tahu la jam berapa nak sampai Penang sebab sesak gila kot.


Sampai Penang, tempat tidur dah tersedia, jadi terus cuci muka, kaki dan zasss kami tidur kepenatan dan bangun untuk bersahur. Lepas sahur tu sempatlah juga kami berehat dan bercerita dengan ipar jalan yang kami lalui tu. Kata DH dia pernah lalu jalan tu waktu PRN tapi waktu tu waktu subuh dan dia dengan krew untuk shooting PRN. Memang seram akui DH dan sebab tu dia yang nak memandu apatah lagi jalan yang bengkang-bengkong gitu. Alhadulillah, tiada kejadian yang menakutkan sepanjang perjalanan kami. Jadi kalau sesiapa nak guna jalan situ atau jalan macam tu, pastikan minyak kereta tu penuh ya.


Pagi Ahad kami bersiap nak ke Padang Besar dan bertolak sebelum jam 9 pagi. Memang awal sebab takut lambat nanti sesak dengan orang ramai dan nak pergi masa raya ketiga takut tak sempat nak singgah dan mungkin PB pun tak buka lagi memandangkan kawan Angah ada pesan jersi MU.


Rasa Pelik Bila Padang Besar SunyiKami singgah ke Beseri rumah abang sepupu DH konon nak pesan ikan pekasam dan mangga harummanis, tapi dia ada kat kampung. Jadi kami teruskan perjalanan ke PB sebab kalau lewat memang sesak dengan ramai orang yang berpusu-pusu membeli-belah. Waktu dah dekat nak sampai tu memang hairan la sebab boleh dikatakan tiada kenderaan seperti selalu malahan kat bulatan tu pun tak ada kenderaan juga. Sebelum tu nak berhenti kat bank tapi tengok punyalah ramai orang beratur, jadi kami berhenti kat Petronas (jalan menghala balik) untuk ambil wang tunai tapi lupa nak tanya kat kaunter kot-kot PB tutup. Jadinya kami meneruskan perjalanan dan barulah nampak kenderaan yang diparkir kiri dan kanan jalan. Memang tak banyak kenderaan dan parking pun masuk free.


Ya, Padang Besar dibuka tapi tak berapa ramai peniaga yang meniaga dan sebab Thailand akan sambut Aidilfitri hari Isnin.


Siapa tak seronok sebab tak perlu bersesak tapi kedai jersi yang sering kami pergi tu masih tak buka dan kedai yang kami pergi bulan Februari hari tu tutup. Jimat sikit duit! Selain jersi bola, kami beli comforter untuk diletakkan di kampung, kacang macadamia, gula gerek, ikan bilis mata biru haya RM25 sekilo tapi kualiti biasa-biasa jadinya belilah juga sekilo. 





Dari Padang Besar kami melalui Chuping sebab ingat nak berhenti sebelum teruskan perjalanan ke rumah kakak DH untuk berbuka dan menginap semalam. Badan dah letih sebenarnya jadi sempat juga berhenti untuk ambil gambar tapi tak lama sebab puasa kan dan panas yaamat.


Memandangkan kami nak berbuka di rumah kakak DH di Simpang Empat Kuar, sempat lagi kami berhenti nak beli ikan atau udang untuk juadah tapi hanya ada penjual mentarang jer, tu pun hanya ada dua orang peniaga. Jadinya DH beli 2kilo mentarang yang berharga RM12 sekilo. Gila murah kan. Memang tak beli banyak pun sebab pastinya Kak Chah dah sediakan banyak juadah lain. 


Sampai rumah Kak Chah sempat lagi kami rehat sekejap sebelum 'the girls' membantu Kak Chah membersihkan mentarang, nak masak sayur manis mentarang dengan kelapa. Nanti umi share resepi



Memang banyak menu Kak Chah sajikan untuk berbuka apatah lagi anak menantu serta cucu dia semua ada, jadi memang meriah sungguh waktu berbuka tu. 


Dalam duk sedap menjamu selera tu, terdengar pengumuman yang raya jatuh pada hari Isnin. Bagi umi tak heran la sebab beberapa hari sebelum tu ada ura-ura kata raya mungkin awal sehari dan umi pun rasa gitu tapi ramai yang kata tak mungkin.  Jadinya hasrat untuk menginap di rumah kakak DH terbatal bila kami terus balik ke Kerpan. Hasrat nak main bunga api pun tertunda sebab DH dah niat nak bagi zakat pada kakak sepupunya. Kalau tunggu esok pagi memang tak sempat dan kelam kabut nanti. Kesian kat kakak DH sebab kami serta adik DH pun berangkat balik ke Kerpan yang jaraknya dalam 20 minit je.


Perjalanan ke Kerpan agak mengambil masa sebab jalan agak sesak dengan kenderaan banyak. Anak-anak kampung balik beraya dan kedai Kawang yang terletak di pekan Kerpan pun cukup ramai orang. Mana taknya orang berpusu-pusu nak beli barangan mana tak cukup. Sesampai di Kerpan, DH terus ke rumah 2 orang kakak sepupu untuk bayar zakat dan memang rasa lega katanya.


Kat dapur, kakak ipar DH pun agak kelam kabut juga sebab tak sempat nak potong daging untuk buat gulai jadinya anak-anak jadi pembantu untuk potong bawang, potong daging dan sebagainya. 


Khabarnya pasar basah Kerpan yang tutup dibuka balik sampai jam 4 pagi! Mujur kami dah terlalu penat, kalau tak memang sah DH akan keluar naik moto pergi ambil gambar.




Pecah Rekod Berziarah Raya Hari Pertama 14 RumahKalau dulu ada MiL dan FiL, memang DH akan lepak kat rumah jer selain menziarah ke rumah sepupu yang beberapa langkah dari rumah tapi sejak keduanya tak ada, memang lepas bermaafan tu kami berjalan ke rumah sepupu di PIDA atau beraya kat rumah kawan sekolah DH.



Dah namanya kampung DH, jadi haruslah beraya ke rumah adik beradik sepupu DH yang tinggal berdekatan sebelum melangkau jauh ke rumah kakak DH dan dia pun turut sama kami ke Sanglang dan ke PIDA. Jadinya DH bertiga beradik la mengunjungi saudara mara sebelah MiL dan FiL ni manakala abang kedua DH seperti biasa memang payah nak bawa berjalan dan abang sulung pulak dah bermastautin di Johor.


Pertama kali dalam hidup kami beraya kat 14 buah rumah sampai ke waktu Maghrib tu. Bayangkan dengan penat masuk kereta, keluar kereta, makan dan minum. Kalau ada penimbang mau takut jarum tu naik



Ni aerial view kawasan PIDA yang cukup cantik tapi laluan kenderaan muat untuk dua buah kereta jer dan kalau selisih kereta lain yang satu kena berhenti takut bergesel. Gambar ni waktu siang, tapi kami balik tu dah lebih jam 8 malam dengan jalan tanpa lampu pulak tu. Memang rasa semput bila banyak pulak kereta yang berselisih dengan kami. Bila sampai ke hujung jalan, memang tarik nafas lega. Memang pengalaman sungguh.


Memandangkan kakak DH tumpang kami, so kami singgah sekejap kat rumah dia sebelum balik ke Kerpan. 


Alhamdulillah, misi DH untuk bertemu saudara mara berkesampaian. Sampai di rumah memang buat apa yang perlu, mandi dan lelapkan mata untuk berehat. Ya, esoknya kami akan ke rumah kawan DH dan terus ke Penang.


Baca : Menu Raya Aidilfitri 2022 yang istimewa


Sampai sini dulu, next akan disambung cerita balik kampung kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/05/sambut-aidilfitri-di-kedah-selepas-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 3 Tahun Rakyat Malaysia Di New Delhi Sambut Aidilfitri Secara Normal

Selepas 3 Tahun Rakyat Malaysia Di New Delhi Sambut Aidilfitri Secara Normal

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 180 hits
Selepas 3 tahun rakyat Malaysia di New Delhi sambut Aidilfitri secara normal Dikemas kini 8 jam yang lalu Diterbitkan pada 3
Aidilfitri 2022 Raya Yang Paling Kalut Selepas 2 Tahun Pandemik Covid 19

Aidilfitri 2022 Raya Yang Paling Kalut Selepas 2 Tahun Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 514 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Walaupun sudah masuk minggu kedua bulan Syawal masih belum terlambat untuk CCL ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Ampun Maaf dipinta dari segi percakapan dan juga dari segi penulisan yang menguris hati ...
Salam Aidilfitri 2022 Raya Terkejut

Salam Aidilfitri 2022 Raya Terkejut

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 277 hits
Selamat Hari Raya Aidilfitri korang Dah raya ke 10 baru nak wish k fiezz Ala chill chill Raya kan sebulan Masa raya pertama minggu lepas busy uolls Tak mengadap sangat handphone Eh ada je mengadap handphone tapi nak update blog memang ke la...
Raya Aidilfitri Tahun 2022 Bukannya Tiba Tiba Seperti Yang Digembar Gemburkan Netizen

Raya Aidilfitri Tahun 2022 Bukannya Tiba Tiba Seperti Yang Digembar Gemburkan Netizen

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 316 hits
Adakah korang termasuk golongan yang terkejut sebab Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah tak ikut kalendar Seandainya korang rasa terkejut rasa macam tiba tiba atau macam kena kejutan budaya atau culture shock maknanya korang tak pernah tengok ...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 H Tahun 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 H Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 398 hits
Assalamualaikum Hai Pembaca semua Salam Aidilfitri Sudah tujuh hari kita semua menyambut This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Wanita Ini Terkejut Dapat Tahu Dia Sebenarnya Lelaki Selepas 20 Tahun Diiahirkan

Wanita Ini Terkejut Dapat Tahu Dia Sebenarnya Lelaki Selepas 20 Tahun Diiahirkan

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 197 hits
Kategori viral Wanita ini terkejut dapat tahu dia sebenarnya lelaki selepas 20 tahun berlalu Editor KEKASIH GELAPMU Seorang wanita di Arab Saudi terkejut apabila mendapat tahu bahawa dia sebenarnya adalah lelaki 20
Ellie Suriaty Azri Iskandar Bercerai Selepas 19 Tahun Berkahwin

Ellie Suriaty Azri Iskandar Bercerai Selepas 19 Tahun Berkahwin

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 307 hits
Selepas melayar bahtera perkahwinan selama 19 tahun pelakon dan pengarah terkenal Ellie Suriaty Omar dan suaminya Azri Iskandar telah memutuskan untuk berpisah Hal tersebut dinyatakan menerusi laporan dari portal Getaran apabila memaklumkan...
Nasi Lemak Selepas Raya

Nasi Lemak Selepas Raya

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum wbtALANGKAH senang rasa hati hari ni kita bercuti lagi hihihi Seronok la cuti dapat jadik starfishhh Tapi hari ni kita jadi tapak sulaiman dalam kereta ajelah sebab Pak Inche ajak jalan jalan Ke mana Tempat biasalah Muo Tu n...
Murid Tahun 4 Maut Digilis Treler Selepas Motosikal Ditunggang Ibunya Terbabas

Murid Tahun 4 Maut Digilis Treler Selepas Motosikal Ditunggang Ibunya Terbabas

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 237 hits
Murid Tahun 4 maut digilis treler selepas motosikal ditunggang ibunya terbabasMalang tak berbau Seorang murid tahun empat di sebuah sekolah di Bukit Mertajam dilaporkan maut akibat digilis treler dalam kemalangan di Jalan Kampung Baru Alma ...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation