Sambal Tumis Udang Dengan Petai



Selamat pagi semua. Selamat berhari minggu. Hari ini saya ingin kongsikan lauk kegemaran suami dan anak anak iaitu Sambal Tumis Udang Dengan Petai. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik Follow My Blog dan juga klik iklan google yang keluar di blog. 
Masa baru kawin dulu, baru saya tahu sambal tumis udang selain kari ikan adalah lauk kegemaran Hubby. Setiap kali balik kampung, saya melihat dia makan dengan menambah nambah kalau ada lauk lauk ini. 
Secara jujur saya tak berapa pandai masak sambal tumis udang kerana arwah Bonda saya tidak pernah memasak lauk ini. Dengan kata lain, saya tak pernah makan sambal tumis udang. Tak kenal pun lauk ini ketika itu. 
Jadi saya banyak menanya rakan rakan di pejabat bagaimana untuk memasaknya. Saya masih ingat rakan sekerja mengajar supaya menumis dengan api perlahan supaya sambal benar benar masak. 
Ketika itu, saya rasa sangat beruntung mereka yang pandai memasak kerana kepandaian memasak diturunkan dari ibu kepada anak anak. Tidak seperti sekarang sesiapa sahaja boleh belajar memasak dengan dapur tidak lagi bersempadan. 
Tapi saya beruntung juga kerana suami saya tak cerewet bab makan. Dia tak ada pun minta saya masak itu dan ini. Kalau saya tak masak, dia akan beli lauk di luar. Sebelum kawin pun, dia tak pernah bertanya kalau saya pandai memasak dan sebagainya. Malahan sehingga kini pun, dia bukan seorang yang demanding. 

Kini anak kami Juita pula yang suka makan lauk sambal tumis udang. Bezanya Juita suka sambal tumis yang dimasukkan petai. Jadi bila memasak lauk ini, saya akan asingkan sedikit kerana Nana pula tak makan petai. 
Saya masih suka dengan rasa sambal tumis cara tradisional di mana bahan yang digunakan hanya cili kering, bawang merah dan bawang putih. Manakala perasanya hanyalah garam dan gula serta asam. 
Saya tak suka sambal yang dimasukkan pelbagai sos dan perasa. Ianya tidak lagi seperti sambal tumis dulu dulu tapi dah jadi seperti udang masak merah pula. Itu saya lah. Lain orang lain citarasanya kan. Jadi terpulang pada citarasa masing masing. 
Bab petai dan udang digoreng itu adalah opsyenal. Boleh juga terus dimasukkan tapi saya sangat sensitif dengan rasa hanyir dan juga saya mahu mengurangkan sedikit bau mulut selepas makan petai. 
Jom layan resepi yang saya gunakan dan cara penyediaannya. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Sambal Tumis Udang Dengan PetaiOleh: Azie Kitchen 
Bahan bahan:300 gram udang100 gram isi petai3 sudu besar cili kering kisar½ biji bawang besar2 sudu besar gula½ sudu besar garam2 keping asam keping1 cawan minyak masak
Bahan kisar:5-6 biji bawang merah3-4 ulas bawang putih
Cara cara:Panaskan minyak minyak dan goreng petai seketika. Angkat dan ketepikan. Masukkan pula udang dan goreng seketika sekadar bertukar warna. Angkat dan ketepikan. 

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga  terbit minyak. Setelah itu, masukkan cili kering kisar. Tumis menggunakan api sederhana sehingga cili masak, garing dan terbit minyak. Cili garing apabila minyak kelihatan berbuih. 
Setelah cili masak, masukkan gula dan kacau rata. Gula akan caramelised dan menjadikan warna sambal berwarna gelap. Masukkan sedikit air, garam dan asam keping. Tak perlu air, jika guna air asam jawa. Sesuaikan rasa masam masin dan manisnya. 
Kemudian masukkan udang dan kacau rata. Masukkan pula petai dan kacau rata. 

Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris dan kacau sehingga bawang layu. Bolehlah ditutup api. 
Nota;Bila udang digoreng dahulu, kita dapat mengelakkan udang kecut kerana proses memasak yang lama. Dengan cara ini, sambal telah sedap dan terbit minyak cantik, baru masukkan udang seketika sahaja. 
Minyak jika berlebihan boleh diceduk keluar ketika menghidang. Menumis perlukan minyak yang banyak supaya bahan yang ditumis masak sempurna. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/03/sambal-tumis-udang-dengan-petai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Menu Yang Wajib Anda Cuba Sambal Tumis Telur Dan Ayam Goreng Cili Masala

2 Menu Yang Wajib Anda Cuba Sambal Tumis Telur Dan Ayam Goreng Cili Masala

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 548 hits
2 Menu Yang wajib Anda Cuba Sambal Tumis Telur Dan Ayam Goreng Cili MasalaMenu ini juga sesuai untuk hidangan ketika sahur Cubalah
Sambal Petai Bilis

Sambal Petai Bilis

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 538 hits
Sapa suka makan sambal bilis petai boleh geng lah dengan en asben saya tak makan saya tukang masak jer hihi permintaan dari en asben yang nak makan samabl petai puas lah mencari petai tapi tak jumpa pulaknya dan kali ni anak g pasar malam k...
Ikan Bakar Sambal Petai Resepi Enak Pembuka Selera

Ikan Bakar Sambal Petai Resepi Enak Pembuka Selera

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 463 hits
Ikan Bakar Sambal Petai Resepi Enak Pembuka Seleraikan bakar memang sedap dimakan dengan nasi putih
Resepi Sambal Tumis Sardin Goreng

Resepi Sambal Tumis Sardin Goreng

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 320 hits
Perkongsian tentang Resepi Sambal Tumis Sardin Goreng yang sangat mudah Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat Jom cuba Jangan lupa kongsikan resepi ini Bahan bahan 1 1 tin sardin diasingkn sos ikan2 Bawang merah 3 bi...
Resepi Tumis Terung Telunjuk Menu Dari Kampong

Resepi Tumis Terung Telunjuk Menu Dari Kampong

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 500 hits
RESEPI TUMIS TERUNG TELUNJUK MENU DARI KAMPONGMasyarakat kampong amat suka dengan ulam ulaman seperti ini Ulam begini boleh juga diolah dengan berbagai hidangan yang sedap
Nenas Tumis Cili Resepi Pun Simple

Nenas Tumis Cili Resepi Pun Simple

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 552 hits
Nenas Tumis Cili Resepi Pun Simple Simple je hari ni Nenas tumis cili saya sertakan resepi kalau sesiapa nak cuba
Udang Galah Fresh Jom Jamu Selera Di Restoran D Empangan Udang Galah Persona Baru Di Putrajaya

Udang Galah Fresh Jom Jamu Selera Di Restoran D Empangan Udang Galah Persona Baru Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 469 hits
Kalau korang memang peminat Udang Galah jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan masakan D Empangan Udang Galah yang terletak di Presint 5 Putrajaya ini Makan sambil tengok view cantik memang best Bagi yang dah try segala menu yang ...
Udang Kung Pao Kung Pao Prawn

Udang Kung Pao Kung Pao Prawn

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 195 hits
Udang Kung Pao Kung Pao Prawn Sumber Bahan bahan12 15 udang saiz besar1 4 gajus atau kacang di panggang5 tangkai cili kering gunting 21 2 biji bawang besar belah 4 1 2 biji capsicum bell pepper potong dadu3 tangkai daun bawang ambil bahagia...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual