Saman Dulu Dulu Pun Macam Itu Juga Nfc 1mdb


 
Rafizi berdepan risiko saman fitnah, tarikh akhir surat tuntutan tamat


FMT Reporters -April 19, 2022 Presiden Sapura, Shahril Shamsuddin (kiri) menuntut permohonan maaf daripada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berdepan saman fitnah berhubung kenyataannya semasa berbalah dengan bekas perdana menteri, Najib Razak, mengenai masalah kewangan Sapura Energy Berhad.
Satu surat tuntutan maaf dihantar kepada Rafizi. Antara lain, surat itu juga menuntut tiga artikel didakwa berunsur fitnah terhadap presiden kumpulan dan ketua eksekutif Sapura, Shahril Shamsuddin, ditarik balik.
Tarikh akhir yang diberikan kepada Rafizi untuk mematuhi tuntutan itu tamat pada Selasa lepas, dan peguam Shahril dijangka akan memfailkan saman fitnah di mahkamah.
Beliau tersinggung dengan dakwaan Rafizi bahawa pemegang-pemegang saham majoriti Sapura Energy, dipimpin Shahril, memperolehi sejumlah RM1.33 bilion, yang mana RM1.1 bilion adalah gaji dan selebihnya bayaran lain dan dividen.
Rafizi mendakwa bayaran itu tiga kali ganda RM440 juta dividen yang syarikat itu bayar kepada pemegang saham lain.
Peguam Shahril bagaimanapun nafi bahawa Shahril menerima imbuhan RM1.1 bilion.
Surat tuntutan kepada Rafizi menjelaskan jumlah keseluruhan imbuhan yang diperolehi Shahril antara 2013 dan 2021 berjumlah RM486 juta, dan ia diberikan selepas beliau mencapai dan memenuhi petunjuk prestasi utama tertentu. Perkara ini diketahui umum, tambahnya.
Menurut surat itu lagi, imbuhan dibayar kepada semua pengarah eksekutif Sapura Energy, termasuk Shahril, berdasarkan keuntungan operasi yang mencerminkan prestasi pengurusan sebenar.
Laporan tahunan bagi tempoh tersebut juga menunjukkan keuntungan selepas cukai Sapura Energy dan kepentingan minoriti, tidak termasuk rosot nilai, berjumlah RM4.74 bilion berbanding hasil RM66.27 bilion.
Shahril juga bersetuju suatu perjanjian pinjaman dikenakan ke atas saham pegangannya di Sapura Energy dan diri sendiri, berhubung kemudahan bernilai kira-kira RM18 bilion yang diberikan kepada syarikat itu.
Selain itu, beliau turut memainkan peranan dalam suntikan RM532 juta ke dalam Sapura Energy, ketika isu terbitan hak pada 2019.
Tindakan beliau bersetuju dengan perjanjian-perjanjian yang dikenakan ke atasnya itu membuktikan komitmen Shahril kepada syarikat, “bukannya individu yang memperkayakan diri sendiri dengan mengorbankan Sapura (Energy), seperti yang dicadangkan oleh artikel-artikel terbabit,” kata peguam.
Shahril juga menyanggah dakwaan Rafizi bahawa gaji dan bonus beliau diikat pada harga saham Sapura Energy.
Ikatan itu didakwa menyebabkan Sapura Energy tergesa-gesa membida projek-projek di serata dunia, tanpa mengira sama ada ia boleh dilaksanakan, dan menanggung hutang yang banyak.
“Harga saham tidak menjadi sebahagian daripada petunjuk prestasi utama yang memberi kesan ke atas imbuhan pengarah-pengarah eksekutif,” menurut surat tuntutan itu.
Surat itu menjelaskan pengarah-pengarah eksekutif Sapura Energy dibayar berdasarkan prestasi tahun sebelumnya, dan juga suatu pelan insentif jangka masa panjang yang turut diguna pakai bagi 100 kakitangan Sapura berprestasi tinggi lain.
Peguam berkata urusan pampasan itu harus melepasi proses dalaman yang ketat sebelum diluluskan oleh lembaga pengarah.
“Pada dasarnya, anak guam kami diberi imbuhan selepas mencapai dan memenuhi semua petunjuk prestasi utama yang khusus,” kata peguam itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/saman-dulu-dulu-pun-macam-itu-juga-nfc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Berjanji Pulangkan Wang Menang Kes Saman Nfc Terhadanya Kepada Orang Awam

Rafizi Berjanji Pulangkan Wang Menang Kes Saman Nfc Terhadanya Kepada Orang Awam

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 196 hits
KUALA LUMPUR Bekas ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli berikrar untuk mengembalikan wang wang yang diperolehinya susulan menang kes saman National Feedlot Corporation Sdn Bhd kepada orang awam Mengumumkan hal itu melalui media sosial Rafizi b...
Saman 1mdb Terhadap Saya Salah Guna Proses Mahkamah Najib

Saman 1mdb Terhadap Saya Salah Guna Proses Mahkamah Najib

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 211 hits
malaysiakini comBekas perdana menteri Najib Razak mendakwa pesalah sebenar di sebalik kerugian besar yang dialami 1MDB telah digugurkan daripada tindakan sivil Najib berkata dia masih dikekalkan sebagai salah seorang defendan dalam saman be...
Sungai Itu Banyak Buaya Jkr Miri Kata Faktor Keselamatan Antara Punca Kos Projek Bina Jeti Rm50 000

Sungai Itu Banyak Buaya Jkr Miri Kata Faktor Keselamatan Antara Punca Kos Projek Bina Jeti Rm50 000

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 299 hits
Susulan projek pembinaan jeti kayu bernilai RM50 000 di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Miri dipertikaikan netizen jabatan berkenaan tampil memberi penjelasannya JKR Miri berkata kos RM50 000 tersebut antaranya termasuk kos logistik selain...
Dapat Suami Baik Itu Rezeki Seronok Tengok Rahsia Bahagia Rumah Tangga Ozlyn Johan

Dapat Suami Baik Itu Rezeki Seronok Tengok Rahsia Bahagia Rumah Tangga Ozlyn Johan

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 210 hits
Dapat suami baik itu pun satu rezeki dari Allah SWT Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit sahaja Tetapi mendapat pasangan yang saling memahami dan anak anak yang membahagiakan juga satu rezeki dan rahmat daripada Allah SWT Ramai oran...
Menunggu Itu Sesuatu Yang Penat

Menunggu Itu Sesuatu Yang Penat

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 353 hits
Assalamualaikum dan Salam ceria Jujurnya aku rindu nak menulis padahal platform ada banyak Ada fb ada twitter ada IG Tapi entah aku rasa tak sesuai nak tulis kat sana Mungkin ada kala aku akan datang sini untuk tulis benda benda rawak yang ...
Isu Foto Wanita Seksi Saya Sedar Adegan Itu Tidak Sesuai Mohon Maaf Chubb E

Isu Foto Wanita Seksi Saya Sedar Adegan Itu Tidak Sesuai Mohon Maaf Chubb E

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 209 hits
Isu foto wanita seksi Saya sedar adegan itu tidak sesuai mohon maaf Chubb E PENYANYI dan pelakon Chubb E tampil memohon maaf selepas menimbulkan kekecohan berhubung beberapa keping gambarnya bersama seorang wanita seksi Permohonan maaf seca...
Adakah Seseorang Yang Sedang Berpuasa Itu Boleh Melakukan Sukan Renang

Adakah Seseorang Yang Sedang Berpuasa Itu Boleh Melakukan Sukan Renang

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 292 hits
Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan atau telingaperenang Jika air memasuki badan cara sedemikian adalah batal puasaseseorang Dengan ini sebagai langkah berjaga jaga mereka yang berpuasadinasihatkan agar tidak berenan...
The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Ets Diselenggara Secara Berkala

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Aisha Retno Tak Adil Chord

Brisia Jodie Kisah Baru Orang Lama Chord

Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Just Because

Drama Jutawan Ekspres