Sama Seperti Ruu 355 Usul Ini Pun Tidak Kemana




Sama seperti usul RUU355 sebelum ini, usul undi percaya Pas untuk membodek Tun Mahathir Mohamad supaya kekal memegang jawatan Perdana Menteri sehingga habis penggal, turut dipercayai tidak akan ke mana-mana akhirnya.Usul yang janggal yang tidak pernah berlaku selama ini yang mahu dibawa Pas itu pada hakikatnya tidak mungkin dibenarkan oleh kerajaan untuk dibentangkan.Ini kerana ia tiada keperluan untuk dibawa memandangkan kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak pernah tergugat sama sekali.Semua pihak dalam PH masih menyokong kepimpinan Tun Mahathir, cuma yang dituntut hanyalah peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim yang sudah pun merupakan suatu perjanjian dalam PH.Ditambah dengan Pas yang turut menyokong kepimpinan Tun Mahathir, ia tambah menjadikan kedudukan Perdana Menteri bertambah kukuh dan semakin tidak logik untuk usul percaya itu mahu dibentangkan.Beberapa bekas Ahli Parlimen yang ditinjau pendapat mereka juga menyuarakan perkara yang sama.Kata mereka, urusan berkaitan usul adalah urusan kerajaan dan usul percaya Pas itu tidak masuk akal sama sekali untuk diterima.Tambah mereka, usul undi percaya kepada Tun Mahathir hanya boleh dibawa oleh parti yang meletakkannya sebagai Perdana Menteri, bukannya oleh parti pembangkang yang secara prinsip adalah menentang Perdana Menteri.Pembangkang, kalau mahu membawa usul, jelas mereka, ialah usul undi tak percaya kepada Perdana Menteri.“Bodoh sangat kalau PH setuju membenarkan Pas membawa usul percaya itu,” tambah seorang bekas Ahli Parlimen BN selama dua penggal ketika ditanya pendapatnya.Seorang bekas menteri pula berkata, tidak sukar memahami tujuan sebenar usul Pas itu adalah untuk membodek Tun Mahathir serta dalam waktu yang sama bertujuan memecah-belahkan PH bagi memudahkan parti itu bersama UMNO memenangi PRU akan datang.Kata beliau, walaupun PH berdepan isu peralihan kuasa yang masih tergantung, mereka tidak akan membiarkan gabungan itu terpecah melalui usul Pas itu.“Tun Mahathir sendiri pun tidak mungkin mahu PH berpecah kerana legasi dan anaknya masih ada di belakang kedudukannya sekarang.“Langkah terbaik yang akan diambil oleh Tun Mahathir dan PH ialah menyelesaikan isu peralihan kuasa kepada Anwar dengan cara yang terbaik, sambil dalam masa yang sama tidak memberi ruang untuk Pas dan UMNO untuk memenangi PRU akan datang,” jelas bekas menteri itu lagi.Untuk itu, beliau yakin, usul undi percaya ini hanya akan menjadi mainan di media saja, tetapi tidak akan menjadi kenyataan untuk dibentangkan di Parlimen.Dalam ertikata lain, kalau RUU355 juga menjadi mainan di media dengan ditangguh demi ditangguh dan hanya dibentangkan di Padang Merbok saja, usul undi percaya ini barangkali tidak lebih sekadar mainan di laman Facebook semata-mata. (ShahbudinHusin 12/02/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/sama-seperti-ruu-355-usul-ini-pun-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undi Percaya Pas Terhadap Mahathir Sama Seperti Undi Tidak Percaya

Undi Percaya Pas Terhadap Mahathir Sama Seperti Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 300 hits
PAS akan bentang usul undi percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen Implikasinya atau kesannya sangat luas dan sekiranya undi percaya ini gagal maka ia akan dianggap sebagai undi tidak percaya
Rapat Sama Menteri Perdagangan Anggota Dpr Usul Ganja Jadi Komoditas Ekspor

Rapat Sama Menteri Perdagangan Anggota Dpr Usul Ganja Jadi Komoditas Ekspor

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 289 hits
Anggota Komisi VI DPR Rafli mengusulkan ganja bisa menjadi komoditas ekspor Menurutnya ganja bisa menjadi komoditas ekspor yang bagus dan pengembangannya pun mudah di Aceh Politikus Partai Keadilan Sejahtera dari daerah asal pemilihan Aceh ...
Iktiraf Uec Sama Seperti Iktiraf Komunis

Iktiraf Uec Sama Seperti Iktiraf Komunis

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 375 hits
Keluar sekarang ultra kiasu tak perlu tunggu rakyat tolak UECPEMIMPIN parti ultra kiasu hari ini berkata tidak teragak agak keluar daripada kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan jika kerajaan tidak mengiktiraf UEC Kenyataan ini begitu jel...
Usul Percaya Pm Memang Tak Pernah Dibuat Tapi Bukan Tak Sah

Usul Percaya Pm Memang Tak Pernah Dibuat Tapi Bukan Tak Sah

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 239 hits
BERITAPAS mengakui tidak pernah berlaku lagi mana mana parti pembangkang membawa usul ke Dewan Rakyat bagi menyatakan sokongan kepada perdana seperti apa yang sedang mereka usahakan sekarang Pun begitu Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan...
Begini Penampakan Foto Mikroskopis Virus Corona Dan Asal Usul Namanya

Begini Penampakan Foto Mikroskopis Virus Corona Dan Asal Usul Namanya

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 226 hits
Wabah virus corona hingga hari ini sudah menjangkiti 9 720 orang dan merenggut 213 jiwa
Ahli Usul Digelar Referendum Jika Mpr Ingin Hidupkan Kembali Gbhn

Ahli Usul Digelar Referendum Jika Mpr Ingin Hidupkan Kembali Gbhn

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 173 hits
Rencana amandemen UUD 1945 terbatas guna menghidupkan kembali Garis Besar Haluan Negara belum diputuskan oleh MPR
Hapus Perundungan Di Sekolah Kak Seto Usul Dibentuk Satgas Libatkan Siswa

Hapus Perundungan Di Sekolah Kak Seto Usul Dibentuk Satgas Libatkan Siswa

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 255 hits
Ketua Lembaga Perlindungan Anak Indonesia Seto Mulyadi menilai kasus perundungan atau bullying di sekolah sudah memprihatinkan
Usul Undi Percaya Rosakkan Demokrasi Zaid

Usul Undi Percaya Rosakkan Demokrasi Zaid

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 209 hits
Undi Percaya yang akan diusul Pas pada sidang Dewan Rakyat sesi Mac akan datang bukan sahaja di luar tabie tetapi akan merosakkan demokrasi Pengerusi DAP Kelantan Zaid Ibrahim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS ...
Sri Mulyani Usul Cukai Plastik Rp 30 000 Per Kg Harga Kantong Kresek Jadi Rp 500

Sri Mulyani Usul Cukai Plastik Rp 30 000 Per Kg Harga Kantong Kresek Jadi Rp 500

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 178 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengusulkan rencana pengenaan tarif cukai spesifik kantong plastik dengan besaran Rp 30 000 per kilogram Dengan demikian harga kantong plastik akan menjadi Rp 450 500 per lembar
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers