Salahkah Khalid Samad Mempertahankan Integriti Sehingga Umno Koyak


agendaily.com01/05/2023
Khalid Samad dikecam pemimpin UMNO kerana tidak menyokong pengampunan Najib.
Seperti dijangkakan, Khalid Samad menjadi sasaran kecaman pemimpin UMNO susulan kenyataannya baru-baru ini berhubung isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak

Nampaknya kenyataan Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah menimbulkan reaksi kurang senang dikalangan pemimpin UMNO yang sedang berjuang untuk membebaskan Najib menerusi proses pengampunan.

Walaupun kenyataan Khalid itu hanya mahu memperjuangkan prinsip integriti yang selama ini dipegang pemimpin Pakatan Harapan (PH), namun perkara itu dilihat tidak seiring dengan rakan parti dalam kerajaan campuran khususnya UMNO.

Umum mengetahui, UMNO sudah membuat permohonan secara rasmi untuk mendapatkan pengampunan kepada bekas Perdana Menteri yang sedang meringkuk dalam penjara atas sabitan mencuri wang SRC International Sdn Bhd.

Langkah untuk mendapatkan pengampunan Najib itu dibuat walaupun tidak sampai setahun berada dalam penjara dan boleh disifatkan terlalu pra-matang kerana UMNO baharu sahaja bersama PH dalam kerajaan campuran.

Pada kaca mata umum, kemasukan UMNO dalam membentuk kerajaan campuran bersama PH hanya semata-mata demi kepentingan peribadi segelintir pemimpin mereka khususnya mereka yang sedang terpalit dengan kes mahkamah dan sedang berada dalam penjara ketika ini.

Tindak-tanduk UMNO dengan beberapa pendirian yang dibuat kebelakangan ini dilihat seakan-akan kemasukan dalam kerajaan bersama PH bertujuan untuk mempergunakan kedudukan kuasa yang dimiliki untuk menyelamatkan pemimpin parti mereka sahaja ketika ini.

Satu persatu tindakan dibuat UMNO ketika ini dilihat membelakangi prinsip integriti dan ketelusan yang selama ini menjadi teras parti dalam PH dan seakan-akan PKR, DAP dan Amanah terpaksa mengikut telunjuk parti yang paling sedikit mempunyai kerusi dalam kerajaan campuran.

Walaupun dilihat tidak bersetuju dengan tindakan dibuat UMNO, namun parti dalam PH terpaksa menelan setiap keputusan dibuat dengan pahit meskipun kurang bersetuju.

Kenyataan dikeluarkan oleh Khalid baru-baru ini dilihat sebagai pencetus kepada ketakpuashatian dikalangan parti dalam PH yang dilihat tidak senang dengan tindak-tanduk UMNO dalam kerajaan.

Daripada permohonan pengampunan Najib sehingga ke kes perbicaraan melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semua perkara ini dilihat akan memberi kesan buruk kepada sokongan rakyat terhadap PH menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Khalid yang mahu mempertahankan integriti parti dalam PH pula dianggap sebagai punca perpecahan keharmonian di dalam kerajaan campuran.

Adakah salah apabila Khalid bercakap kebenaran sehingga menyebabkan pemimpin UMNO melantun dan membidas Amanah dengan pelbagai kecaman.

Bibit perpecahan dalam kerajaan sudah timbul sejak sebelum kenyataan Khalid lagi, ia bermula dengan kenyataan Na­ib Pengerusi DAP Perak, Aziz Bari berhubung peranan UMNO menarik sokongan orang Melayu masih tidak jelas.

Malah kata Aziz lagi, UMNO dilihat hanya menum­pang kekuatan Pakatan Harapan (PH) kerana kelangsungan parti itu semakin pudar.

Kenyataan Aziz tersebut mempunyai asasnya apabila UMNO gagal memperoleh jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan, malah hilang lebih banyak kerusi berbanding dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Keberadaan UMNO dalam kerajaan campuran ketika ini pun hanya atas ihsan, malah sekalipun tanpa UMNO sekalipun kerajaan sekarang dapat dibentuk kerana sudah memiliki majoriti dua pertiga.

Bagaimanapun, UMNO tidak melihat keberadaan mereka dalam kerajaan campuran hanya sekadar menumpang dan mahu menjadi dominan.

UMNO perlu sedar kedudukan mereka bukan lagi seperti dahulu, mereka kini hanya sekadar penumpang dalam kerajaan campuran dan semestinya tidak boleh melebih-lebih dalam sebarang keputusan.

Tidak semua parti dalam PH yang senang melihat UMNO diangkat sebagai anak emas dalam kerajaan campuran, ia pasti timbul rasa iri hati dikalangan pemimpin lain dalam kerajaan apabila UMNO lebih dimanja dan dibelai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berbalik kepada isu kenyataan Khalid baru-baru ini, ia sangat mengecewakan apabila tidak ada seorang pemimpin Amanah yang berani mempertahankan bekas Ahli Parlimen Shah Alam tersebut.

Adakah pendirian Khalid dalam mempertahankan integriti kini dipandang hina pula oleh pemimpin PH sendiri, walhal bukankah selama ini mereka yang memperjuangkan agar Najib dibicarakan sehingga masuk ke dalam penjara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/salahkah-khalid-samad-mempertahankan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khalid Samad Buat Kenyataan Sumbang Terlupa Umno Dan Amanah Dalam Kerajaan Sama Terpaksa Mohon Maaf

Khalid Samad Buat Kenyataan Sumbang Terlupa Umno Dan Amanah Dalam Kerajaan Sama Terpaksa Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 225 hits
Oleh Adam MalikAmat malang apabila pemimpin tidak matang dan masih bermain naratif lapuk dan tidak ikut perkembangan semasa Antara pemimpin yang dimaksudkan adalah Khalid Abdul Samad Isu yang tiada keuntungan politik atau kesan politik kepa...
Khalid Samad Jawab Umno Kelantan

Khalid Samad Jawab Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 197 hits
Yasmin Abd Latif dan Faiz ZainudinPETALING JAYA Amanah berharap hubungan parti itu di Kelantan dengan Umno tidak terputus susulan isu pengampunan diraja terhadap Najib Razak kata Pengarah Komunikasi Khalid Samad Beliau berkata Umno Kelantan...
Tarik Kenyataan Atau Kami Putus Kerjasama Dengan Amanah Umno Kelantan Beritahu Khalid

Tarik Kenyataan Atau Kami Putus Kerjasama Dengan Amanah Umno Kelantan Beritahu Khalid

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 215 hits
Ia susulan kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad yang parti itu merayu kepada Agong supaya menolak permohonan pengampunan Najib Razak Umno Kelantan pertimbang memutuskan kerjasama dengan Amanah negeri itu sekiranya Khalid Samad ...
Umno K Tan Sedia Putus Hubungan Dengan Amanah Jika Khalid Tak Mohon Maaf

Umno K Tan Sedia Putus Hubungan Dengan Amanah Jika Khalid Tak Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 404 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 29 2023 4 34 PMUmno Kelantan pertimbang untuk memutuskan hubungan dengan Amanah sekiranya Pengarah Komunikasi parti itu Khalid Samad tidak memohon maaf secara terbuka susulan kenyataan mengenai permohonan pen...
Tak Perlu Sampai Putus Hubungan Khalid Jawab Umno Kelantan

Tak Perlu Sampai Putus Hubungan Khalid Jawab Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 303 hits
Khalid Samad berkata Amanah kekal dengan pendirian membantah pengampunan diraja terhadap Najib Razak dan mahu pendirian itu dihormati PETALING JAYA Amanah berharap hubungan parti itu di Kelantan dengan Umno tidak terputus susulan isu pengam...
Khalid Samad Lepas Akaun Bank Abah Dibeku Pas Cari Atok Pula

Khalid Samad Lepas Akaun Bank Abah Dibeku Pas Cari Atok Pula

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 224 hits
Malaysiakini Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad membayangkan seakan ada motif tersembunyi di sebalik keputusan PAS untuk bertemu dengan musuh lama Dr Mahathir Mohamad Mungkin benar apa yang dikatakan oleh budak budak netizen PAS kini m...
Tunduk Desakan Umno Khalid Mohon Maaf

Tunduk Desakan Umno Khalid Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 382 hits
Mohon maaf kerana sebab najib Tapi dulu khalid paling beria minta rakyat tolak umno tolak najib Walaupun seolah maaf tu agak berbelit lidah Ia seolah seperti khalid terpaksa tunduk desakan umno kerana perkara berkaitan najib So apakah kita ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi