Saksi Farid Kamil Agresif Menjerit Terhadap Polis


Bernama      
Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini bahawa pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari menjerit-jerit di balai polis dan berkata "adakah hang tau aku sapa? Aku Datuk Farid Kamil!".

Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24, yang ketika kejadian bertugas sementara di Balai Polis Kota Damansara berkata, Farid mengeluarkan kata-kata itu sambil berdiri selepas dia dengan tiba-tiba naik angin setelah beliau memberitahu dia (Farid) tidak boleh membuat laporan polis berhubung satu artikel kerana balai itu mengendalikan kes trafik.

Menceritakan kejadian itu, saksi kedua pendakwaan itu berkata pada pukul satu tengah hari 11 Januari lepas, Farid telah dibawa oleh saksi pertama kes itu, Ashraf Ahmad, 35, yang memberitahu Farid ingin membuat laporan polis kerana kemalangan.

"Sejurus tiba di kaunter pertanyaan, Farid telah menunjukkan kepada saya sebuah artikel bertajuk '300 artis meminjam Ah Long kerana tiada pekerjaan' dan bertanya kepada saya sama ada artikel itu benar.

"Saya kemudian berkata sekiranya dia mahu membuat laporan mengenai kes itu, dia harus pergi ke balai lain yang berdekatan kerana balai ini hanya mengendalikan kes-kes trafik," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran pada hari ketiga perbicaraan empat kes jenayah pelakon itu.

Saksi itu memberitahu, Farid kemudian tiba-tiba naik angin dan terus berdiri serta menjerit-jerit mengeluarkan kata-kata itu.

"Ashraf cuba menenangkan Farid yang masih dalam keadaan terjerit-jerit di dalam balai namun Ashraf telah ditampar dan saya dengan pantas cuba menghalang tindakan itu dengan berkata 'Datuk tidak boleh buat begini, Datuk tak boleh pukul orang awam' sebelum saya juga ditampar olehnya.

"Selain pedih dan sakit di pipi kiri akibat ditampar, namun yang lebih memalukan kerana saya sedang memakai pakaian seragam polis trafik dan kejadian tersebut berlaku di hadapan orang ramai di dalam balai tersebut," katanya.

Menurut Muhammad Nizam lagi, keadaan Farid yang agresif ketika itu memaksanya untuk menggari tertuduh namun fizikal Farid yang besar dan lebih tinggi daripadanya menyukarkan beliau untuk berbuat demikian.

"Beberapa kali saya mencuba untuk menggarinya namun tidak berjaya tetapi setelah dibantu Ashraf dan seorang lagi orang awam yang berada di dalam balai, Farid akhirnya digari dalam keadaan meniarap," katanya.

Pada 16 Jan lepas, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Dalam prosiding itu, Farid diwakili peguam Megat Syazlee Mokhtarom dan perbicaraan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham bersambung esok.-Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/saksi-farid-kamil-agresif-menjerit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Farid Kamil Jerit Ke Arah Saya Dan Berkata Kau Kenal Siapa Aku Kemudian Tampar Pipi Saya

Farid Kamil Jerit Ke Arah Saya Dan Berkata Kau Kenal Siapa Aku Kemudian Tampar Pipi Saya

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 505 hits
Saksi pertama kes jenayah membabitkan selebriti popular tanah air iaitu Datuk Farid Kamil memberitahu Mahkamah Majistret bahawa tertuduh telah menamparnya sekali dan menendangnya sebanyak dua kali Mengulas lanjut insiden berkenaan saksi ber...
Pelakon Datuk Farid Kamil Positif Dadah Ketika Ditahan

Pelakon Datuk Farid Kamil Positif Dadah Ketika Ditahan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 483 hits
HALAMAN HIBURANTerdahulu pelakon Datuk Farid Kamil pernah didakwa menampar seorang anggota polis dan seorang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara Bagaimanapun pelakon ini mengakui tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pen...
Makenik Cuba Sogok Anggota Polis Didakwa

Makenik Cuba Sogok Anggota Polis Didakwa

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 374 hits
Kuala Lumpur 5 11 2018Seorang mekanik yang dipercayai merasuah anggota polis telah didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini Tertuduh Mohd Ferdaus Hassan mengaku tidak bersalah selepas p...
Polis Bawa Kanak Kanak Penganjur Himpunan Bantah Icerd Akan Dipanggil Beri Keterangan

Polis Bawa Kanak Kanak Penganjur Himpunan Bantah Icerd Akan Dipanggil Beri Keterangan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 461 hits
Ketua Polis KL Mazlan Lazim berkata tindakan membawa kanak kanak itu menyalahi Seksyen 4 Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20 000 KUALA LUMPUR Polis akan memanggil penganjur perhimpunan menolak ratifikas...
Ini Sebab Kenapa Pihak Polis Panggil Pihak Penganjur Perhimpunan 812

Ini Sebab Kenapa Pihak Polis Panggil Pihak Penganjur Perhimpunan 812

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 348 hits
Ini Sebab Kenapa Pihak Polis Panggil Pihak Penganjur Perhimpunan 812Ini Sebab Kenapa Pihak Polis Panggil Pihak Penganjur Perhimpunan 812
Unit Amal Malaysia Dan Polis Malaysia

Unit Amal Malaysia Dan Polis Malaysia

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 943 hits
Tanda bagus dari anggota Polis menunjukkan Unit Amal Malaysia adalah terbaik Mengawal keadaan yang sangat baik Semoga produk PAS ini akan terus berjaya
Zaman Ph Pun Ada Kroni Dakwa Tiket Final Piala Aff Disonglap Kroni Penyokong Malaysia Buat Laporan Polis

Zaman Ph Pun Ada Kroni Dakwa Tiket Final Piala Aff Disonglap Kroni Penyokong Malaysia Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 409 hits
Belum reda kontroversi penjualan tiket perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 terbaharu muncul sebuah video menunjukkan seorang remaja lelaki memiliki hampir 100 keping tiket untuk saingan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jal...
Pelatih Polis Dihidang Makanan Rosak Tandas Lampu Dan Lif Juga Menyedihkan Mp Dap

Pelatih Polis Dihidang Makanan Rosak Tandas Lampu Dan Lif Juga Menyedihkan Mp Dap

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 396 hits
Pelatih polis dihidang makanan rosak tandas lampu dan lif juga menyedihkan MP DAP Jika kita tak boleh menjaga polis bagaimana kita mahu mereka menjaga negara Ini logik mudah demikian kata Anggota Parlimen Kapar Thomas Su kepada media yang m...
Polis Pertahan Anggaran Peserta Icerd Antara 55 000 Ke 60 000 Rileksmedia

Polis Pertahan Anggaran Peserta Icerd Antara 55 000 Ke 60 000 Rileksmedia

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 329 hits
KUALA LUMPUR Polis hari ini mempertahankan laporannya yang menganggarkan jumlah rasmi peserta perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum sebagai antara 55 000 dan 60 000 orang...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh