Sakit Ketika Duduk Antara Dua Sujud Afdhal Tawaruk Atau Membongkok




SOALAN:
Saya mengalami sakit pada telapak kaki. Saya tidak boleh duduk di antara sujud seperti biasa. Saya hanya boleh sama ada duduk membongkok dengan bertumpu pada lutut, atau duduk seperti duduk tasyahud akhir. Mana lebih utama untuk saya lakukan?

JAWAPAN:
Syeikh Muhammad al-Zuhaili menyebut antara syarat sah rukun duduk antara dua sujud ialah:
“I'tidal pada duduknya, dengan menegakkan badan ketika duduk, dan tidak cukup hanya dengan mengangkat kepala, atau duduk dalam keadaan membongkok, melainkan kerana keuzuran.” [Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/285)]

Duduk antara dua sujud boleh dilakukan, apabila terdapat hajat seperti sakit, dalam bentuk tawarruk yakni seperti duduk tasyahhud akhir, apabila seseorang itu duduk dalam keadaan tapak kaki kanannya berdiri tegak, dan jari jemari kaki kanannya menghadap ke arah kiblat. Manakala kaki kirinya dilipat ke arah kaki kanan, dan dia meletakkan bahagian punggungnya di atas lantai atau tanah.

Hukumnya tidak dimakruhkan kerana para ulama' usul menggagaskan kaedah:

الكَرَاهَة تَزُولُ بالحَاجَة
“Hukum makruh itu hilang apabila wujud keperluan.” [Rujuk: Ma`lamah Zayed (no.267); Syarah Sahih Muslim (5/34) oleh al-Nawawi]

Justeru berdasarkan kenyataan di atas, maka lebih utama seseorang yang tidak boleh duduk iftirasy bagi rukun duduk antara dua sujud untuk duduk secara tawarruk.

Isu kedua ialah adakah boleh ‘duduk’ seperti yang dinyatakan di dalam soalan yakni mengangkat kepala daripada sujud dengan membongkokkan badan serta bertumpu pada kedua-dua lutut, kerana sakit pada hujung jemari kaki?

Kami katakan, sekiranya terdapat pilihan antara ‘duduk’ sebegitu dengan tawarruk maka diutamakan tawarruk. Jika tidak ada pilihan, maka cara tersebut sah kerana terdapat keuzuran, dan dibuat mengikut kemampuan. Firman Allah SWT:

فَاتَّقُوا اللَّـهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا
“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaran-Nya) serta taatlah (akan perintah-perintah-Nya).” (Surah al-Taghabun: 16)

Kaedah menyatakan:

المَيْسُورُ لَا يَسْقُطُ بِالمَعْسُوْرُ
“Perkara yang mudah dilakukan tidak jatuh tuntutannya dengan perkara yang sukar dilakukan.” [Rujuk: al-Asybah wa al-Nazo`ir (hlm. 293) oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti]

Ertinya, jika seseorang yang mukallaf itu tidak dapat melaksanakan semua kewajipan yang perlu diraikan dalam satu amalan, jangan sampai amalan itu ditinggalkan secara keseluruhan.

Manakala daripada perspektif hukum, ‘duduk’ seperti itu dibahaskan ulama' tentang kesahihannya. Ini kerana bentuknya tidak dinamakan duduk pada uruf. Para ulama' khilaf tentang seseorang yang duduk dalam keadaan membongkokkan badan ke hadapan tetapi kecenderungan lebih mendekati had duduk secara tegak berbanding had sujud. Di sisi jumhur hukumnya adalah tidak sah kerana itu tidak dinamakan duduk tegak. Namun di sisi Syeikh al-Jauhari yang mensyarahkan matan al-Manhaj, hukumnya adalah sah kerana diqiyaskan dengan berdiri. Dalam rukun berdiri, seseorang itu dianggap berdiri sekalipun jika dia bongkok ke hadapan selagi mana tidak sampai kepada had rukuk, iaitu apabila tapak tangan boleh menyentuh lutut. Adapun mengikut pendapat Imam Abu Hanifah, duduk di antara dua sujud memadai dengan hanya mengangkat kepala daripada sujud. [Rujuk: Hasyiah al-Baijuri (1/298); Fath al-`Allam ()2/225) oleh al-Jardani]

Wallahua'lam.

Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada penanya. Kita berdoa agar Allah SWT memberikan kita kekuatan dan kemudahan untuk beribadah dengan sempurna dan diterima. Amin

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/sakit-ketika-duduk-antara-dua-sujud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Bom Meletup Di Yala 7 Wartawan Antara 25 Yang Cedera

Dua Bom Meletup Di Yala 7 Wartawan Antara 25 Yang Cedera

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 367 hits
YALA 17 Mac Dua butir bom telah meletup di hadapan sebuah pejabat kerajaan dalam Wilayah Yala di selatan Thailand menyebabkan 25 orang cedera termasuk tujuh wartawan kata seorang pegawai keselamatan Jurucakap Divisyen ke 4 Tentera Kolonel P...
Sujud Ketika Solat Kelebihan Yang Kita Sendiri Tidak Sedar

Sujud Ketika Solat Kelebihan Yang Kita Sendiri Tidak Sedar

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 301 hits
Solat itu tiang agama jadi beri tahu pasangan masing masing agar sentiasa taat dan patuh perintahNYA Setiap gerakan di dalam solat itu ada sebabnya salah satunya ketika sujud punya 1001 kelebihan yang tersembunyi First awareness of the body...
Komunikasi Koordinasi Dua Asas Utama Wajib Berfungsi Ketika Krisis Dr Asyraf

Komunikasi Koordinasi Dua Asas Utama Wajib Berfungsi Ketika Krisis Dr Asyraf

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 263 hits
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan dalam menghadapi sesuatu krisis dua asas utama yang wajib berfungsi dengan berkesan ialah komunikasi dan koordinasi Tegasnya apabila salah satu tidak berfungsi ...
Dua Orang Tewas Akibat Pesta Miras Oplosan Ketika Hajatan Di Bekasi

Dua Orang Tewas Akibat Pesta Miras Oplosan Ketika Hajatan Di Bekasi

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 213 hits
Dua orang tewas akibat mengonsumsi minuman keras oplosan di acara pernikahan di Desa Sukamakmur Kecamatan Sukakarya Kabupaten Bekasi Keduanya adalah Agus dan Ridwan masing masing pemuda berusia 20 tahun
Covid 19 Di Antara Dua Pilihan

Covid 19 Di Antara Dua Pilihan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 399 hits
COVID 19 Di Antara Dua PilihanKita boleh memilih untuk menjadi penyebar berita yang tak pasti Kita juga boleh memilih untuk menjadi penyebar berita sahih dari media yang berkredibiliti Kita boleh memilih untuk marah bila pendapatan kita ter...
Terkini Gempar Bumi Di Croatia Penduduk Tanya Nak Duduk Dalam Atau Luar Rumah Allahu

Terkini Gempar Bumi Di Croatia Penduduk Tanya Nak Duduk Dalam Atau Luar Rumah Allahu

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 316 hits
Ketika ramai penduduk Croatia duduk di rumah ekoran Covid 19 tiba tiba gempa bumi berlaku Penduduk tanya nak duduk dalam atau rumah Baca selanjutnya Ada gambar gambar Terkini Gempar Bumi Di Croatia Penduduk Tanya Nak Duduk Dalam Atau Luar R...
Dua Peserta Ijtima Di Gowa Demam Sakit Tenggorokan

Dua Peserta Ijtima Di Gowa Demam Sakit Tenggorokan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 182 hits
Kepala Penerangan Kodam Kolonel Inf Maskun Nafik mengatakan dua peserta ijtima itu masing masing asal Jawa Barat dan Kalimantan Selatan Keduanya bersama 1 204 peserta lainnya di asrama haji yang tengah menanti jadwal pemulangan
Terkini Rakyat Dilarang Keluar Antara Negeri Dan Wajib Duduk Di Rumah

Terkini Rakyat Dilarang Keluar Antara Negeri Dan Wajib Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 535 hits
Tolong duduk di rumah ya semua small Cover image via Like Suka TV Facebook small Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk bergerak keluar antara negeri Perkara ini disahkan oleh Ketua ...
Pg Mall Sebagai Hero Sebenar Uzu Ketika Movement Control Order Selama Dua Minggu Ni

Pg Mall Sebagai Hero Sebenar Uzu Ketika Movement Control Order Selama Dua Minggu Ni

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 472 hits
PG Mall Sebagai Hero Sebenar Uzu Ketika Movement Control Order Selama Dua Minggu Ni Salam Hi semua Buat apa tu Hehehehe sihat tak guys Heheh so hari ni ialah hari ketiga kita semua self quarantine kat rumah Ada yang balik kampung tak ni Huh...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord