Sajian Dari Dapur Ayahanda Fraser Place Puteri Habour


 Assalamualaikum WBT
Bulan Ramadhan bakal menjelma
Bulan Sya'ban pasti berundur
Marilah berbuka puasa dengan Sajian Dari Dapur Ayahanda
Semestinya di Fraser Place Puteri Harbour

Dengan menyajikan lebih 200 hidangan, Fraser Place Puteri Habour pada bulan Ramadhan yang akan datang, membawakan tema 'Sajian Dari Dapur Ayahanda' dengan pilihan menu-menu eksotik yang jarang-jarang ditemui di mana-mana bufet berbuka puasa. Sk berpeluang mencuba sendiri menu-menu tersebut ketika Media Preview Ramadhan Buffet bertempat di Swatches Restaurant, Fraser Place Puteri Harbour baru-baru ini dan teruja menikmatinya, ah bila lagi nak makan kan, bukan senang nak jumpa tau.

Tercapai hasrat anak tekak nak makan Belangkas Sambal Telur. Penggemar belangkas pastinya leka mengorek telur belangkas yang dimasak sambal. Sk suka rasa sambal yang tidak terlalu pedas. Telur dia sedap tau!

Puas mengorek telur belangkas, leka pulak menyedut Siput Sedut Batang Keladi. Siput sedut yang dimasak lemak cili api dengan batang keladi ni sangat sedap terutama bila kuahnya digaul bersama nasi putih.

Iman la paling teruja bila nampak Siput Gonggong Sambal Mangga ni dalam kuali. Sebaik sahaja acara makan bermula, terus dibawanya sepinggan siput gonggong ke meja. Jika siput sedut ada topi, siput gonggong ni pulak ada duri yang perlu ditarik untuk mengeluarkan isinya yang gebu dan liut tu. Kalau tak jumpa durinya, ada lidi disediakan untuk mencucuk dan menarik keluar isi siput tu.

Kalau anda biasa jumpa Belut Paprik atau Sup Belut di Restoran Tomyam, Sajian Dari Dapur Ayahanda menampilkan hidangan Belut Cili Terung Pipit. Belutnya digoreng dahulu sebelum dimasukkan ke dalam masak lemak cili api bersama terung pipit dengan aroma daun limau purut.

Nampak sahaja Kulit Lembu Sambal Tahun ni, dah tahu keenakan rasanya. Rasa kuahnya berempah dan sedikit manis macam perapan sate, sedap dinikmati bersama nasi putih.

Atau, anda boleh juga makan lauk eksotik bersama Nasi Pelangi Senja. Seakan Nasi Hujan Panas namun ia berbeza dengan gabungan hirisan terung dan tomato cerry yang dipanggang


Ketupat Nasi Daun Kelapa, Ketupat Daun Palas dan Lemang seakan membawakan nostalgia hari raya yang akan menjelma. Tiada siapa dapat menafikan, yang asli lebih diminati berbanding ketupat dan lemang segera


Seperti kebanyakan bufet Ramadha, Sajian Dari Dapur Ayahanda turut menyediakan Kambing Golek. Bukan sekadar Kambing Golek ya, Ayam Golek pun ada












Aneka lauk-pauk seperti Ikan Siakap Sambal, Ayam Pandan, Rendang Burung Puyuh dan Rendang Arnab (satu lagi menu eksotik), Peria Goreng, Sayur Masak Lemak, Udang Nestum, Paru Sambal, Ayam Masak Merah dan Ikan Masam Manis turut disajikan dari Dapur Ayahanda


Pelbagai jenis sambal bagi mengelakkan amukan bagi mereka yang wajib makan ada sambal belacan, hahaha


Kegemaran remaja purba, Telur Masin dan Ikan Kering. 





Pelbagai pilihan Kerabu seperti Kerabu Taugeh, Kerabu Daging, Kerabu Kaki Ayam dan Kerabu Pedal Ayam


Seafood On Ice menyajikan udang dan mussel dengan sos pilihan


Goreng-gorengan seperti Popiah dan Keropok Lekor. Sk tertarik dengan Kuih Bom Hitam tu. Dohnya  diperbuat dari beras pulut hitam dan disaluti pulak dengan bijan hitam. betul-betul macam bom ya rupa dia, tapi rasa dia sedap. Bolehlah dikatakan menu kuih tradisi yang di'eksotik'kan



Penghilang dahaga selepas seharian berpuasa seperti jus buah seperti epal dan mangga, minuman kordial seperti kurma dan sirap bandung, juga minuman panas dari mesin kopi yang menawarkan latte, cappuchino dan espresso serta teh tarik yang ditarik dahulu sebelum dihulurkan kepada tetamu



Pelbagai jenis rojak dan pecal. Bolehlah bancuh sendiri sos rojak yang disediakan dalam mangkuk besar tu, kemudian pilih bahan rojak anda sama ada nak jadi Rojak Petis atau Rojak Buah




Bila tengok balang-balang berisi dodol dan kuih raya tradisional ni terus terimbas kenangan lama mengusik jiwa. Lagi-lagi bila ia disusun bersama tin biskut kedai runcit bercermin tu. Cuma kalau dekat kedai tu, kena pilih nak biskut apa, dekat sini, pilih aje nak apa, nak semua pun boleh, tak ada yang melarang


Chocolate Fountain pastinya menjadi tarikan kanak-kanak. Eh, yang bukan kanak-kanak pun suka, hahaha. Tengok coklat dia licin jer menandakan nisbah coklat dan cecair yang digunakan 'perfecto'. Bolehlah nak celup buah atau mashmallow, Iman suka ni


Puding dan Jeli aneka warna. Sk suka tekstur puding dan jelinya yang kenyal tu tandanya sukatan cecairnya tepat! Terdapat juga pelbagai jenis kek potong berkrim dan kuih tradisi yang dibalut atau dibungkus dengan daun pisang seperti Pulut Pagi dan Pulut Panggang


Penggemar durian tentu seronok berbuka puasa di Fraser Place Puteri Harbour ni kerana anda boleh menikmati durian secara buffet tau. Cuma, tak boleh bawa masuk ke dalam restoran dan nikmati hanya di lobi sepuasnya yang anda mampu, hihi. Seronok pulak makan durian secara santai di meja khas yang disediakan

Sajian Dari Dapur Ayahanda
📍 Swatches Restaurant, Fraser Place Puteri Harbour
🗓️ 27 Mac - 20 April 2023
🕡 6:30pm - 10:00pm


Beli awal untuk dapatkan potongan harga. Jualan Early Bird sehingga 26 Mac 2023 
RM128 Dewasa (*selagi baucer masih ada)

Harga Biasa ; 
RM158 Dewasa
RM88 Kanak-kanak  (6-12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas)

Harga tertakluk kepada 6% SST
Untuk tempahan dan pertanyaan:
📞 6013 778 6821 / https://wa.link/vsrtes


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/03/sajian-dari-dapur-ayahanda-fraser-place.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Chef 7 Kawah Sajian Dapur Ayahanda Tunamaya Desaru Buffet Ramadhan

7 Chef 7 Kawah Sajian Dapur Ayahanda Tunamaya Desaru Buffet Ramadhan

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 192 hits
7 Chef 7 Kawah Sajian Dapur Ayahanda Tunamaya Desaru Buffet Ramadhan mengetengahkan menu ketam masak lemak cili api pucuk manis campur labu kuning ayam masak merah rendang burung puyuh kepah masak nyonya dan daging masak hitam Kemain meriah...
Staycation 2 Hari 1 Malam Di Fraser Place Puteri Harbour

Staycation 2 Hari 1 Malam Di Fraser Place Puteri Harbour

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 202 hits
Staycation 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour Alhamdulillah akhirnya termakbul doa anak anak Ummi nak tidur kat Fraser Place ekekeke Setiap kali The post appeared first on
Saya Hanya Mahu Dilepaskan Dah Takde Perasaan Lagi Terhadap Syamsul Puteri Sarah

Saya Hanya Mahu Dilepaskan Dah Takde Perasaan Lagi Terhadap Syamsul Puteri Sarah

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 150 hits
Kemelut rumah tangga pelakon sensasi Puteri Sarah Liyana masih belum menemui penyelesaian apabila suaminya Syamsul Yusof enggan menceraikan wanita berkenaan Menurut laporan BH Online keadaan tersebut menyebabkan pelakon berusia 38 tahun itu...
Just Let Me Go Puteri Sarah Dedah Pernah Dipukul Syamsul Tapi Tak Buat Report Ketika Itu Sebab Masih Ada Rasa Sayang

Just Let Me Go Puteri Sarah Dedah Pernah Dipukul Syamsul Tapi Tak Buat Report Ketika Itu Sebab Masih Ada Rasa Sayang

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 176 hits
Pelakon Puteri Sarah Liyana hari ini mengemukakan bukti baharu mendakwa dirinya pernah dipukul oleh Syamsul Yusof pada 2020 yang menjadi punca dia keluar dari rumah Puteri Sarah berkata bukti baharu itu dikemukakan di hadapan Hakim Syarie A...
Peguam Dedah Syamsul Yusof Pernah Pukul Puteri Sarah

Peguam Dedah Syamsul Yusof Pernah Pukul Puteri Sarah

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 181 hits
PEGUAM yang mewakili Puteri Sarah mendedahkan di Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa pelakon itu pernah dipukul suaminya yang juga pengarah Syamsul Yusof lapor Berita Harian Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader berkata insiden itu m...
Syamsul Yusof Tidak Mahu Ceraikan Puteri Sarah Dan Kerana Itu Puteri Sarah Terpaksa Dedahkan Syamsul Pernah Pvkul Dia

Syamsul Yusof Tidak Mahu Ceraikan Puteri Sarah Dan Kerana Itu Puteri Sarah Terpaksa Dedahkan Syamsul Pernah Pvkul Dia

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 166 hits
Peguam Syarie yang mewakili pelakon Puteri Sarah memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa bahawa pengarah filem Mat Kilau Syamsul Yusof memukul isterinya itu pada tahun 2020 lalu
Hanya Beri Isyarat Allah Yang Satu Syamsul Yusof Kunci Mulut Kes Enggan Cerai Puteri Sarah

Hanya Beri Isyarat Allah Yang Satu Syamsul Yusof Kunci Mulut Kes Enggan Cerai Puteri Sarah

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 206 hits
Sebelum ini media melaporkan pengarah Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya Puteri Sarah Liyana ketika prosiding sebutan pertama kes di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur Bagaimanapun pengarah filem Mat Kilau itu tidak memberi sebara...
Anak Sulung Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Tiba Tiba Jumpa Atoknya Yusof Haslam Dan Bagitau Perkara Ini

Anak Sulung Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Tiba Tiba Jumpa Atoknya Yusof Haslam Dan Bagitau Perkara Ini

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 270 hits
Pelakon Puteri Sarah mendedahkan anak sulungnya Syaikhul Islam maklum mengenai konflik rumah tangga membabitkan dirinya dan suami Syamsul Yusof menerusi YouTube
Adik Puteri Sarah Terkejut Kakak Dia Pernah Dipvkul Syamsul Yusof Ini Kenyataan Dari Adik Puteri Sarah

Adik Puteri Sarah Terkejut Kakak Dia Pernah Dipvkul Syamsul Yusof Ini Kenyataan Dari Adik Puteri Sarah

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 192 hits
Bukti baharu dikemukakan Puteri Sarah Liyana ketika prosiding sebutan pertama permohonan perceraian iaitu dakwaan pernah dipukul Syamsul Yusof membuatkan ramai terkejut termasuk adik pelakon itu Puteri Sofia Nadira
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep