Sahur Untuk Mati


Bismillah



Assalamu'alaikum wbt



Apa khabar semua? Baik? Alhamdulillah kita semua diberi peluang melalui pertengahan Ramadhan. Saya yakin ada antara kita yang tak perasan Ramadhan berlalu begitu pantas, dan ada yang dah mula merindukan, menginginkan agar Ramadhan berlangsung lebih lama. Pada saya, dua-dua saya rasa. Tak sangka hari ni dah 15 Ramadhan, saya berharap ianya berlangsung lebih lama. Sebab terlalu banyak kelebihan bulan ni, dan saya secara peribadi ada perkara yang saya nak selami di bulan yang mulia ni. Apa tu? Rahsia…Hehe



Apa pun moga segala amal kita niatkan ikhlas kerana Allah Taala, dan diterimaNya. Amin





Tajuk kali ni ganas tak? ‘Sahur’ untuk mati? Lain macam aja bunyinya kan. Artikel kali ni, sama macam yang lepas. Sangat unik. Saya ambil orang lain punya, dengan sedikit edit. Sumber asal saya akan sertakan pada bahagian bawah sekali. Jemput baca…


= = = = = =


Ramadhan adalah sebuah 'sekolah' yang 'didirikan' Allah untuk mendidik kita, hamba-hamba-Nya yang BERIMAN, untuk menjadi BERTAQWA. Seperti termaktub dalam kalam sucinya, Al-Baqarah ayat 183




Dengan apa Allah mendidik kita di bulan ini? Dengan puasa, dengan lapar dan dahaga, dengan menahan sebagian yang dihalalkan di siang hari bulan lainnya, dengan tarawih di malam harinya, dengan memperbanyak amalan sunnah di sepanjangnya, dengan meninggalkan yang sia-sia di sebentangnya


Oh iya, jangan lupa, Allah juga mendidik kita dengan sahur di awal pagi, dan berbuka di petang hari. Ya, kedua hal itu penuh pelajaran bagi yang mau membuka mata dan menyalakan nurani


Di edisi ini, izinkan saya menuliskan sedikit inspirasi, yang terselip di balik piring makan sahur kita



Sahur, ia sungguh penuh inspirasi. Mengapa kita sahur? Bukankah rasa mengantuk meliputi mata? Bukankah setengah fikiran masih tertingal di alam mimpi kita? Bukankah rasa lelah masih meremukkan raga? Sahur itu berat bukan?


Jawapan atas pertanyaan itu, akan mengantarkan kita pada sebuah kesimpulan yang menghantam kesadaran, selama kita membuka mata dan menyalakan nurani.


Mengapa kita sahur? Sebab itu sunnah Rasulullah. Ah, sepertinya bukan semata karena ia sunnah. Tahajjud juga sunnah, i'tikaf juga sunnah, bershadaqah juga sunnah, ziarah kubur juga sunnah, silaturrahim juga sunnah, tilawah al-Quran juga sunnah. Tidak semua kita kerjakan bukan? Artinya, ada alasan lain yang menggerakkan kita untuk melakukannya.


Sepertinya, lebih banyak yang makan sahur dengan sebuah pertimbangan logik, bahawa esok hari, tidak ada kesempatan makan lagi, hingga berbuka di petang nanti.


Tepat! Itu sangat masuk akal. Kita faham betul bahawa setelah masuk waktu berpuasa, tidak ada lagi kesempatan untuk mengisi perut dengan nutrisi, tidak ada lagi kesempatan untuk menikmati lazatnya masakan isteri, hingga azan maghrib menenggelamkan mentari.


Pertimbangan itulah yang 'memaksa' kita bangun dan makan di pagi buta. Sebab, kita meyakini betul, bahwa saat inilah kesempatannya. Ya, kesempatan satu-satunya.


Tapi kan mengantuk? Tapi badan terasa remuk? Tidak peduli, sebab inilah satu-satunya kesempatan untuk membekali diri, untuk menghadapi siang tanpa kesempatan makan-minum esok hari.


Sahabat, dalam konteks lebih luas, semestinya kesadaran itu mengguncang nurani kita. Mengapa? Sebab, kita akan menghadapi masa yang lebih panjang dari puasa, yang tidak ada kesempatan berbekal di sana.


Masa yang lebih panjang dari puasa itu adalah, masa tak menentu semenjak kita menghembuskan nafas terakhir, hingga waktu pembalasan di hari akhir.


Jika sebelum puasa selama sehari saja, kita menyiapkan bekal yang cukup untuk menjalani puasa, apa yang semestinya kita lakukan untuk menjalani masa yang lebih panjang dari itu?


Tersebab kita tahu bahwa setelah imsak tidak boleh makan dan minum untuk mengisi nutrisi, maka kita makan sahur sebelum imsak untuk menyiapkan diri.


Dengan logik yang sama, oleh sebab kita tahu bahwa selepas kematian tidak ada kesempatan untuk beramal buat menyiapkan diri, maka kita mesti menggunakan waktu hidup ini untuk membekali diri, untuk dibawa ke akhirat nanti.


Itu kesamaan konsep antara puasa dan kematian. Adapula bezanya. Kita mengetahui secara pasti bila puasa bermula dan berakhir. Bermula ketika fajar, dan berakhir di waktu petang. Kita tahu itu. Tapi, siapa yang tahu, bila bermula dan berakhirnya alam kubur? Siapa yang tahu bila kita mati dan bila dibangkitkan kembali?


Kita boleh menunda sahur, sebab kita dapat memperhitungkan bila waktu sahur berakhir. Namun, bolekah kita menunda taubat, sedang kita tidak tahu bila hidup kita berakhir?


Inti dari pelajaran ini adalah, satu-satunya kesempatan untuk menyiapkan bekal menghadapi akhirat adalah ketika hidup di dunia ini. Sebab, kita tidak boleh melakukannya ketika mati.


Tersebab kita tidak tahu bila maut menghampiri, maka tidak ada kesempatan lain bagi kita untuk menyiapkan bekal, kecuali hari ini, saat ini. Sedang esok hari, hidup pun kita belum pasti.


Bila menutup aurat? Bila bertaubat? Bila meninggalkan riba? Bila mencampakkan hukum selain dari hukum Allah? Bila memperjuangkan sempurnanya Islam dalam naungan Khilafah? Sekarang. Jangan menunggu mati. Sebab setelah mati, tidak ada kesempatan lagi.


Sebelum berpuasa, sahurlah. Sebelum mati, berbekallah.


The MoveTivator.
Blog: abayabuhamzah.blogspot.com.
Facebook & Fanpage: Abay Abu Hamzah.
Twitter: @abayabuhamzah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://juslemon-justembikai.blogspot.com/2013/07/sahur-untuk-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Isteri Mengatasi Masalah Suami Mati Pucuk

5 Cara Isteri Mengatasi Masalah Suami Mati Pucuk

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 448 hits
Gambar hiasanMasalah mati pucuk memang sangat ditakuti terutamanya di kalangan lelaki Ia bukan saja memberi kesan kepada si lelaki malah juga kepada pasangannya Masalah ini seringkali terjadi di kalangan lelaki yang berumur sekitar 50an ke ...
5 Pengakuan Berani Mati Pasangan Yang Pernah Curang

5 Pengakuan Berani Mati Pasangan Yang Pernah Curang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 100 hits
Kenapa pasangan anda curang Pasti ada sebab di sebaliknya Mungkin ianya berpunca daripada sikap pasangan anda orang ketiga atau mungkin berpunca dari anda sendiri Berikut merupakan pengakuan pengakuan dari mereka yang pernah berlaku curang ...
Tragedi Kebakaran Jalan Gajah Mati Kota Bharu Menyayat Hati

Tragedi Kebakaran Jalan Gajah Mati Kota Bharu Menyayat Hati

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 179 hits
Angkatan Wanita Amanah Kelantan melahirkan rasa dukacita dan berempati dengan mangsa kebakaran Jalan Gajah Mati Kota Bharu yang berlaku malam semalam Ketua AWAN Kelantan Dr Hafizah Mustakim mengucapkan takziah kepada kesemua mangsa kebakara...
Cara Menjaga Pokok Kaktus Agar Tidak Cepat Mati

Cara Menjaga Pokok Kaktus Agar Tidak Cepat Mati

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 361 hits
Cara Menjaga Pokok Kaktus Kaktus dikenali sebagai tanaman hiasan yang memerlukan penjagaan yang minimum Namun begitu kaktus masih yang memerlukan perhatian khusus agar dapat membesar dengan baik dan panjang umur Pemilik kaktus mesti tahu be...
Anak Kelar Leher Ibu Sampai Mati Sebelum Maut Digilis Lori

Anak Kelar Leher Ibu Sampai Mati Sebelum Maut Digilis Lori

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 270 hits
The ReporterSarah Jon warga emas berusia 70 tahun ditemui maut akibat dikelar di bahagian leher di kediaman mereka di Kampung Batu 5 hari ini Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata mayat mangsa ditemui terle...
Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Ah Long Mati Ditetak Depan Anak

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Ah Long Mati Ditetak Depan Anak

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 224 hits
Menurut polis suspek lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada 6 30 petang semalam PETALING JAYA Seorang lelaki di Jenjarom Shah Alam ditahan petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang Ah Long akibat ditetak dengan ...
Muafakat Nasional Mati Dijulang

Muafakat Nasional Mati Dijulang

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 237 hits
Bagaimanapun menurut Zahid pimpinan PAS tampak tidak berminat memenuhi ketetapan Muafakat Nasional kerana mahu bersama BERSATU walaupun terpaksa menggunakan logo PERIKATAN NASIONAL Sementara itu menurut Presiden PAS jika terjadi pertembunga...
T21h20 Sourcetree Mati Semasa Klon Projek Baru

T21h20 Sourcetree Mati Semasa Klon Projek Baru

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 160 hits
Dua hari lalu mula dapat kerja sekolah baru kali ini berkaitan dengan ekosistem perniagaan pembalakan di Sarawak Tedi pun mula mendapatkan capaian kepada semua sumber yang ada termasuk kod sumber Tetapi kali ini ada masalah di mana SourceTr...
Anjing Gigit Jiran Sampai Mati Siwon Super Junior Mohon Maaf

Anjing Gigit Jiran Sampai Mati Siwon Super Junior Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 149 hits
Choi Siwon sedang menjadi perbualan hangat di media sekarang ini gara gara anjing peliharaan keluarganya menyebabkan kematian seorang jiran Anggota kumpulan Super Junior itu tidak menyangka gigitan anjing tersebut menyebabkan jiran yang jug...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Persediaan Awal Haji

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat