Sah Kerajaan Warisan Sabah Tumbang Aku Tanya Pie Apa Khabar



Secara rasmi mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman mengumumkan beliau sudah mempunyai bilangan ADUN yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Warisan Sabah dan seterusnya menyingkirkan Shafie Apdal dari kerusi Ketua Menteri Sabah.
"Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah swt kerana akhirnya dengan izin Tuhan, ingin memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah di bentuk bersama dengan ADUN dari pelbagai parti".
"Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB TS Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru," jelas Musa Aman.
Menurut Musa, ADUN yang akan bersama-sama beliau membentuk kerajaan baharu itu datang daripada Warisan, PKR, PPBM dan UMNO.
Antara ADUN dari parti pemerintah yang dilihat berada di rumah Musa adalah Datuk Hamis Samad (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung), Kenny Chua (Inanam), Datuk Muis Picho (Sebatik) dan Datuk Bolkiah Ismail (Pitas).
"Tuan Yang Terutama telah meminta saya mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka".
"Saya telah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka  menyokong gabungan baharu yang saya ketuai", jelas Musa.

Ini bermakna blok pembangkang yang sebelum ini hanya mempunyai 20 kerusi DUN, kini sudah mempunyai sekurang-kurangnya 31 kerusi DUN untuk mendapatkan majoriti mudah bagi menumbangkan Kerajaan Warisan Sabah.
Jumlah ADUN di Sabah ialah 65 tetapi 5 ADUN yang dilantik itu tidak layak untuk menyatakan sokongan sama ada untuk mempertahankan atau menumbangkan Kerajaan Warisan Sabah.
ADUN yang dilantik ialah Wilfred Madius Tangau (UPKO), Lorreto Padua Jr (Warisan), Terrence Siambun (Warisan), Jaffari Walliam (PKR) dan Stephen Wong Tien Fatt (DAP).
Namun kerusi ADUN yang disandang oleh Stephen telah kosong kerana beliau telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 28 Mac 2019 (BACA DI SINI).
Spekulasi mengenai angin perubahan kerajaan negeri di Sabah menjadi semakin hangat bila Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad bin Alamin membuat kenyataan di lobi parlimen mengenai kemungkinan berlakunya perubahan pada Kerajaan Negeri Sabah.
Laman blog ini juga ada menyiarkan mengenainya (BACA DI SINI).
Sebenarnya pergolakan politik di Sabah telah bermula sebelum Hari Raya Aidilfitri lagi tetapi ianya menjadi semakin meruncing pada akhir bulan Jun 2020 (BACA DI SINI).
Kegelojohan Shafie mendaki karier politik terserlah bila keadaan politik Sabah dan Warisan yang beliau terajui bergolak tetapi beliau sibuk melobi untuk menjadi Perdana Menteri (BACA DI SINI).
Pergolakan politik Sabah berpunca dari kegagalan Warisan di bawah pimpinan Shafie untuk mentadbir Sabah dengan baik.
Malah Warisan sering dilihat lebih berpolitik dari menyelesaikan masaalah rakyat di Sabah.

Warisan juga sering menimbulkan kemarahan rakyat Sabah melalui dasar-dasar mereka terutamanya dalam isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang terlalu banyak 'dianugerahkan' kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI), terutamanya dari Filipina (BACA DI SINI) dan (DI SINI).
Jadi tidak perlu menuding jari kepada sesiapa akibat kejatuhan Kerajaan Warisan Sabah, kerana ianya berpunca dari kegagalan dan kelemahan sendiri.
Janganlah pula Shafie mainkan isu kerajaan tebuk atap atau kerajaan pintu belakang kerana tertubuhnya Kerajaan Warisan juga adalah dari cara yang sama, malah lebih menjijikkan.
What goes around comes around!!!


Sumber :
Suara.TV

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://theunspinners.blogspot.com/2020/07/sah-kerajaan-warisan-sabah-tumbang-aku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warisan Tumbang Musa Aman Ambil Alih Kerajaan Negeri Sabah

Warisan Tumbang Musa Aman Ambil Alih Kerajaan Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 837 hits
Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman hari ini mengumumkan telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli Dewan Undangan negeri itu Beliau berk...
Selepas Kedah Kini Giliran Kerajaan Warisan Sabah Tumbang

Selepas Kedah Kini Giliran Kerajaan Warisan Sabah Tumbang

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 283 hits
Karier politik Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah dikhabarkan sudah hampir ke penghujung jalan Ahli Parlimen Kimanis yang juga Ketua Bahagian UMNO Kimanis Datuk Mohamad Alamin berkata kerajaan Sabah kini semakin pincang termasuk Presi...
Kerajaan Tebuk Atap Warisan Sabah Tumbang

Kerajaan Tebuk Atap Warisan Sabah Tumbang

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 247 hits
BEKAS Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengumumkan memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Sabah yang baharu Dalam satu sidang media khas petang tadi beliau berkata gabungan baharu terbabit membabitkan beberapa parti iaitu Um...
Susulan Kerajaan Dap Warisan Tumbang Shapie Apdal Bubarkan Dun Sabah

Susulan Kerajaan Dap Warisan Tumbang Shapie Apdal Bubarkan Dun Sabah

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 246 hits
Oleh JebatSusulan kerajaan Katak Warisan DAP tumbang Shapie Apdal mencari jalan penyelesaian dengan meminta DUN Sabah dibubarkan sekaligus membolehkan pilihanraya negeri diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Selepas PRU14 yang ...
Kerajaan Warisan Sabah Tergugat Dengan Pembebasan Musa Aman

Kerajaan Warisan Sabah Tergugat Dengan Pembebasan Musa Aman

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 250 hits
KENYATAAN MEDIA YB BEN CHONG CHEN BIN ADUN N2 TANJUNG KAPORKUDAT Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Kapor Ben Chong hari ini sekali lagi menyatakan pendirian beliau akan terus kekal bersama Parti Warisan Sabah Kenyataan ini sekaligus menafi...
Usaha Rampas Kerajaan Warisan Sabah Gagal Dun Bubar

Usaha Rampas Kerajaan Warisan Sabah Gagal Dun Bubar

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 342 hits
NOTA PETANGPEMBUBARAN DUN Sabah menyelamatkan kerajaan Shafei daripada ditumbangkan seperti mana kerajaan PH di peringkat Persekutuan Kemelut politik Sabah meruncing sehari dua ini apabila Musa Aman berjaya mendapat sokongan beberapa orang ...
Amanah Suggests Allies Use Warisan Logo In Sabah Election

Amanah Suggests Allies Use Warisan Logo In Sabah Election

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 471 hits
nbsp KOTA KINABALU Parti Amanah Negara today proposed that political parties aligned to Parti Warisan Sabah use the Warisan logo to contest in the coming Sabah state election National Amanah Youth communication director Khairuddin Daud sugg...
Upko Pecat Adun Sokong Musa Rampas Kerajaan Sabah

Upko Pecat Adun Sokong Musa Rampas Kerajaan Sabah

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 290 hits
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu memecat Naib Presidennya yang juga Adun Paginatan Abidin Madingkir kerana menyokong bekas ketua menteri Musa Aman untuk menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Warisan Keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi ...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penstrukturan Semula Kwsp 2024

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls