Saat Dia Sudah Tiada
Hari yang hebat!!! Kita semua mesti kelihatan hebat. Kita bagus! Memang kita bagus! Kalau kita tak puji diri kita, siapa lagi? Nak harapkan orang puji, mana maunya tambah lagi kalau kita ini dianggap zero. Namun, anggapan orang terhadap kita atau pandangan orang pada kita itu tidak penting lagi, apa yang sangat-sangat penting adalah pandangan ALLAH pada kita. Elok ke? Baik ka? Nak tunggu orang cakap baik, payah, tapi kalau ALLAH, Dia sentiasa ada dengan kita cuma kita ni jangan lupa online dengan-Nya dalam 5 waktu sehari semalam. Itu WAJIB! Apa? Lupa taliannya? ini dia 24434 ya. Jangan cakap saya tak pesan, saya dah beritahu tu
Dalam kehidupan kita ni akan jadi zero jika itu tiada. Sememangnya kita manusia biasa mudah lupa tapi kalau orang disekeliling kita pun buat tak tahu aje, maknanya itu apa? Kita ni tak penting. Nak anggap penting mudah aje. Letakkan diri kita ni di tempat yang sepatutnya
Begini maksud saya, letakkan diri kita pada tempat yang baik, bila kita jadi kawan, jadilah kawan yang baik. Nak buat baik ni sebenarnya tak susah, nak buat jahat pun lagilah tak susah cuma baik atau jahat pasti ada balasannya, cepat atau lambat je
Ada orang yang kaya, tapi dia banyak tipu daya. Ada yang miskin harta, sudahlah miskin ditambah lagi miskin budi bahasa. Begitu juga dengan yang berharta tapi tak ada rasa hormat, selalu pandang rendah pada orang lain pun tak bererti juga. Memang susah nak cari yang kaya, kaya budi bahasa banyak pula sedekah amal jariahnya, dan yang miskin harta tetapi kaya dengan ilmu dan jiwa serta hormat orang, di sekeliling pun tetap malu padanya. Malu dengan kebaikkan yang diperlakukan. Ini tak, ada yang bodoh sombong, tegur sikit dah melenting, ada juga yang tak reti menegur macam-macamlah, bila sentuh bab ni sampai 10 ribu patah perkataan pun tak habis
Bila dah rindu, tengok gambar pun jadi. Kawan-kawan penghibur kala duka dan suka adalah kawan yang datang mungkin sekali dalam hidup kita. Bila ia pergi menjauh, rindu kita sukar terlunas lagi. Hanya doa dapat dipanjatkan agar segalanya dipermudahkan. Apa yang kita lalui sekarang adalah dari apa yang kita pelajari dari masa silam. Baik pengalamannya maka indahlah perjalanan, jika buruk pengalaman maka banyaklah pengajaran yang kita simpan. Pokoknya, sejauh mana kita menghargai erti sebuah kehidupan itulah yang menjadi tunjang.
Sudi-sudilah berkawan dengan sesiapa sahaja kerana kita diciptakan bukan untuk mencari perbezaan atau menjauh dari kesamarataan tetapi kita hidup untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. Yang paling UTAMA, reti respect orang. Jangan anggap kita sempurna sedangkan orang lain tidak. Itu tak betul. Anggap sahaja kita kurang upaya tetapi tidak kosong ilmu di dada. Usah kita menyesali saat hilang kawan yang baik kerana ia cuma dipinjamkan seketika untuk kita. Jadilah kita yang sepatutnya. ^_^
Bergambar kenangan dengan sahabat maya dari Brunei,
luang masa di Genting Highlands. (2007)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rashidsalim.blogspot.com/2016/10/saat-dia-sudah-tiada.html