S Nurhaliza X Tunda Konsert Kerana Amal Inikah Kebajikan
Siti menghormati pandangan Mufti Pulau Pinang, Wan Salim dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan diberikan. - Foto IG Siti Nurhaliza
(I). KL, Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak berhasrat menunda Konsert Sebuah Epitome:
Saya Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac depan meskipun terdapat gesaan untuknya berbuat demikian.
Siti berkata, keputusan meneruskan konsert anjuran Yayasan Nurjiwa itu disebabkan acara itu lebih kepada berbentuk amal, bukannya berasaskan keuntungan semata-mata.
"Izinkan kami untuk sekali lagi menjelaskan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza bukan dianjurkan atas kepentingan perniagaan dan keuntungan.
"Yayasan Nurjiwa adalah badan amal ditubuhkan sejak 2006.
"Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza sering menyebut tujuan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza adalah untuk mengutip dana Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza adalah untuk mengutip dana bagi menampung lima kluster iaitu Kebajikan, Kemanusiaan, Keagamaaan, Pendidikan dan Bantuan Khas Palestin.
Tambah Siti, alasan lain menyukarkan untuk menangguhkan konsert adalah faktor ketiadaan tarikh ganti yang sesuai.
"Sejak mula diberikan tarikh penganjuran konsert oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional, Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza sedia maklum tarikh 9 Mac 2024 menghampiri 1 Ramadan.
"Kami di Yayasan Nurjiwa diberitahu oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional bahawa 9 Mac sahaja tarikh kosong yang ada untuk sepanjang 2024 yang boleh ditawarkan.
"Untuk pengetahuan semua, kami sudah mula membuat tempahan dengan Perbadanan Stadium Nasional sejak awal 2023 lagi, namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat dilaksanakan.
"Kami mohon penangguhan dengan mendapatkan tarikh baharu," jelas penyanyi lagu Romansa Kita ini.
Bagaimanapun, penyandang trofi Anugerah Seri Perak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2012 itu menghormati pandangan mufti dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan diberikan.
"Yayasan Nurjiwa secara khususnya dengan penuh keinsafan dan berlapang dada menerima gesaan dan teguran beliau (mufti).
"Keprihatinan dan pandangan beliau amat kami hormati dan hargai. Terima kasih," ungkap Siti.
Pada 8 Januari lalu, Siti mengumumkan secara rasmi penganjuran Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil.
(II) Israel perlu benarkan penduduk Gaza pulang ke rumah. Ini juga bukan kebajikan..
Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan dan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi (kanan) berjabat tangan ketika mengadakan sidang media di Amman, Jordan. - Foto REUTERS
Di,AMMAN, Jordan, AMMAN: Israel sepatutnya membenarkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza pulang ke rumah masing-masing.
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi memberitahu bahawa Israel sepatutnya membenarkan penduduk Palestin untuk pulang ke rumah mereka.
Bercakap pada sidang akhbar dengan Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan di Amman, Safadi juga berkata adalah penting untuk menamatkan perang di Gaza dan mengelakkan peningkatan keganasan yang lebih luas di rantau itu.
"Berkait keadaan semasa yang jelas adalah, menamatkan pencerobohan di Gaza, membenarkan bantuan kemanusiaan secara tetap yang mencukupi ke semua bahagian di Semenanjung Gaza, iaitu selatan dan utara.
"Kemusnahan juga perlu dihentikan dan mengembalikan penduduk Gaza yang terlantar ke tempat mereka," katanya.
Kumpulan bersenjata yang disokong oleh Iran melancarkan serangan di Lubnan, Syria, Iraq dan Yaman sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin. - REUTERS
Komen Weblog Ibnu Hasyim: S/Nurhaliza X tunda konsert kerana amal? & Inikah kebajikan?
Mengapa kedua-dua perkara di atas (I & II) disangsikan 'kebajikan'nya?
Kerana: (I) S/Nurhaliza tidak berhasrat menunda konsertnya. Sedang kita sesama Islam bersaudara, cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga. Di Palestnn umat Islam dibunuh baramai-ramai termasuk wanta dan kanak-kanak, dirampas tanah dan rumah nya. Dijajah secara besar-besaran. Kita tak terasa apa-apa? Seniman yang tiada perasaan seninya.
Kerana: (II) Kononnya Israel sepatutnya membenarkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza pulang ke rumah masing-masing.
Begitulah, cara fikir orang yang kepala otaknya sudah dijajah. Sepatutnya penjajah pembunuh, perompak, penyamun Israel/AS dan baruanya wajib dilayan seperti yang dilakukan oleh HAMAS. Bahkan kini orang bukan Islam, negara dan rakyat bukan Islam mula menyokong kebenaran Islam atau HAMAS. Al-hamdulillah!
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.
Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir..
1. S'pura kutuk HAMAS. DAP,/PAP/S'pura/Israel sama?2. Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP ...3 .Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...3. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?5. Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..6.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++7. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..8. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?9. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...10. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..11. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...12. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2024/01/snurhaliza-x-tunda-konsert-kerana-amal.html