Ruu Bahan Khayal Digubal Tangani Ketagihan Gam Dr Wan Azizah


THE MALAYSIAN TIMES 

PUTRAJAYA: Rang Undang-undang mengenai bahan khayal akan digubal bagi menangani penyalahgunaan bahan seperti gam dan ubat-ubatan psikotropik dalam kalangan remaja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata gejala ketagihan gam menjadi masalah sosial yang meruncing apabila ia melibatkan kanak-kanak seawal usia 10 tahun yang akhirnya memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka.

“Bahan khayal termasuk (ubat-ubatan) psikotropik dan gam tidak dikategorikan sebagai bahan haram, tetapi anda boleh membuat campurannya dan menjadi khayal.

“Ia sebenarnya memberi kesan kepada otak terutamanya kepada golongan muda seawal usia 10 tahun,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah di Perdana Putra, di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dan P. Waytha Moorthy.

Ditanya sama ada rang undang-undang itu akan turut memasukkan hukuman bagi pesalah, Timbalan Perdana Menteri berkata buat masa ini ia masih dalam peringkat draf.

“Aspek punitif dan pendidikan akan dimasukkan dalam draf itu… kami masih menelitinya,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata jawatankuasa itu turut bersetuju supaya akta berkaitan akan dipinda bagi memasukkan kesalahan menanam ketum tanpa kebenaran.

Tanpa menyatakan akta tersebut, beliau berkata mengikut peruntukan undang-undang, bahan mitragynine yang terkandung di dalam pokok ketum tersenarai dalam Jadual Ketiga, Bahan Psikotropik, Akta Racun 1952 yang mengawal import, eksport, pembuatan, penjualan, dan lain-lain bahan psikotropik.

“Sebagaimana sedia maklum, penanaman ketum buat masa ini dibenarkan manakala menjadi kesalahan apabila ia dituai dan dijual,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata jawatankuasa turut bersetuju untuk mengeluarkan Seksyen 8 dan 9 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 daripada Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang Yang Tak Diingini 1969.

“Ini supaya penagih dadah yang telah menjalani pemulihan secara sukarela tidak didaftarkan di dalam pendaftaran jenayah,” katanya.

Menurutnya, cadangan itu adalah berdasarkan keperluan untuk menghilangkan stigma kepada penagih dadah yang sudah pulih, membolehkan bekas penagih di bawah seksyen berkenaan memperoleh peluang pekerjaan, dan memberi peluang kepada mereka menjalani kehidupan baharu serta berfungsi dalam masyarakat.

Selain itu, katanya jawatankuasa mencadangkan agar insentif yang ditawarkan kepada majikan yang mengambil bekas banduan untuk bekerja turut diperluaskan kepada majikan yang mengambil bekas penagih dadah untuk bekerja.

“Hasil kajian menunjukkan kadar pemulihan akan lebih baik sekiranya klien (bekas penagih dadah) mempunyai pekerjaan untuk meneruskan kehidupan bagi menyara diri mereka dan keluarga,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata program Perangi Dadah Habis-habisan (PDH) yang dilaksanakan sejak 2016 dipergiatkan di 178 kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi dadah.

Katanya jawatankuasa turut mempertimbangkam secara serius cadangan mengadakan perintah berkurung bagi remaja di bawah 18 tahun bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gejala dadah seperti yang dilaksanakan di Iceland.

Dr Wan Azizah berkata Malaysia boleh mengikut model yang dilaksanakan di negara itu, namun pelbagai perkara perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Apabila ada perintah berkurung ibu bapa tahu mereka berada di mana dan mencegah banyak insiden dadah,” katanya.–Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/ruu-bahan-khayal-digubal-tangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Firm Linked To Brother Of Ex Th Boss Questions Wan Azizah S Denial Over Launch Speech

Firm Linked To Brother Of Ex Th Boss Questions Wan Azizah S Denial Over Launch Speech

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 424 hits
Rashid Hasnon with the Xiddig Cellular Communications chairman Abdul Rashid Abdul Rahim at the company s event today PETALING JAYA A communications firm involved in a multi billion network infrastructure project has defended itself against ...
Jangan Pinggirkan Wan Azizah

Jangan Pinggirkan Wan Azizah

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 411 hits
Pertama sekali PKR sendiri pinggir dan singkir Wan Azizah sebagai Presiden untuk memberi laluan kepada Anwar Sekaligus tidak memberi peluang kepada Azmin selaku Timbalan Presiden untuk naik pangkat pelawa pun tidak Anwar naik ikut pintu bel...
Wan Azizah Akui Ph Sukar Rampas Cameron Highlands Daripada Bn

Wan Azizah Akui Ph Sukar Rampas Cameron Highlands Daripada Bn

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 382 hits
Wan Azizah Wan Ismail berkata PH sukar memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands kerana BN menggunakan sentimen Orang Asli PUTRAJAYA Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui Pakatan Harapan sukar merampas kerusi Parlimen Cameron Highl...
Pakatan Sukar Menang Di Prk Cameron Highlands Kata Wan Azizah

Pakatan Sukar Menang Di Prk Cameron Highlands Kata Wan Azizah

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 438 hits
Pakatan sukar menang di PRK Cameron Highlands kata Wan Azizah Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 13 Jan
Wan Azizah Rayu Orang Asli Undi Ph Dan Lupakan Bn

Wan Azizah Rayu Orang Asli Undi Ph Dan Lupakan Bn

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 376 hits
Timbalan Perdana Menteri dan Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menggesa komuniti Orang Asli untuk mengundi PH dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands pada hari Sabtu untuk memperbaiki nasib penduduk pr...
Tpm Wan Azizah Luahkan Rasa Sedih Dan Ini Sebabnya

Tpm Wan Azizah Luahkan Rasa Sedih Dan Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 411 hits
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesedihannya susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di Pertuan Agong hari ini Kerajaan menghormati keputusan Sultan Muhammad V yang meletakkan jawatan sebagai Ya...
Wan Azizah Turun Berkempen Guna Kereta Sendiri

Wan Azizah Turun Berkempen Guna Kereta Sendiri

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 375 hits
1 Nik Abduh seru pengundi Pas sokong calon BN 2 Bersih gesa MB Pahang jelaskan ucapan ancaman pada pengundi 3 Ku Nan kekal pengakuan tak salah terima rasuah RM2 juta 4 Agong baharu diketahui esok SinarPM SinarTV SinarHarian
Wan Azizah Mengadakan Lawatan Rasmi Ke Thailand

Wan Azizah Mengadakan Lawatan Rasmi Ke Thailand

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 330 hits
nbsp nbsp Foto oleh Bernama BANGKOK Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kini sedang dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Thailand mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Jeneral Prayut Chan o cha ...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia