Ruu 355 Pas Perlu Usahakan Elak Ditanam Di Jirat


ULASAN

DALAM satu forum di Dewan Perniagaan Cina di Petaling Jaya dua tiga tahun lepas, dimana saya sebagai salah seorang ahli panel diajukan pertanyaan oleh seorang peserta berkenaan Hukum Hudud Pas. Penaya itu bertanya sejauh manakah ilitizam Pas untuk melaksanakan Hukum Hudud. 
Penanya itu seperti seorang yang ragu-ragu dengan Hudud. Beliau ajukan pertanyaan itu bagi kepastian apakah Hudud benar-benar akan dilaksanakan, sebab ia telah jadi momokan kepada bukan Melayu. Penanya itu seperti bimbang pembangkang (PH ketika itu Pas masih bersama) akan ditolak rakyat sekiranya Hudud dilaksanaan.

Saya menjawab dengan memberi pandangan peribadi saya, bahawa Hudud tidak akan dilaksanakan. "Saudara dan sesiapa yang takut dengan Hudud, jangan bimbang ia tidak akan dilaksanakan oleh Pas, yakinlah." Saya tidak mengulas panjang lebar kenapa saya berkata begitu, cuma yakin dengan segala pemasalahan, seni siasah dan tentangan ia tidak akan jadi realiti. Bagi saya Hudud adalah modal politik Pas semata-mata. 
Pas tidak ada kekuatan untuk berlawan dengan penentang undang-udang Islam itu. Hudud hanya dijadikan modal sahaja yang menjelma setiap kali pilihan raya. Bagi mereka yang sudah arif dengan perangai Pas sebenarnya tidak pun perlu takut dengan Hudud. 
Main-main.Ternyata sehingga ini Pas nampak main-main sahaja dengan Hudud dan cuba mencari justifikasi untuk tidak melaksanakannya. Kenapa saya berkata begitu, perhati dan fahamkan jawaban yang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Ahmad Marzuk Syaari ketika menjawan soalan lisan daripada wakil Tanpin, Hasan Baharom di parlimen dua tiga hari lepas. 
Hasan bertanya, apakah kerajaan berhasrat untuk membentang RUU 355 kali kedua dan jika ia macam mana pelaksanaanya. Pertanyaan Hasan itu tentulah menadangkan Pas kini menjadi sebahagian daripada kerajaan yang mana tidak melalui kesukaran untuk meneruskan RUU 355 itu

Apa jawab Marzuk; cadangan ini memerlukan pertimbangan dan penelitian menyeluruh supaya ia selaras dengan perlembagaan negara. 
Jawaban itu memang perfect sesuai dengan realitinya dan nampak cerdik. Tetapi dalam masa sama ia nampak sebagai helah untuk tidak melaksanakannya. Jawaban itu seakan Pas membuka pelikatnya di tepi sungai. Ini kerana masalah (halangan) itu sebelum ini tidak pernah diambil kira oleh pihak Pas semasa wakilnya membentang usul itu di parlimen April 2017. Walaupun, masalah itu sudah ditimbulkan oleh pakar undang-undang agar Pas mengambil kira percanggahan itu, tetapi ia tetap juga dibawa. PH ketika itu berkali-kali meminta Pas berbincang dahulu dengan gabungan itu sebelum ia dibawa ke parlimen. 
Tetapi Pas berdegil tidak mempedulikan segala saranan dan nasihat, mereka tetap juga mengemukakan RUU 355 ke parlimen.  
Hari ini alasan dan masalah sama dijadikan alasan oleh kerajaan untuk tidak berhasrat membentang usul itu sekali lagi. Sebab tulah jawaban Marzuk itu dijadikan batu lastik oleh para netizen untuk melastik dan mengejek Pas

Di sinilah maka timbul persoalan apakah Pas serius dengan RUU 355 itu atau main-main dan sekadar menjadi toys, macam tikus-tikus plastik yang diberikan kepada anak kucing. Kucing melambung-lambung anak tikus plastik itu tetapi tidak pun boleh dimakan dan diajak berlawan dengannya. Begitukah? 
Dengan melihat sikap Pas itu dan bertolak daripada itu maka tindakan Pas membawa RUU 355 dalam sesi parlimen lepas hanya sebagai satu ujian dan perangkap semata-mata yang bermotif politik bukan bertolak daripada perintah Allah yang digementarkan. Kenapa dikatakan begitu, kerana Pas seakan mahu memerangkap mana-mana wakil rakyat beragama Islam di pihak pembangkang dalam PH dengan RUU 355 itu. Atau lebih tersurat lagi sebagai alasan untuk tidak bersama PH apabila cadangan itu (Hudud) ditentang oleh DAP.  
Pas ada strategi di sebalik pembentangan usul RUU 355 itu untuk memerangkap pembangkang (PH) dan sesiapa sahaja yang menolaknya. Pas mahu mengecap sesiapa menolak RUU 355 sebagai menolak Hukum Tuhan yang dikira berdoa. Itu motifnya. 
Sebelum ini Pas bukan main lagi menggerakkan kempen sampai mengadakan himpunan RUU 355 di Padang Merbuk Kuala Lumpur untuk mempengaruhi rakyat bersamanya. Lebih teruk lagi disebarkan di tazkirah oleh para ustaz "Becat" Pas kononnya menolak RUU 355 itu menolak hukum Tuhan, yang hukumnya berdosa dan jika mati wajar ditanam di Jirat

Itulah tujuan Pas sebenarnya. Dan kenapa Najib Razak sebagai perdana menteri ketika itu ikut menyokong adalah menumpang sejemput untuk melepaskan diri daripada dikatakan menentang Hudud. Umno sebelum ini dikenal pasti parti yang menentan hukum Hudud. Saya tidak melihat Najib ikhlas menyokong Hudud

Bagi Najib dengan berbuat demikian beliau dilihat seorang menerima RUU 355 dan dalam masa sama terlepas dengan dosa dan terselamat ditanam di Jirat seperti dihukumkan para ustaz "Becat" Pas

Merujuk kepada jawaban Ahmad Marzuk itu menunjukkan RUU 355 itu sebuah sandirawa yang dimainkan pada siang hari atau permainan wayang kulit tidak menggunakan kelir, menyebabkan bentuk, material, huduhnya wajah Pak Dogol, Wak Yah, Wak Long yang dibuat daripada belulang kering itu nampak jelas mengerutu. Mungkin bau yang hamis juga tersumbat ke dalam hidung. 
Sebab kalau Pas jujur, ikhlas dan serius, inilah masanya RUU 355 itu dibentang semula kerana Pas kini menjadi sebahagian daripada kerajaan. Pas tidak perlu lagi takut usul persendirian itu tersekat di meja speaker. Lagipun speaker baru Azhar Harun dilihat (foto) sudah mencium tangan Abdul Hadi Awang

Sekiranya RUU 355 itu diminta untuk dibahas, pastinya dibenarkah.  
Mungkin Pas masih ragu-ragu RUU 355 itu akan mendapat sokongan kerana kedudukan dalam parlimen kini berkedudukan 50 : 50. Ujian ke atas undian meluluskan pemecatan speaker mungkin dijadikan iktibar kepada Pas. Uusul pecat speaker dan diganti dengan Azhar itu hanya berkelebihan dua undi sahaja. 
Tidak mengapa Pas boleh melupai atau skip seketika tetapi seharusnya tidak berhenti setakat hari ini dengan memberi jawaban simplistik seperti Marzuk katakan itu. Pas tidak boleh bersadar dan bersanad kepada alasan perlembangaan kerana alasan itu sebelum ini tidak dihiraukan oleh Pas. Apakah sejak jadi kerajaan ini Pas sudah double standart dan menjadi anti tesisnya selama ini? 
Pas harus berusaha untuk memastikan RUU 355 itu tetap dibentang dan diluluskan kerana ia akan menjadi klimek kepada perjuangan Pas. RUU 355 ke arah melaksanakan Hudud adalah puncak perjuangan Pas yang sejak kesekian lama dicanangkan. 
Justeru dalam hal ini Pas kena berusaha ke arah itu. Salah satu cara ialah memastikan angka dalam parlimen berpihak dan cukup kepadanya. Untuk tujuan ini salah satu langkah (strategi) ialah Pas perlu memastikan wakilnya bukan setakat 18 wakil sahaja, tetapi harus ditambah. 
Saya sudah cadangkan dalam catatan sebelum ini, antara cara untuk PAS memperkasakan diri ia boleh mengajak bekas rakan-rakannya dalam Parti Amanah Negara (Amanah) seramai 11 orang itu bersama mereka. Kalau Pas ajak Amanah ia akan mempunyai 29 orang wakil

Disamping itu Pas perlu berusaha menambah 40 wakil lagi dengan bertanding di 40 kerusi parlimen pada Piraum ke 15 akan datang. Pas perlu menggunakan kedudukannya sebagai parti paling berintegriti kini, parti kedua tertua dan besar, menuntut kepada PN untuk bertanding 1/3 daripada 222 kerusi atau sekurang-kurang, 60 kerusi. 
Insya-Allah dengan membawa agenda sama (Hudud) dan bertanding di kerusi majoriti Melayu kombinasi Pas dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN), Pas akan memperolehi jumlah kerusi seperti diharapkan itu. Wajib Pas melakukan ini bagi merelisasikan Hudud demi mengelak kita semua dikambus di Jirat.  [wm.kl.6:33 pm 24/07/2020].

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/07/ruu-355-pas-perlu-usahakan-elak-ditanam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Dulu Semua Mahu Langgar Sekarang Ruu 355 Tanam Di Jirat

Pas Dulu Semua Mahu Langgar Sekarang Ruu 355 Tanam Di Jirat

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 247 hits
ZAKARIA MUSA Tiba tiba sahaja sebaik bersekongkol dan menjadi sebahagian daripada kerajaan tebuk atap yang tidak pernah mendapat mandat rakyat dalam mana mana pilihan raya Pas seolah olah menjadi rasional dan bertindak waras Pas seperti sud...
Setelah Jadi Kerajaan Tidak Bolehkah Pas Tuntut Berapi Api Ruu 355

Setelah Jadi Kerajaan Tidak Bolehkah Pas Tuntut Berapi Api Ruu 355

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 397 hits
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu berapi api memperjuangkan RUU355 sebelum ini kerana mereka adalah pembangkang ketika itu Tetapi setelah menjadi kerajaan sekarang katanya peranan Pas adalah mengemukakan cadangan...
Tiada Siapa Ke Jirat Cina Ruu 355 Digagalkan Pn

Tiada Siapa Ke Jirat Cina Ruu 355 Digagalkan Pn

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 344 hits
Dr Rozaimi Ramle Melihat gambar ini membuatkan saya teringat kenangan lama ketika saya dikatakan terkesima dengan hujah seorang pimpinan sebuah parti dalam isu RUU355 Bahkan ada pimpinan yang nak sekeh kepala orang lain kerana isu ini Ada j...
Ruu 355 Bukan Bermakna Kita Berhenti Lihat Mana Keutamaan Sekarang Kata Pas

Ruu 355 Bukan Bermakna Kita Berhenti Lihat Mana Keutamaan Sekarang Kata Pas

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 260 hits
PAS tidak pernah berhenti memperjuangkan Rang Undang Undang Mahkamah Syariah 2016 atau RUU 355 kerana itu merupakan cita cita parti itu sejak sekian lama Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bagaimanapun buat masa ini keut...
Speaker Tolak Hudud Beranikah Pas Bentang Ruu 355 Di Parlimen

Speaker Tolak Hudud Beranikah Pas Bentang Ruu 355 Di Parlimen

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 275 hits
Perlantikan Azhar Harun yang sering mengkritik perundangan syarikah yang ingin diperkenalkan Pas menimbulkan tanda tanya apakah Pas berani mengusulkan Rang Undang undang 355 selepas ini atau RUU itu akan menjadi bahan sejarah Ketua Pemuda A...
Riwayat Ruu 355 Berakhir Pas Gagal Kotakan Janji

Riwayat Ruu 355 Berakhir Pas Gagal Kotakan Janji

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 198 hits
Empat tahun berlaku sejak himpunan mahu mendaulatkan Akta 355 yang akan membenarkan Pas melaksanakan hudud di Kelantan akhirnya nasib pindaan yang pernah memecahbelahkan parti Islam itu diketahui Jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana ...
Ruu 355 Yang Jadi Mainan

Ruu 355 Yang Jadi Mainan

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 276 hits
1 Timbalan Menteri jawab nak kaji bagi selaras dengan perlembagaan RUU355 bukan hudud RUU355 adalah hal memperkasakan undang undang sedia ada supaya lebih tegas untuk orang islam 2 Kenapa perlu selaras dengan perlembagaan Koman sangat laa d...
Isu Ruu 355 Lenyap Dalam Kerajaan Pn

Isu Ruu 355 Lenyap Dalam Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 152 hits
Isu RUU 355 dibangkitkan semalam melalui soalan lisan yang dikemukakan oleh YB Datuk Dr Hassan Bahrom ahli Parlimen Tampin kepada Perdana Menteri Soalannya berbunyi Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan berhasrat membentangkan RU...
2019 Berkokok Minta Ph Laksanakan Ruu 355 2020 Tak Sesuai Lagi

2019 Berkokok Minta Ph Laksanakan Ruu 355 2020 Tak Sesuai Lagi

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 237 hits
Pada tahun 2019 lebai berkokok minta kerajaan PH bawa RUU 355 Kerajaan PH pandang positif tetapi dimulakan dengan pindaan mahkamah syariah terlebih dahulu Ertinya kerajaan PH ada usaha ke arah itu Bila kerajaan pintu belakang memerintah di ...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan