Rusuhan Kuil Ucapan Penuh Muhyiddin Dalam Parlimen



Tuan Yang Di-Pertua,

1. Saya ingin memberi penerangan kepada Dewan Yang Mulia ini tentang satu isu penting yang menarik perhatian rakyat pada masa ini, iaitu insiden pergaduhan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Siefield, Subang Jaya, Selangor pada 26 dan 27 November 2018.Terlebih dahulu saya ingin menjelaskan kronologi insiden ini.

Kronologi insiden

2. Pada 26 November 2018 sekitar jam 2.40 pagi, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield. Sejurus selepas menerima laporan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah mengarahkan semua unit yang berada di lapangan menuju ke tempat kejadian.

3. Pada jam 2.50 pagi, 4 buah MPV polis tiba di tempat kejadian tetapi telah dihalang masuk oleh sekumpulan lelaki India. Cermin belakang sebuah MPV telah dipecahkan di samping terdapat sebuah lori treler tangki diletak melintang menghalang jalan menghala ke kuil.

4. Pada jam 3.30 pagi, Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah menghubungi pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Ibupejabat Polis Daerah Serdang untuk mendapatkan bantuan tambahan anggota. Bantuan IPD Serdang dengan kekuatan seorang pegawai dan 99 anggota tiba di tempat kejadian pada jam 4.00 pagi.

5. Pada ketika itu telah berlaku pergaduhan di dalam kuil di antara kumpulan penganut agama Hindu dan kumpulan lelaki Melayu yang menceroboh kawasan kuil. Setelah tercetus pergaduhan, sebahagian daripada kumpulan lelaki Melayu ini telah melarikan diri dari kawasan kuil.

6. Sejurus selepas itu, kumpulan penganut agama Hindu telah bertindak membakar beberapa buah kenderaan yang dipercayai milik kumpulan lelaki yang mencereboh kawasan kuil. Pasukan bomba telah menerima panggilan bantuan kebakaran pada jam 4.38 pagi dan tiba di tempat kejadian 25 minit kemudian untuk mengawal kebakaran.

7. Pasukan FRU pula telah tiba di tempat kejadian pada jam 5.30 pagi dengan kekuatan 2 orang pegawai dan 201 orang anggota. Menjelang pagi 26 November 2018, keadaan di sekitar kuil telah berjaya dikawal oleh anggota polis dan keadaan kembali tenang.

8. Ekoran daripada kejadian pergaduhan ini, 3 orang lelaki Melayu dan 3 orang lelaki India telah tercedera. Seorang anggota polis turut mengalami kecederaan.

9. Keesokannya, iaitu pada awal pagi 27 November 2018, dianggarkan sejumlah 10,000 orang kaum India berkumpul di kawasan sekitar kuil. Selain merusuh beberapa buah kenderaan turut dibakar oleh kumpulan ini.

10. Anggota bomba yang berada berhampiran kawasan kuil cuba untuk memadam kebakaran ekoran rusuhan terhadap kenderaan milik bomba. Dalam kejadian tersebut, seorang anggota bomba Mohammad Adip bin Kassim telah dicederakan oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali. Beliau mengalami kecederaan serius dan telah dibawa ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.

11. Kumpulan perusuh ini juga bergerak ke pejabat One City Development Sdn Bhd. Mereka bertindak memecahkan dinding cermin bangunan, merosakkan peralatan di dalam bilik pameran dan membakar beberapa buah kenderaan.

Siasatan kes

12. Ekoran insiden ini, pihak polis telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengawal keadaan. Memandangkan insiden ini mempunyai unsur jenayah, siasatan telah dimulakan serta-merta untuk mengenalpasti pelaku-pelaku jenayah dan membawa mereka ke muka pengadilan.

13. Oleh kerana siasatan kes ini agak rumit dan memerlukan tenaga kerja yang ramai, saya ingin memaklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa sebuah pasukan petugas khas (task force) untuk siasatan telah ditubuhkan. Pasukan ini yang diketuai oleh Yang Dihormati Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, menggabungkan personel daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Kontinjen Selangor, dan beberapa daerah di Kontinjen Selangor. Operasi ini dikenali sebagai ‘Ops Seafield’.

14. Sehingga kini sebanyak 34 orang telah dirakamkan percakapan. Sejumlah besar keterangan fizikal juga telah berjaya dirampas di tempat kejadian iaitu:

(i) 21 buah kereta dan 6 buah motosikal yang dibakar;

(ii) 1 bilah pisau dan 2 bilah parang; dan

(iii) 7 pasang kasut, dan 3 vest;

15. Pihak polis juga telah menangkap 30 individu yang terdiri daripada 24 orang Melayu, 2 orang India Muslim, 3 orang India dan seorang Cina. Semua mereka telah direman dengan tempoh reman yang berlainan, sementara 5 orang individu yang baru ditangkap semalam direman pada hari ini.

16. Siasatan polis menjurus kepada isu perpindahan kuil yang menjadi punca rusuhan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pihak pemaju telah pun mendapat perintah mahkamah untuk mengambil alih pemilikan tanah sejak tahun 2014. Terdapat beberapa kali percubaan oleh pihak pemaju untuk mengambilalih tanah tersebut tetapi gagal kerana terdapat bantahan daripada kumpulan penganut agama Hindu.

17. Siasatan polis mendapati pada hari kejadian, sekumpulan lelaki Melayu yang menceroboh masuk ke dalam kawasan kuil bertindak atas arahan beberapa individu yang bekerja dengan One City Development Sdn. Bhd. Kumpulan ini telah menerima bayaran tertentu untuk tugas mengosongkan kawasan kuil bagi membolehkan kerja-kerja pengambilalihan dilaksanakan pada pagi tersebut.

18. Siasatan polis juga mendapati sejumlah RM150,000 telah dibayar kepada individu tertentu untuk melaksanakan kerja pengosongan kuil. Kumpulan lelaki Melayu berjumlah 50 orang yang menceroboh kuil pada malam kejadian didapati menerima bayaran antara RM150 dan RM300 seorang.

19. Pihak polis telah mengenalpasti beberapa individu yang memainkan peranan dalam kejadian ini dan mereka akan dipanggil untuk menjalani proses siasatan selanjutnya. Motif kejadian ini telah pun dikenalpasti dan kertas siasatan masih dalam proses untuk dilengkapkan sepenuhnya.

20. Siasatan ke atas kes pegawai bomba yang diserang pada malam 27 November 2018 juga telah dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan cubaan membunuh. Beberapa rakaman video telah diperolehi dan sedang dianalisa bagi mengenalpasti individu-individu yang terlibat dalam kejadian tersebut. Pihak polis juga telah mengenalpasti anggota-anggota bomba yang berada di tempat kejadian untuk dirakamkan percakapan mereka.

21. Selain itu, beberapa kertas siasatan lain telah dibuka. Antara kesalahan-kesalahan yang sedang disiasat ialah:

(i) Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api;

(ii) Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rusuhan bersenjata;

(iii) Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata;

(iv) Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan kawasan;

(v) Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 iaitu memiliki senjata berbahaya;

(vi) Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat; dan

(vii) Seksyen 124G Kanun Keseksaan iaitu membuat kenyataan yang boleh menimbulkan apa-apa perlanggaran keamanan.

22. Pihak polis sedang menjalankan siasatan secara profesional dengan menggunakan kaedah siasatan forensik dan saintifik sepenuhnya. Untuk tujuan ini, satu pasukan khas dari Makmal Forensik Bukit Aman telah ditempatkan di Kontinjen Selangor bagi membantu siasatan.

23. Pihak polis juga amat mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. Siasatan juga dibuat ke atas berita-berita viral bagi membantu siasatan kes di samping membuat pengesahan ke atas fakta yang dikemukakan.

Insiden jenayah, bukan perkauman

Tuan Yang Di-Pertua,

24. Saya ingin memaklumkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa insiden pergaduhan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Siefield, tiada kaitan langsung dengan isu perkauman. Ia adalah satu kejadian jenayah yang berpunca daripada pertikaian di antara syarikat pemaju One City Development Sdn Bhd dan Jawatankuasa Kuil berhubung status pemilikan tanah tapak kuil.

25. Agak malang kerana tindakan pihak tertentu yang mengupah sekumpulan lelaki Melayu untuk mencereboh dan mengosongkan kuil pada malam kejadian telah menimbulkan kemarahan penganut agama Hindu. Kerana angkara tindakan tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang inilah wujudnya keresahan dan prasangka dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara kita. Di samping itu, kenyataan-kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu juga telah mengeruhkan keadaan.

26. Saya menyeru semua pihak supaya berfikir dan bertindak secara rasional dalam menangani isu ini. Rakyat Malaysia telah mengecapi kehidupan yang aman dan harmoni sejak sekian lama. Janganlah kerana insiden jenayah yang terpencil ini kita sanggup merosakkan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

27. Bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja mengganggu-gugat keamanan dan ketenteraman awam, terutamanya dengan mengapi-apikan sentimen perkauman. Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil oleh pihak berkuasa demi mempertahankan perpaduan kaum, keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Terima kasih, Tuan Yang Di-Pertua.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/rusuhan-kuil-ucapan-penuh-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Bentang Kronologi Rusuhan Kuil

Muhyiddin Bentang Kronologi Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 200 hits
KUALA LUMPUR Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi penerangan kepada Dewan Rakyat mengenai insiden rusuhan dan pergaduhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman Isnin lalu Penerangan termasuk kronologi insiden selama kira...
Rusuhan Kuil Solidariti Anggota Parlimen Ph Bn Dan Bebas Kemuka Usul

Rusuhan Kuil Solidariti Anggota Parlimen Ph Bn Dan Bebas Kemuka Usul

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 225 hits
27 November 2018 9 02 PM KUALA LUMPUR Parlimen hari ini menyaksikan solidariti antara anggota Parlimen kerajaan pembangkang dan bebas apabila mereka senada mengemukakan usul tergempar
Polis Sudah Tahu Siapa Dalang Rusuhan Kuil Kata Muhyiddin

Polis Sudah Tahu Siapa Dalang Rusuhan Kuil Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 292 hits
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis sudah mengenal pasti individu individu yang disyaki menjadi dalang dalam rusuhan kuil Seafield minggu lalu Beliau berkata polis mempunyai maklumat mereka dan sudah mengambil tindak...
Peguam Nafi Upah Samseng Rusuhan Kuil Seperti Didakwa Muhyiddin

Peguam Nafi Upah Samseng Rusuhan Kuil Seperti Didakwa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 300 hits
Firma guaman Skrine menafikan yang peguam syarikat itu terbabit mengupah samseng hingga mencetuskan insiden kekecohan dekat kuil Sri Maha Mariamman di Selangor pada awal pagi Isnin dan semalam Rakan firma guaman itu Khoo Guan Huat dalam sat...
Pegawai Bomba Cedera Parah Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Ketika Rusuhan Kuil

Pegawai Bomba Cedera Parah Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Ketika Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 584 hits
Kami difahamkan seorang anggota bomba telah patah tulang rusuk dan mengalami paru paru berdarah selepas diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman Seafield Subang Jaya awal pagi tadi Mangsa merupakan anggota ambulans EMRS dari Balai Bomba dan ...
Doa Rakyat Malaysia Bercurahan Kepada Anggota Bomba Yang Jadi Mangsa Rusuhan Kuil Muhammad Adib Dan Tunangnya

Doa Rakyat Malaysia Bercurahan Kepada Anggota Bomba Yang Jadi Mangsa Rusuhan Kuil Muhammad Adib Dan Tunangnya

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 692 hits
Doa rakyat Malaysia bercurahan kepada anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 yang cedera parah diserang perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman USJ 25 awal pagi tadi Doa yang dititipkan di Facebook tunang anggota bomba itu Nurul Najihah ...
Rusuhan Kuil Maha Mariamman Bomba Dibelasah Kini Di Icu

Rusuhan Kuil Maha Mariamman Bomba Dibelasah Kini Di Icu

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 344 hits
foto viralANGGOTA Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman USJ25 1 pagi hari ini dilaporkan parah dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Subang Jaya Medical C...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Influencer Marketing For Businesses

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Buah Sukun 6 Khasiat Yang Tak Ramai Orang Tahu

Aepul Roza I L U Chord

Jadilah Cucu Yang Disayang