Rumahku Sepatutnya Syurgaku




Hujung minggu lepas kami nak pergi beraya ke rumah kawan yang terletak di Taman Universiti, SkudaiAlang-alang tu, singgahlah menjengah rumah lama kami yang terletak di belakang rumah kawan tu.Lagipun memang dah lama nak tengok sejak sorang anak buah kami berhenti kerja pertengahan bulan lepas.Asalnya ada dua orang tinggal kat rumah ni,Sorang kena jaga projek kat luar daerah JB,so dia dah lama tak duduk rumah tu.
Ketika sampai, bahagian car porch rumah tu bersepah dah macam bengkel motor, itu tak kisahlah,Biasalah lelaki bujang, Bila masuk bahagian ruang tamu,okey lagi,Sepah sikit-sikit takpe.Masih normal
 Tapi bila pergi ke dapur, Masya-Allah...Terkejut besar Mama Yan,Betul-betul punya terkejut,Najis tikus bersepah-sepah atas lantai di setiap penjuru penjuru dapur,Pintu dapur berlubang, jadi mungkin dari situlah tikus masuk ke dalam rumah,Masalahnya kenapa tak bagitahu kami ada masalah tikus di rumah,Kenapa biarkan?Mulut ada kan...buat hiasan aje ke?Kalau tak boleh cakap tulis la kat whatsapp..Yang penting inform..Supaya kita boleh ambil tindakan sama sama,
Tak tahulah nak cakap budak-budak sekarang,Ini bukan masalah introvert, apa anxiety, genZ lagi dah..Ini masalah bangang tak bertempat.
Hari-hari kut guna dapur tu untuk memasak dan memanaskan makanan,Boleh ya berselera makan dan memasak dengan tahi tikus bersepah sepah merata..Tak geli ke?Tak takut penyakit ke?Nasib baik tak kena penyakit kencing tikus,Kalau tidak mati katak aje... eh bukan mati katak mati tikus aje...

Ni kawasan tepi singki sebelah tong gas..Situlah tong sampah..Situlah taik tikus bersepah...
Yang ni pula belakang pintu dapur berhampiran dengan mesin basuh Pintu dah rosak kena hujan,Berlubang.Sepatutnya bagitahulah kami apa masalah yang ada...Bolehlah kita cari penyelesaian.beli racun tikus ke,perangkap tikus ke,repair atau ganti pintu baru ke...

Ini pula peti ais cuba tengok tepi peti ais
Tebal seinci dah taik tikus tu..Ni bukan hasil sebulan punya najis ni...Dalam peti ais tu taruk barang makan...Tepi peti ais... taik tebal sampai macam tu sekali..Apa ke pengotor sangat budak ni??

Yang ni pula dalam kabinet atas dapur, ada gula beberapa paket duduk situ dah bertahun-tahun takkanlah langsung tak tengok.Gula tu sampai penuh semut macam tu sekali.
Yang ni pula dalam kabinet bawah singki tak tahulah apa dah jadi kat bawah ni,Sungguh menggelikan

Nasib baiklah tingkat atas masih bersih,Mama Yan datang nak tukar sarung kusyen je sebenarnya,Tengok atas kerusi,Siap ada sekotak buah limau yang kami beri ketika sambutan tahun baru Cina,Limau tu supplier bagi banyak, jadi kami bagi staf seorang satu kotak,Boleh pulalah limau tu dia letak atas kusyen sampai busuk berair limau tu atas kusyen.Macam memang minta maki aje kan??
Sungguh tak faham.Kita bagi kerja,Kita bagi kemudahan tempat tinggal,Rumah lengkap dengan TV, peti ais, mesin basuh, dapur, tilam bantal...Kemudahan air dan elektrik percuma,Cubalah hargai dengan molek.
Entahlah tak tahu nak cakap macam mana..Kita memang tak boleh nak harapkan orang untuk menjaga harta benda kita..Ikutkan hati memang rasa nak menangis..Tapi malaslah nak bazirkan air mata..Tenang tenang aje sudah,Tapi membebel dan menulis dalam blog tu wajib la ye.Kut ada family yang nak baca...Silalah baca..Mama Yan dah buat yang terbaik untuk meladeni anak anak saudara sebelah suami ni.tapi mereka yang taknak hargai peluang.Jangan lepas ni takde peluang diberikan lagi dah...
Tengoklah hujung hujung minggu ni baru nak datang cuci rumah.Masalahnya najis tikus tu dah tak boleh sapu gitu-gitu dan mop.Perlu pakai penyodok sebab dah tebal sangat.kena cuci terus lantainya guna air dan sabun.Pinggan mangkuk pun kena humban je semua tu.
Entahlah tak tahu nak cakap apa lagiRasa terkilan dan sakit hati yang amat sangat bila peluang yang orang bagi tak dihargai langsung,Bukan setakat buat onar di pejabat,buat onar dalam keluarga, buat onar juga di rumah tempat tinggal percuma,
Dahlah malas dah nak cerita cerita makin panas jadinya.Gila!!  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2025/04/rumahku-sepatutnya-syurgaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian Harta Pusaka Datang Dengan Tanggungjawab

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan