Rumah Mungkin Diroboh Penduduk Kg Segambut Permai Buntu


ZIKRI KAMARULZAMAN



Situasi tegang timbul antara penduduk Kampung Segambut Permai apabila pihak berkuasa datang bersama jentolak untuk merobohkan rumah mereka.

Kampung Segambut Permai terletak di atas tanah persendirian yang telah dirancang dengan pelan pembangunan.

Penduduk sepatutnya mengosongkan rumah mereka, manakala 25 keluarga pula ditawarkan kediaman sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Bagaimanapun, penduduk mendakwa mereka belum menerima kunci kediaman tersebut.

Berdepan kemungkinan hilang tempat tinggal, penduduk hari ini buntu dengan bailif mahkamah untuk melaksanakan perobohan yang turut disokong pihak polis.
Bendahari Kehormat PSM, Soh Sook Hwa yang turut berada di kawasan itu  berkata, sebelum ini telah dipersetujui bahawa hanya rumah yang kosong akan dirobohkan

Bagaimanapun, kata Soh, selepas rumah tidak berpenghuni dirobohkan, penduduk diberitahu rumah mereka juga akan menerima nasib sama hari ini.

Setakat berita ini ditulis belum ada kerja-kerja perobohan dijalankan tetapi menurut penduduk, empat rumah sudah dipotong bekalan air dan elektrik, dan meter rumah mereka juga sudah dibuang.

Penduduk menambah mereka tidak menerima sebarang bayaran balik bagi deposit meter elektrik mereka, sebaliknya diberitahu untuk menuntutnya di pejabat Tenaga Nasional Berhad.

Penduduk juga mendakwa kampung itu telah diteroka oleh bapa dan datuk mereka sejak 10 tahun selepas merdeka dan mempersoalkan bagaimana tanah itu boleh dijual


Menjelaskan tentang kejadian hari ini, Anggota Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, usaha untuk mengosongkan kawasan itu telah bermula sejak zaman BN lagi

Katanya, perintah mahkamah telah dikeluarkan pada 26 September untuk perobohan itu, tetapi pemilik tanah bersetuju menangguhkan perobohan sehingga Disember, dan dalam masa itu, sebahagian penduduk telah berpindah keluar.

Pada 9 Disember, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad campur tangan, meminta masa tambahan selama dua minggu bagi membolehkan kementeriannya mengaturkan kediaman alternatif buat penduduk yang masih kekal di situ.

Hal ini turut dinyatakan dalam perjanjian bertulis yang ditandatangani Khalid sendiri.

Tawarkan tinggal di PPR selama 6 bulan
Minggu lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan memberi surat tawaran kepada 25 isi rumah untuk tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) selama enam bulan, dan mereka boleh melanjutkan tempoh tinggal di situ sekiranya memenuhi syarat dikenakan, iaitu berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Kata Yeoh, sesetengah keluarga tidak layak kerana mereka berpendapatan lebih daripada itu.

Peguam Asheeq Ali, juga berada di kampung itu petang tadi, memberitahu kepada pihak media,
bahawa 11 keluarga tidak ada menerima tawaran PPR tersebut disebabkan cara bancian lapuk yang digunakan untuk menentukan jumlah penduduk.

Bagi yang ada menerima tawaran PPR itu pula, mereka tidak gembira dengan syarat yang hanya membenarkan mereka tinggal selama enam bulan di situ.
Ketika dihubungi, Khalid berkata kementeriannya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah cuba membantu penduduk, sehingga melangkaui kapasiti yang sepatutnya

“Mereka mendiami tanah persendirian, bukan tanah kerajaan. DBKL tak perlu campur tangan, tapi kami tak sanggup (melihat) keluarga itu tinggal di jalanan kerana rumah mereka dirobohkan,” katanya.

Tambahnya, meskipun terdapat 50,000 senarai menunggu untuk rumah PPR, kementeriannya membenarkan penduduk Kampung Segambut Permai memotong giliran semata-mata bagi memastikan mereka tidak hidup bergelandangan.

Beliau turut menegaskan tiada penyelesaian tetap ditawarkan kepada penduduk, memandangkan PPR bukanlah kediaman tetap yang boleh diwariskan kepada anak cucu.

Yeoh pula berkata, meskipun pihak kerajaan telah cuba sebaik yang mungkin, pihak kerajaan tidak mampu memenuhi semua permintaan penduduk.

Yeoh juga berharap agar situasi tersebut tidak dipolitikkan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/rumah-mungkin-diroboh-penduduk-kg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khalid Saya Tak Boleh Tawar Penyelesaian Kekal Isu Penduduk Segambut Permai

Khalid Saya Tak Boleh Tawar Penyelesaian Kekal Isu Penduduk Segambut Permai

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 412 hits
REMIEZA WAHID Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menjelaskan bahawa kementeriannya tidak boleh menawarkan penyelesaian kekal buat penduduk di Kampung Segambut Permai Jelasnya bantuan seperti penempatan di unit Projek Perumahan Rakyat ...
Putrajaya Sudah Buat Yang Terbaik Bantu Penduduk Kampung Segambut Permai

Putrajaya Sudah Buat Yang Terbaik Bantu Penduduk Kampung Segambut Permai

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 590 hits
Putrajaya sudah buat yang terbaik bantu penduduk Kampung Segambut Permai Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan pada 24
Rupanya Ini Punca Rumah Orang Melayu Kampung Segambut Permai Kena Roboh Video

Rupanya Ini Punca Rumah Orang Melayu Kampung Segambut Permai Kena Roboh Video

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 570 hits
HEBOH di media sosial semalam isu rumah orang Melayu Kampung Segambut Permai Kuala Lumpur dirobohkan Pelbagai reaksi netizen menyalahkan kerajaan atas tindakan perobohan itu Namun menurut salah seorang penduduk yang telah ditemubual di kawa...
Rumah Haram Diroboh Untuk Projek Chenang 2 Di Langkawi

Rumah Haram Diroboh Untuk Projek Chenang 2 Di Langkawi

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 210 hits
Projek Chenang 2 dibuat sejak pemerintahan kerajaan terdahulu dan kini premis premis berkenaan perlu dirobohkan untuk meneruskan agenda tersebut ALOR SETAR Lebih 100 rumah yang dibina secara haram di atas tanah kerajaan di kawasan Pantai Pa...
Segambut Permai Residents Want Permanent Housing Not Transit Units

Segambut Permai Residents Want Permanent Housing Not Transit Units

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 295 hits
Nazeem Sultan Mohamed says the alternative housing units are located very far from the village and scattered all over Kuala Lumpur KUALA LUMPUR Residents of Kampung Segambut Permai are asking for permanent rent to own housing from the Kuala...
Kuala Krai Jalan Kawasan Rumah Penduduk Dipenuhi Lumpur

Kuala Krai Jalan Kawasan Rumah Penduduk Dipenuhi Lumpur

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 543 hits
KUALA KRAI Penduduk Kampung Bukit Sireh di sini hidup dalam kebimbangan setiap kali tiba musim tengkujuh apabila kawasan berkenaan juga tidak terkecuali dilanda banjir Penduduk Mohd Aziz Che Soh 61 berkata meskipun air sudah surut sejak leb...
Penduduk Dakwa Dbkl Nafi Hak Mereka Miliki Rumah Transit

Penduduk Dakwa Dbkl Nafi Hak Mereka Miliki Rumah Transit

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 456 hits
Penduduk Tamayanti Raju mengemas barang barang untuk berpindah ketika tinjauan mengenai rumah di Kampung Segambut Permai yang akan dirobohkan oleh DBKL selepas tamat tempoh mengosongkan rumah selama dua minggu di Kampung Segambut Permai Kua...
Bulldozers Loom Kg Segambut Permai Residents Gov T At Impasse

Bulldozers Loom Kg Segambut Permai Residents Gov T At Impasse

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 288 hits
Tensions were high between residents of Kampung Segambut Permai and the government as bulldozers came to demolish their homes today Kampung Segambut Permai lies on private land and a development project has been planned for the area The res...
Diterjang Angin Puting Beliung Belasan Rumah Di Jembrana Rusak

Diterjang Angin Puting Beliung Belasan Rumah Di Jembrana Rusak

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 194 hits
Tidak ada korban jiwa akibat peristiwa itu BPBD mengimbau warga agar selalu waspada terhadap bencana alam yang mungkin saja terjadi saat memasuki musim penghujan
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation