Rujuk Skim Perlindungan Perkeso Sebelum Perkenal Insurans Rahmah Getaran 22 02 2023


 

KUALA LUMPUR - Kerajaan perpaduan perlu menjadikan konsep perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai rujukan sebelum memperkenalkan skim Insurans Rahmah.
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berpendapat, skim perlindungan PERKESO adalah konsep terbaik dalam menjaga kebajikan bukan saja kepada pencarum tetapi ahli keluarga mereka jika berlaku sebarang musibah.
Menurut beliau, PPIM amat menyambut baik cadangan kerajaan untuk memperluaskan konsep Rahmah kepada sektor insurans dan perbankan tetapi bimbang jika pembayaran bulanannya di luar kemampuan golongan sasaran.
Nadzim Johan - Gambar fail

“Sebagai contoh, skim perlindungan PERKESO, ia meliputi pelbagai perkara termasuk jika berlaku musibah seperti kecederaan atau kemalangan, namun bayaran bulanannya sangatlah rendah.
“Bayaran bulanan yang rendah dengan faedah baik bukan saja menarik minat golongan miskin dan B40 untuk mendapatkan perlindungan, malah ia turut menyumbang kepada peningkatan jualan syarikat insurans terlibat,” katanya kepada Getaran.
Nadzim Johan berkata, skim perlindungan PERKESO meliputi pelbagai perkara termasuk jika berlaku musibah seperti kecederaan atau kemalangan dengan bayaran bulanan yang rendah. - Gambar oleh Sairien Nafis

Bagaimanapun, Nadzim atau lebih dikenali sebagai Tok Ki mencadangkan supaya skim Insurans Rahmah diletakkan di bawah tanggungjawab PERKESO dengan menggunakan konsep sedia ada tetapi mendapatkan peruntukan daripada pihak bank.
“Perkara ini, kerajaan kena mainkan peranan kerana syarikat perbankan mencatatkan keuntungan ratusan juta ringgit walaupun negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
“Jadi tiada salahnya jika kerajaan mengarahkan mereka untuk menyumbang kepada penubuhan skim Insurans Rahmah dan rakyat pun mendapat manfaatnya,” katanya.
Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub mengumumkan kerajaan akan memperluaskan konsep 'Rahmah' kepada sektor perbankan dan insurans dalam usaha meringankan beban ditanggung rakyat.
Menurutnya, beliau akan mengadakan perjumpaan dan membuat sesi libat urus dengan pemain dua sektor berkenaan dalam masa terdekat.
“Konsep Rahmah itu sebenarnya tidak membabitkan satu sen pun wang kerajaan kerana apa yang kita laksanakan ini adalah dalam situasi menang-menang,” katanya.
Kelmarin, Salahuddin berkata, kerajaan juga akan mempertimbang saranan supaya golongan belia diberikan perlindungan takaful dan insurans mampu milik atau Insurans Rahmah serendah RM50 dengan manfaat lebih kompetitif bagi memastikan keselamatan dan kebajikan golongan itu dilindungi.
“Saranan itu seiring dengan hasrat kerajaan yang mahu memperluas inisiatif Rahmah kepada sektor perbankan dan insurans,” katanya.
Beninder Singh - Gambar fail
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia (PPPM), Beninder Singh berkata, apa jua inisiatif yang dapat membantu mengurangkan bebanan kos sara rakyat adalah amat dialu-alukan.
Bagaimanapun, tegasnya, ia perlu dilaksanakan secara ikhlas oleh setiap syarikat insurans terlibat khusus kepada golongan miskin, B40 dan M40 sahaja.
“Kami percaya golongan yang berpendapatan tinggi kebanyakannya sudah memiliki polisi insurans.
“Golongan B40 kebanyakannya memang tak mampu membeli insurans. Kos sara hidup sudahlah tinggi, manalah orang mampu beli insurans terutamanya B40,” katanya.
Beninder berkata, pihaknya juga mencadangkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan skim insurans perubatan Rahmah dengan pembabitan klinik swasta.
“Inisiatif ini sekali gus dapat mengurangkan tekanan kepada operasi di hospital kerajaan.
“Ia juga akan memberi peluang kepada syarikat insurans untuk menjadi lebih inovatif dalam memperkenalkan pakej mampu beli. Mungkin ia dapat membantu meningkatkan jualan mereka pada masa hadapan,” katanya.


Artikel oleh:  Getaran
RUJUK SKIM PERLINDUNGAN PERKESO SEBELUM PERKENAL INSURANS RAHMAH

https://www.getaran.my/artikel/semasa/41201/rujuk-skim-perlindungan-perkeso-sebelum-perkenal-insurans-rahmah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/02/rujuk-skim-perlindungan-perkeso-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
17 02 2023 Fokus 5 45 Ahli Parlimen Kapar Pertikai Menu Rahmah Beri

17 02 2023 Fokus 5 45 Ahli Parlimen Kapar Pertikai Menu Rahmah Beri

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 172 hits
Gempar satu negara apabila anggota parlimen Kapar Halimah Ali mengaitkan Menu Rahmah dengan kebimbangan mengenai makanan berkualiti rendah yang didakwa boleh mendedahkan orang ramai kepada risiko penyakit termasuk kanser dan autisme
Belanjawan 2023 Orang Ramai Sambut Baik Inisiatif Payung Rahmah

Belanjawan 2023 Orang Ramai Sambut Baik Inisiatif Payung Rahmah

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 228 hits
Usaha itu disambut baik penduduk di Batu Gajah Perak yang menyifatkan ia antara usaha meringankan beban rakyat SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro
Umk Universiti Awam Pertama Perkenal Menu Rahmah

Umk Universiti Awam Pertama Perkenal Menu Rahmah

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 277 hits
Universiti Malaysia Kelantan menjadi institusi pengajian tinggi awam pertama di negara ini yang memperkenalkan Menu Rahmah Dengan harga RM4 90 mahasiswa boleh menikmati hidangan nasi putih pelbagai lauk pilihan sayuran dan segelas air sirap...
E Tunai Belia Rahmah Belanjawan 2023

E Tunai Belia Rahmah Belanjawan 2023

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 202 hits
Pada 24 Februari 2023 Perdana Menteri kita Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan belanjawan atau bajet negara pada tahun ini dan di antara yang telah diumumkan adalah Bantuan e Tunai Belia Rahmah Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan b...
Aktiviti Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Karnival Kerjaya Myfuture Jobs 2023 Ppim 11 02 2023

Aktiviti Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Karnival Kerjaya Myfuture Jobs 2023 Ppim 11 02 2023

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 195 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Karnival Kerjaya MYFuture Jobs 2023 anjuran PERKESO di Kuala Lumpur Convention Centre Majlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Mala...
Jawatan Kosong Perkeso Kini Dibuka Mac 2023 Mohon Segera

Jawatan Kosong Perkeso Kini Dibuka Mac 2023 Mohon Segera

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 266 hits
Jawatan Kosong Perkeso Kini Dibuka Mac 2023 Mohon Segera Makluman Perkeso berita terkini tentang kerja kosong khas kepada rakyat Malaysia Permohonan pekerjaan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong atau laman rasmi jabatan kerajaa...
Kaitan Belanjawan 2023 Program Rahmah

Kaitan Belanjawan 2023 Program Rahmah

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 199 hits
KAITAN BELANJAWAN 2023 PROGRAM RAHMAH Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi mengenai satu article yang baru saya baca di Sinar Harian Tajuk article ini ialah Antara Kenaikan Gaji dan Gaya Hidup Basically article tersebut menyatakan bahaw...
Rekaan Menarik Jersi Jdt 2023

Rekaan Menarik Jersi Jdt 2023

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 289 hits
Rekaan Menarik Jersi JDT 2023 Walaupun tak dapat ke Pelancaran Jersi Nike JDT Home Away 2023 di Stadium Sultan Ibrahim tapi Babah berjaya The post appeared first on
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik