Rose Lychee Cake Secret Recipe Punya Pasal
Assalamualaikum...
GARA-GARA nak sangat makan Kek Rose Lychee keluaran Secret Recipe, Sk mengajak Iman keluar petang Jumaat lepas, selepas kelas online nya di sebelah petang tamat. Apa tidaknya, seharian tu kerja Sk cuma tidur bangun sahaja, makan tengahari pun cuma panaskan Mee Goreng Sanggul yang sengaja Sk tinggalkan sebekas untuk rumah. Memang sejak Khamis Sk dah berangan nak makan kek tu, sampai usha di Grab Food tapi memandangkan sibuk nak ke Che Airyne Palace yang tak lalu depan SR, maka tundalah sampai hari Jumaat.
Iman tanya, nak pergi SR mana? Sk cakap, kita pergi Jusco Taman U aje, takyah jauh-jauh. Cuma nak mengopi dan mengekek aje. Lepas tu kita beli barang sikit kat aeon tu, sama jer barangnya dengan tempat lain. Jadi, bila sampai Jusco, kami terus ke SR, tengok di kaunter kek, tak ada pun kek sirap laici tu, rasa macam nak kecewa sikit. Staf SR terus carikan dalam chiller, ada sebiji kek yang belum dipotong. Sk kata, nak beli slice aje, boleh, kan. Dia mengangguk dan Sk beritahu Sk nak dine-in. Baru jer letak punggung kat kerusi, terus staf SR letakkan kek ni atas meja, haha.. tanjat kita. Memang sedap kek ni, terus teringat Kek Sirap Bandung yang Sk tempah masa birthday ibu dengan Mek Yana
Hajat nak mengopi jer tapi Iman kata, dia lapar. Perut Sk pun sama berkeruk sekali, hahaha. Kena juga makan ni, lagipun fikir punya fikir macam malas nak masak untuk makan malam sebab Pak Inche pun tak ada malam tu.
Caesar Salad, kononnya appetizer
Jenuh kunyah salad, kembang-kembang rasa kepala, hahaha. Konon diet lah tu ya, makan salad jer, hahaha
Mee Hoon Tomyam kot tak silap yang Iman order ni, sekali yang datang bukan mee hoon tapi kuey teow. Nasib Iman tak cerewet tapi dia kata kalau dapat mee kuning dia minta tukar.
Takde maknanya makan salad aje, ni haaa.. lasagna. Sebenarnya macam pelik kenapa lambat sangat dapat lasagna ni, bila Iman kata semua orang yang datang kemudian pun dah dapat makanan, Sk terus tanya dengan staf SR. Rasanya dorang lupa nak buat, lepas tu siapkan dengan kelam kabut. Tekstur lasagna tu masih belum lembut sangat dan intinya terlalu banyak, patutlah ada roti tu. jadi makanlah roti dengan inti tu, syukurrrrr selalu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/09/rose-lychee-cake-secret-recipe-punya.html