Rmk12 Tidak Wajar Diluluskan Oleh Kerajaan Darurat



Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12) tidak wajar dibentang apatah lagi diuluskan oleh kerajaan darurat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, RMK-11 yang berakhir pada tahun 2020 perlu diteruskan dengan pelan ekonomi yang dirancang dan digubal oleh kerajaan yang berwibawa, berintegriti serta memperolehi mandat rakyat.
“Wawasan 2020 berakhir tahun lepas bersama-sama berakhirnya RMK-11. Ini menjadikan RMK-12 suatu rancangan pembangunan yang penting.
“RMK-12 mestilah digubal, dirangka, dirancang dengan teliti oleh sebuah kerajaan awam yang berwibawa. Kerajaan minoriti Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Muhyiddin Yassin yang bergayut untuk terus berkuasa di bawah darurat tidak mempunyai autoriti moral membentangkan RMK-12.
“Lebih-lebih lagi RMK-12 perlu dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan. Dalam keadaan Parlimen digantung bermakna Kerajaan PN yang ada sekarang mengorbankan rancangan pembangunan lima tahun itu semata-mata untuk terus berkuasa.
“Perlu disebut bahawa Kerajaan Darurat yang menggantung Parlimen tidak ada mandat untuk meluluskan RMK-12,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, menurut Hassan, Pakatan Harapan (PH) perlu bersiap sedia merangka pelan pembangunan RMK-12 sekiranya berlaku perubahan kerajaan atau pun Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dalam masa terdekat.
“Dalam keadaan seperti ini, maka adalah tanggungjawab para pemimpin utama PH supaya tidak membuang masa dan mesti bersiap sedia mengembleng tenaga pakar ekonomi mereka untuk merangka dasar bayangan RMK-12.
“Tugas para pemimpin utama PH ialah memberi harapan kepada lebih 32 juta rakyat Malaysia. Fenomena di media sosial yang menyaksikan warga netizen meluahkan rasa tidak puas hati kepada PM Muhyiddin dan kerajaan PN tidak boleh menjadikan para pemimpin utama PH goyang kaki. Kritikan dan cemuhan terhadap Muhyiddin tidak akan boleh menjatuhkan kerajaan darurat itu dengan mudah.
“PH sekarang perlu mengemukakan apa dasar ekonomi mereka. Bagaimana peluang pekerjaan baru mahu dihasilkan bagi mengatasi masalah pengangguran lebih sejuta rakyat. Ini bukan mudah. Perlu dibentuk majlis pemikir di bidang sosio-ekonomi untuk memberi input dan nasihat kepada PH. Sekaranglah masanya menjemput golongan bijak pandai, ahli intelektual di universiti atau yang telah bersara untuk sama-sama menyelamatkan negara,” katanya lagi.
Ingatan berkenaan, kata Hassan lagi, bertujuan agar PH lebih bersedia sekiranya berjaya kembali ke Putrajaya untuk tidak mengulangi sejarah kelam pentadbiran Tun Mahathir Mohamad yang gah pada awalnya tetapi bermasalah untuk memenuhi janji politik selepas beberapa bulan berkuasa.
“Maka jangan jadi pisang berbuah dua kali seperti Perdana Menteri dari Langkawi yang terkejut kerana menang dan jadi kerajaan. Beliau ingatkan manifesto yang PH ketengahkan semasa PRU 14 itu sengaja direka untuk menabur janji kepada rakyat. Lalu PM ke-7 itu menganggap manifesto PH bukannya kitab suci. Ertinya janji manifesto boleh dimungkiri. Inilah antara punca kejatuhan kerajaan PH.
“Justeru, pemimpin PH jangan berlengah lagi mencari penyelesaian bagaimana untuk menarik kembali pelabur asing ke Malaysia, meningkatkan penarafan kewangan negara, melahirkan pekerja bergaji tinggi, memulih harga komoditi utama negara dan mengurangkan kadar kemiskinan juga jurang kemajuan antara Semenanjung dengan Malaysia Timur,” katanya lagi.
Pemimpin PH, kata Hassan, perlu memberi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kehidupan mereka dan negara akan dapat dipulihkan serta lebih baik daripada di bawah Kerajaan darurat PN sekarang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31462

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenaikkan Harga Kerajaan Akan Menyiasat Wujud Elemen Pencatutan Oleh Penjual Peranti Elektronik Atau Tidak

Kenaikkan Harga Kerajaan Akan Menyiasat Wujud Elemen Pencatutan Oleh Penjual Peranti Elektronik Atau Tidak

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 209 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kini mengatakan mereka akan menyiasat sama ada wujud elemen pencatutan atau tidak oleh penjual peranti elektronik Hal ini adalah berikutan kenaikan harga barangan elektronik pada m...
Kerajaan Pn Umum Darurat Syaitan Perlu Dipersalahkan

Kerajaan Pn Umum Darurat Syaitan Perlu Dipersalahkan

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 199 hits
ARIF ATANAhli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad tampil menyelar Datuk Seri Abdul Hadi Awang ekoran tulisan Presiden Pas itu yang bertajuk Mencetuskan Keraguan Kerja Syaitan Ketua Setiausaha Pengelola PKR itu menasihatkan adalah lebih...
Sebenarnya Darurat Telah Diisytihar Oleh 79 Negara

Sebenarnya Darurat Telah Diisytihar Oleh 79 Negara

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 257 hits
Bagaimana Hannah Yeoh boleh mendakwa Negara lain tidak perlu melancarkan darurat untuk menyelesaikan Covid dalam satu wawancara Batal Darurat Ok Atau Tak semalam sedangkan darurat telah diistiharkan oleh sekurang kurangnya di 79 buah negara...
Kerajaan Tidak Gunakan Kuasa Darurat Sebab Pihak Swasta Beri Kerjasama Lawan Covid 19

Kerajaan Tidak Gunakan Kuasa Darurat Sebab Pihak Swasta Beri Kerjasama Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 230 hits
PUTRAJAYA Kerajaan belum menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat 2021 bagi mengambil alih aset swasta berikutan kerjasama yang baik daripada sektor tersebut Ordinan Darurat memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil alih tanah banguna...
Sudah Isytihar Darurat Mengapa Kerajaan Hospital Masih Berunding Harga Rawatan Covid 19

Sudah Isytihar Darurat Mengapa Kerajaan Hospital Masih Berunding Harga Rawatan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 228 hits
Walaupun darurat sudah diisytiharkan kata PKR kerajaan Perikatan Nasional dilihat masih gagal menguruskan isu pembabitan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta untuk membantu rakyat Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung berkata dalam keadaan ...
Laman Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan Dicerobohi Oleh Malaysia Darknet

Laman Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan Dicerobohi Oleh Malaysia Darknet

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 360 hits
Baru sahaja kami terima mesej dari sebuah entiti yang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim Cyber Army di laman Instagram rasmi kami Mesej daripada mereka hanya sekadar alamat URL yang membawa kepada Laman Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan M...
Lemahnya Kerajaan Pn Melakukan Sesuatu Untuk Sekat Covid Asal Tak Beri Moratorium Dan Kwsp Tu Saja Puncanya

Lemahnya Kerajaan Pn Melakukan Sesuatu Untuk Sekat Covid Asal Tak Beri Moratorium Dan Kwsp Tu Saja Puncanya

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 245 hits
Pasar tani buka pasar malam buka kilang buka tapak pembinaan buka kedai perabot buka kedai emas buka kedai pakaian dalam mewah dan fesyen buka shopping mall buka Sampai 10 malam Sebenarnya kita buat PKP untuk apa memandangkan kes baru Covid...
Antara Muka Yang Tak Berfungsi Dalam Kerajaan Tebuk Atap Rakyat Seru Letak Jawatan

Antara Muka Yang Tak Berfungsi Dalam Kerajaan Tebuk Atap Rakyat Seru Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 274 hits
Menteri Kesihatan dua timbalan makan gaji buta January 29 2021 Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad menggesa penggantinya Dr Adham Baba dan dua timbalannya untuk mengambil tanggungjawab dalam pembuatan keputusan KKM atau mengundurkan dir...
Bila Nak Letak Kerajaan

Bila Nak Letak Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 181 hits
Norshidah Mohf Daud Masa kes tak tinggi mana dulu ramai je yang dok up muka Pengarah Kesihatan para frontliner keletihanMasing masing cam bese la dok maki PH konon punca semua niNi kes dah tinggi gila lama dah aku x nmpk post muka muka kele...
Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Cycling 9 Februari 2025

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat

Ikiru Hotel A Harmonious Fusion Of Architecture And Nature

Johor Princes Switch To Corvette For Gt Races


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Nenek Siapa Asyik Melompat Be Like

Startups Vs Established Industries

Nasi Lemak Lobster Jb

Salam Rmadhan Kareem 1446 Hijrah

Selamat Pagi 1 Ramadan Melayan Taman Kecilku

Jadual Perbandingan Berapa Langkah Perlu Berjalan Untuk Bakar Kalori Makanan Yang Anda Makan