Rmk12 Matlamat Strategi Khusus Perlu Bagi Bebaskan Sabah Daripada Kemiskinan


#RMK12: Matlamat, strategi khusus perlu bagi bebaskan Sabah daripada kemiskinan klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt) RMK-12 tumpu selesaikan isu Sabah, Sarawak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan buku 'Rancangan Malaysia Kedua Belas' (RMK12) selepas membentangkan RMK12 di Bangunan Parlimen. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan perlu menggariskan matlamat dan strategi khusus bagi membebaskan Sabah daripada menjadi antara negeri terendah dan paling perlahan pertumbuhan ekonominya serta memiliki paras kemiskinan tertinggi di negara ini menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah Dr Jain Yassin berkata pendekatan lebih strategik penting bagi memanfaatkan sepenuhnya inisiatif yang diberikan kepada Sabah dalam RMK12 serta memastikan pelaksanaannya memberi impak signifikan kepada negeri itu.


Jain optimis inti pati RMK12 secara keseluruhannya mampu membebaskan Sabah daripada label ‘negeri termiskin’, namun strategi khusus daripada perspektif Sabah bagi menyokong pertumbuhan sosioekonomi negeri perlu diberi keutamaan.

[INFOGRAFIK] Rancangan Malaysia Ke-12
“Status Sabah sebagai negeri termiskin sudah melebihi lima tahun. Justeru, isu ini seharusnya diberi tumpuan khusus dan diletakkan sebagai matlamat utama (dalam RMK12) agar objektif ditetapkan tercapai secara menyeluruh dan tidak lagi diulang dalam perancangan (RMK) berikutnya,” katanya kepada Bernama. Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan RMK12 merangkumi sembilan fokus utama antaranya merancakkan pertumbuhan ekonomi; membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan; serta melonjakkan pembangunan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri kurang membangun.


Jain, yang aktif di lapangan bagi melokalisasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) di bawah Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia, berkata Sabah berbeza dengan negeri lain dan isu kemiskinan di Sabah terlalu kompleks yang memerlukan pendekatan lebih komprehensif mengikut kawasan dan keperluan setiap daerah.

Walaupun pertumbuhan ekonomi tetap ada, namun ia berlaku perlahan dan tidak menyeluruh menyebabkan Sabah masih ketinggalan dalam pelbagai aspek infrastruktur dan perhubungan terutama luar bandar, selain pembangunan dibuat secara selektif berdasarkan keadaan geografi dan bentuk muka bumi sesebuah daerah, katanya.

“Justeru, keupayaan RMK12 untuk membebaskan Sabah daripada menjadi negeri paling akhir dalam pertumbuhan ekonomi dan kemiskinan bergantung kepada perlaksanaan serta pengagihan Belanjawan 2022-2025,” katanya yang melihat faktor geografi dan keluasan negeri perlu dijadikan indikator pengagihan belanjawan.


Sementara itu, Jain turut mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah menerusi RMK12 antaranya memperkasa pertubuhan komuniti sebagai pasukan petugas bagi melonjakkan motivasi penduduk agar menyertai aktiviti ekonomi kerana ia dilihat lebih berkesan daripada hanya menyediakan dana atau kursus tahunan.

Pushpin RMK-12 - Keluarga Malaysia - Makmur, Inklusif, Mampan
Beliau berkata usaha mencapai objektit RMK12 juga perlu melibatkan kerjasama badan bukan kerajaan merentasi kawasan luar bandar dan pedalaman; memantapkan kerjasama konsep bipartisan agar rancangan pembangunan berjalan lancar, selain menekankan inovasi sektor tradisional seperti pertanian dan perikanan.

Jain berkata pemetaan isu perlu dilakukan secara berterusan memandangkan setiap daerah di Sabah mempunyai isu ekonomi berlainan; selain memastikan semua inisiatif kerajaan dilaksanakan adalah bersesuaian mengikut keperluan agar diterima baik dan memberi impak positif kepada komuniti.


“Kemiskinan bandar di Sabah juga perlu diambil kira merangkumi kos sara hidup tinggi seperti harga rumah dan peningkatan jumlah penduduk termasuk tanpa kewarganegaraan,” katanya yang optimis Sabah akan berjaya keluar daripada zon negeri termiskin apabila kadar pertumbuhan ekonominya lebih cepat berbanding negeri lain.

Beliau berkata kerajaan Sabah juga harus menggariskan pendekatan mikro dalam melaksanakan RMK12 di peringkat negeri supaya usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, yang turut menjadi agenda kerajaan negeri, dapat direalisasikan demi manfaat rakyat.

Pandangan sama turut dikongsi Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (Ekonomi) UiTM Sabah Herniza Roxanne Marcus yang berpendapat inti pati RMK12 akan menjadi pemangkin yang dapat dilaksanakan seiring dengan hala tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025.

🔹#RMK12: Pembangunan Sosioekonomi Sabah & Sarawak
Beliau berkata kerajaan Persekutuan dilihat komited menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963; selain terus membangunkan infrastruktur asas; kawal selia gas dan elektrik; pendigitalan dan keselamatan; menaik taraf jalan berturap luar bandar dan menyiapkan Lebuhraya Pan Borneo.

“Jika semua perancangan RMK12 berjalan mengikut jadual, ia bukan sahaja dapat memajukan ekonomi Sabah, malah hubungan antara sempadan seperti Kalimantan juga akan dapat diperkukuhkan dan aktiviti ekonomi lebih mudah dijalankan sekali gus menyumbang kepada peningkatan pendapatan negeri,” katanya.

Selain merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan, pertumbuhan ekonomi Sabah juga dijangka meningkat sebanyak 6.5 peratus jika perlaksanaan RMK12 berjalan lancar, katanya.

-Bernama

SOURCE: The Sun Daily

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/rmk12-matlamat-strategi-khusus-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Strategi Kemensos Percepat Penanganan Kemiskinan

Dua Strategi Kemensos Percepat Penanganan Kemiskinan

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 197 hits
Risma menyampaikan pemerintah fokus pada program untuk menekan pengeluaran keluarga miskin dan rentan seperti pengeluaran sehari hari yang menyangkut kebutuhan sandang pangan dan papan
Rmk12 Tak Begitu Ambitious Strategi Hampir Sama Rmk11

Rmk12 Tak Begitu Ambitious Strategi Hampir Sama Rmk11

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 195 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Patut fokus gaji pekerja paling kurang RM5 000 dalam 5 tahun BANGI Rancangan Malaysia ke 12 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dianggap tidak begitu ambitious untuk cuba me...
87 Kes Kematian Di Sabah Tapi Tidak Semestinya Berlaku Dalam Sehari Masidi

87 Kes Kematian Di Sabah Tapi Tidak Semestinya Berlaku Dalam Sehari Masidi

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 284 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun berkata ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar KOTA KINABALU Sabah hari ini mencatat kes kematian tertinggi iaitu se...
Sidang Dun Sabah Gamat Adun Pembangkang Bising Sesi Perbahasan Dipendekkan

Sidang Dun Sabah Gamat Adun Pembangkang Bising Sesi Perbahasan Dipendekkan

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 307 hits
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Kadzim M Yahya pada sesi pagi telah memaklumkan persidangan akan berlangsung sehingga 3 30 petang KOTA KINABALU Persidangan Dewan Undangan Negeri yang tenang sejak pagi tiba tiba bertukar menjadi tegang a...
Jangan Bawa Penyakit Di Semenanjung Ke Sabah Kata Masidi

Jangan Bawa Penyakit Di Semenanjung Ke Sabah Kata Masidi

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 256 hits
Masidi Manjun berkata beliau sendiri sering berhubung dan berbincang dengan beberapa wakil rakyat pembangkang khususnya melibatkan perkara berkaitan pengurusan Covid 19 di Sabah KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi M...
Sabah Firm On No Mykad For Undocumented Migrants

Sabah Firm On No Mykad For Undocumented Migrants

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 191 hits
Sabah firm on no MyKad for undocumented migrants Hajiji CM adds state govt will however mull helping Orang Asal obtain it Sabah government will consider helping the Orang Asal to get MyKads but not the undocumented migrants in the state Chi...
Sabah Dipertimbangkan Dapat Pusat 999 Sendiri

Sabah Dipertimbangkan Dapat Pusat 999 Sendiri

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 295 hits
Empat beranak maut dalam kebakaran rumah mereka di Penampang Sabah pada 7 September lalu KUALA LUMPUR Sistem kecemasan 999 mendapat perhatian malam ini dengan seorang menteri berkata ia akan diperbaiki susulan kematian empat beranak di Saba...
Rentas Daerah Di Sabah Akan Kembali Kepada Sistem Zon

Rentas Daerah Di Sabah Akan Kembali Kepada Sistem Zon

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 317 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun Sabah akan kembali ke sistem perjalanan pengezonan setelah mencapai vaksinasi dewasa 70 KOTA KINABALU Kerajaan Negeri Sabah akan mula membenarkan aktiviti rentas daerah selepa...
Ic Sabah Penyelesaian Terbaik Untuk Orang Sabah Yang Tidak Berdokumen Jeffrey

Ic Sabah Penyelesaian Terbaik Untuk Orang Sabah Yang Tidak Berdokumen Jeffrey

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 281 hits
Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan KOTA KINABALU Parti Solidariti Tanah Airku menegaskan bahawa IC Sabah harus dilaksanakan secepat mungkin untuk membantu menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah Presiden STAR ...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti