Rizq Kids Tawarkan My Celebrity Every Kid Born A Star Untuk Program Hujung Minggu Kanak Kanak
Kanak-kanak mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi bakat yang terpendam dan juga minat mereka yang kita tidak ketahui. Kita sebagai ibu bapa perlu prihatin serta menyokong minat mereka demi masa hadapan. Ianya sangat bagus kerana dunia sekarang telah menuju kehadapan dan kita semestinya tidak mahukan anak-anak ketinggalan dari segi pembelajaran mahupun bakat mereka yang ada. Jadi apa kata kita cari insiatif yang baik atau hantarkan anak-anak ke program yang sangat menarik pada hujung minggu atau cuti sekolah untuk mereka mendalami minat yang ingin mereka ceburi.
Pada Khamis lepas, mama dan beberapa lagi orang blogger telah dijemput untuk Meet & Greet with Blogger sempena untuk memperkenalkan satu program hujung minggu dibawah projek My Celebrity dibawah RIZQ Educare. RIZQ Islamic School siapa tak kenal dengan tempat pembelajaran yang terbaik untuk kanak-kanak. Kali ini RIZQ telah mengembangkan lagi projek khas untuk kanak-kanak bertujuan mengembangkan lagi bakat kreatif mereka.
Setibanya mama di bangunan RIZQ Kids ini mama betul kagum dengan sekolah ni kerana mereka telah menambah lagi satu bangunan untuk kanak-kanak bagi umur 4 tahun hingga 6 tahun. Kiranya RIZQ Kids hanya untuk sekolah tadika theme park pertama di Malaysia. Menarik sangat rasa seronok jer masuk ke sekolah ni siap ada playground dalam sekolah. Oh ya jangan tak tahu di sekolah ni ada studio recording yang menarik untuk kegunaan pelajar di sini. Ok mama tak nak cerita mengenai sekolah tapi mama nak ceritakan mengenai program My Celebrity "Every Kid Born A Star"
En Khalil iaitu CEO Melon Group telah menerangkan serba sedikit mengenai program My Celebrity kepada kami kenapa program ini diwujudkan. Salah satunya adalah untuk merangsang perkembangan mental kanak-kanak serta memberikan imaginasi dan menerokai bakat kreatif yang mereka belum terokai. Disamping itu, kecerdasan pembelajaran mampu membina imaginasi yang tinggi, kreatif dan inovatif dalam dunia yang serba moden. Bukan itu sahaja dari progam ini dapat memberi keyakinan tinggi kepada pelajar tersebut bagi menyelesaikan masalah dan memberi idea-idea yang di luar fikiran mereka
Selain itu, program ini memberi ruang dan peluang kepada pelajar agar mereka menjadi lebih jadi kreatif serta mendidik dan membantu mereka kearah bidang seni yang sebenar. Bukan itu sahaja program ini dapat melahirkan pelajar berkemahiran dan mendidik pelajar menyintai serta menghargai bidang seni. Bagi program My Celebrity ini akan dilakukan pada hujung minggu atau cuti sekolah. Jadi program ini tidak akan menganggu pembelajaran mereka setiap hari serta hari bersama keluarga. RIZQ telah menyediakan lima kelas kemahiran yang sesuai untuk kanak-kanak dari umur 6 tahun hingga 12 tahun.
Antara lima program My Celebrity "Every Kid Born A Star" ialah :-Kelas MuzikMuzik dan kanak-kanak memang berpisah tiada. Kelas ini menawarkan peluang kepada mereka untuk belajar muzik dalam persekitaran yang menyeronokkan. Selain itu, mereka akan didedahkan public speaking di dalam kelas untuk memberi ruang kepada kanak-kanak bagi menyampaikan idea mereka kepada orang ramai. Dengan cara ini memberi pendekatan holistik kanak-kanak mengenai kemahiran muzik dalam masa sama kemahiran bercakap depan orang ramai
Kelas CodingBagi yang minat coding ini harus kita tengahkan di masa hadapan. Untuk kelas coding memberi peluang kepada anak-anak yang minat pada komputer boleh mempelajari CODE. Dengan kelas coding ini boleh menarik minat mereka menjadi seorang programmer yang berjaya. Jadi kanak-kanak dapat belajar cara coding yang mudah dan menyeronokan dengan blok kod visual yang mempercepatkan konsep pengaturcaraan sebenar. Melalui ini mereka diberi tunjuk ajar serta membolehkan pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang ini
Kelas AnimasiAnak-anak suka dengan seni animasi? Inilah program yang sesuai untuk kanak-kanak belajar membawa watak-watak kegemaran mereka ke dalam kehidupan melalui kuasa animasi. Di kelas animasi para pelajar akan bekerjasama dalam kumpulan untuk belajar menggunakan teknik seperti mereka bentuk watak, menulis skrip, pencahayaan, muzik dan reka bentuk bunyi yang sesuai
Kelas Production VideoBagi kanak-kanak yang minat sangat dengan menyunting video inilah kelas yang patut mereka ceburi. Di kelas ini mereka akan didedahkan pembuatan filem melalui penulisan skrip, boarding cerita, lakonan, pengarahan, kamera dan pengeditan bunyi untuk membuat filem pendek mereka sendiri. Mereka diberi peluang untuk membangunkan kreativiti masing-masing, menunjukan kemahiran kerja pasukan dan kemarin belajar hidup
Kelas Bahasa MandarinDalam dunia globalisai masa sekarang, bahasa asing adalah terbaik untuk menjamin masa depan anak-anak. Bagi yang anak-anak berminat dengan Bahasa Mandarin bolehlah hantar anak-anak mereka ke kelas ini untuk menguasai bahasa tersebut yang digunakan orang di seluruh dunia. Mereka akan dilatih berunsur publis speaking dalam kelas serta menyediakan ruang kepada mereka untuk menjadi komunikator yang berjaya. Dengan usaha ini dapat mendekatkan kanak-kanak bagi memupuk kemahiran bahasa Mandarin mereka
Pada petang itu, kami diberi 2 contoh kelas iaitu kelas Muzik dan kelas Coding bagi menerangkan sedikit bagaimana kanak-kanak dapat belajar dengan lebih menarik. Bagi semua kelas ini semuanya diajar oleh cikgu-cikgu yang profesional dan bertauliah. Mereka diberi ajar mengenai tempo muzik dan pelajar-pelajar sangat enjoy walau hanya demo sahaja. Kami lagilah kagum melihat pembelajaran yang santai dan menarik untuk join kelas tersebut. Manakala kelas coding lagilah best kerana mereka akan diberi seorang satu Ipad untuk digunakan bagaimana menggunakan coding dalam satu applikasi. Yang kelas coding ni mama agak kekok sedikit tapi apabila kita berjaya buat code yang betul dan benda itu bergerak ia rasa satu kepuasan. Menarik bukan
Untuk program ini terdapat 5 kursus dan mengandungi 10 module untuk 3 bulan dari bulan Jun hingga Ogos 2019. Bagi 1 kelas mengambil masa 2 jam untuk pembelajaran bagi Sabtu / Ahad atau cuti sekolah. My Celebrity ini disokong dan kolaborasi bersama RIZQ Islamic School, Finas, Politeknik Malaysia, FDAM, MYSC, PROFIMA dan Persatuan Seniman Malaysia
Harga pengenalan My Celebrity - TERM 1 (Jun - Ogos 2019)PENDAFTARAN RM 50.00MYC KIT RM 45.00YURAN 10 KELAS RM 550.00Kelas pertama akan berlangsung pada 16 June 2019. Bagi kanak-kanak yang tidak tahu minat mereka bolehlah menyertai trial class pada hari tersebut sebelum memilih program yang mereka inginkan. Progam ini dibuka kepada kanak-kanak sekitar Kajang, Bangi dan Putrajaya.
Mama rasa program seperti ini sangat bagus untuk kanak-kanak bagi mendalami minat yang ingin mereka ceburi di masa hadapan. Jadi kita sebagai ibu bapa perlulah menyokong mereka untuk join program hujung minggu seperti ini. Bukan itu sahaja cuti hujung minggu atau cuti sekolah mereka terisi dengan aktiviti yang bermanfaat betul tak. Manalah tahu satu hari nanti dengan izin Allah anak kita akan menjadi bintang yang terkemuka. Jadi percayalah Every Kid Born A Star!
Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
RIZQ PRESCHOOLNo 12 Lot 1456Jalan Cempaka Off Jalan TerataiKampung Sungai Ramal Dalam43000 KajangSelangor
Telefon : 03-8912 0447 | 03-8926 0447Whatsapp : +6018-351 7357Email :
[email protected]Website : http://mycelebrity.rizq.edu.myFacebook : www.facebook.com/mycelebrityInstagram : www.instagram.com/mycelebritymalaysia
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mamajue.com/2019/05/rizq-kids-tawarkan-my-celebrity-every.html