Risau Alami Macam Simptom Covid Buat Pcr Dan Keputusan Positif


Allah.. Dalam elak punya elak, jaga SOP. Bila Allah dah tetapkan kita antara insan terpilih untuk di uji kena penyakit COVID ni, tak boleh nak elak. Kita ikhtiar lah untuk sihat semula seperti biasa. K.fiezz pun tak jangka boleh terkena COVID. Cuma k.fiezz dah syak macam kena COVID sebab simptom yang berlarutan. Banyak perkongsian simptom covid yang duk lalu lalang kat facebook, instagram, tik tok. Dah hari-hari scroll kat sosial media ni, harus lah terbaca. Jadi masa k.fiezz alami simptom covid macam dalam senarai, cuba juga berfikiran positif tapi tak boleh sebab tanda covid tu obvious sangat tambah pula bila part demam k.fiezz & mr hubby lama sangat sampai 2-3 hari. Biasanya kalau dah makan ubat, sehari dua dah boleh elok semula. Ni berlarutan pula. 
K.fiezz share sikit simptom covid yang k.fiezz & mr hubby alami sebelum sah positif. 
KRONOLOGI SEBELUM DISAHKAN POSITIF COVID
7hb Mac 2022 -  K.fiezz dah start macam nak sakit tekak. K.fiezz singgah farmasi beli ubat sakit tekak. Tapi macam tak ada effect apa pun lepas makan 2 biji. Biasa k.fiezz sakit tekak, makan ubat difflam untuk sakit tekak, sekejap je dah elok. Yang ni tak yea. K.fiezz kalau sakit tekak je, memang cari kat farmasi ubat difflam sebab serasi & cepat elok..
8hb Mac 2022 - Bangun pagi, k.fiezz dah rasa perit tekak & badan rasa tak sedap. Macam nak demam. K.fiezz tak masuk pejabat. Mr hubby bawa ke klinik untuk check. Sebelum jumpa Dr, kena buat rtk dulu sebab simptom yang k.fiezz alami macam simptom covid. Sakit tekak & demam. Mr hubby demam & sakit kepala. K.fiezz & mr hubby buat rtk test. Dua-dua negatif.  Jumpa Dr & dapat ubat sakit tekak, demam, antibiotik & ubat batuk. Kitaorang dapat mc sehari. 
9hb Mac 2022 -   Sama juga, simptom yang k.fiezz & mr hubby alami tak nampak berkurang. Sakit tekak k.fiezz makin perit. Ulang semula ke klinik ambil mc lagi sehari..Mr hubby dapat kebenaran dari pejabat untuk kerja dari rumah sampai Jumaat. 
10hb Mac 2022 -  Masih sama. Demam, batuk, sakit tekak, tambah sakit kepala & hidung tersumbat pula. K.fiezz terus mohon cuti dengan bos dari Khamis - Isnin.. Bos pun cakap okey tapi dia ada mention suruh k.fiezz ulang lagi sekali test. Petang, k.fiezz & mr hubby buat saliva test & keputusan kat bawah ni. 


Mr hubby -ve & K.fiezz +ve. Adehhhh..Uwaaaa. K.fiezz nak positif lain, lain pula yang positif. Adeh..
Dah boleh agak keputusan k.fiezz positif sebab simptom yang k.fiezz alami ketara sangat macam tanda covid. Mr hubby masa ni simptom dia demam, sakit kepala & sakit sendi. 
11hb Mac 2022 -  Sakit tekak masih sama. Hidung tersumbat, batuk, demam on off. K.fiezz & mr hubby buat test pcr untuk confirm positif covid ke idak sebab saliva test k.fiezz positif. Mr hubby pun nak confirm juga walaupun saliva test dia negatif. Tapi mr hubby syak dia mesti positif sebab simptom sama & mr hubby alami juga sakit sendi, pening. Pening ni badan macam melayang..So tunggu keputusan keluar esoknya. Hati k.fiezz masa ni memang kuat cakap pcr test k.fiezz confirm positif sebab masa buat pcr test keadaan k.fiezz teruk dari mr hubby. Mr hubby 50-50. 
12hb Mac 2022 -  Dapat keputusan pcr test & jeng jeng, k.fiezz dan mr hubby positif. Dari keputusan pcr, bacaan k.fiezz lagi tinggi dari mr hubby. K.fiezz punya boleh merebakkan pada orang lain. Mr hubby punya bacaan rendah. So nurse minta k.fiezz & mr hubby tak terlalu rapat walaupun duk serumah. So start lah sorang tidur atas katil, sorang tidur kat lantai beralaskan toto. haha. Masa ni k.fiezz punya simptom sakit tekak dah berkurang, demam pun macam dah okey (cek suhu normal), batuk ada lagi.  Hidung tersumbat & sakit kepala dah okey. Legaaa. Tapi sebabkan result PCR baru keluar 12hb ni, update dalam Mysejahtera kena home quarantine dari 11hb Mac- 17hb Mac 2022. Terus inform bos k.fiezz & ikut arahan MySejahtera, kuarantin untuk 7 hari. Bermulalah rutin hantar laporan kesihatan dalam MySejahtera 2x sehari sepanjang kena kuarantin ni sebab kitaorang dua-dua positif..
Keadaan terkini k.fiezz dah okey..Semua simptom dah tak ada kecuali batuk je kadang-kadang muncul terutama waktu malam time nak tidur.  Mr hubby pula simptom dia lepas dapat keputusan pcr, batuk, pening ada lagi & hidung tersumbat. Demam on off. Jadi makan je lah ubat yang Dr bagi. K.fiezz punya ubat setel (demam [ada baki 2 biji -tak makan sebab dah elok], antibiotik licin). hehe. Sebelum ni bila ke klinik sebab demam & dapat antibiotik, k.fiezz makan sebiji dua je. Hat yang ni habis weii. Risauuu... Nak cepat baik punya pasal. 
PENGALAMAN KENA COVID
Dah rasa covid ni macamana baru lah tahu rasa dia weii. Nasib baik lah simptom k.fiezz & mr hubby tak teruk sangat. Alhamdulillah. Tapi tak teruk pun, cuak juga masa demam tak elok-elok sampai beberapa hari. Dah kenapa?Memang dalam hati, harap lah tak kena covid ni. Eh sekali kena juga. Dah terkena nak buat macamana, kan. Hadap je lah. So ikhtiar macam-macam nak redakan simptom covid yang k.fiezz & mr hubby alami. Makan ubat klinik, vitamin & ubat tradisional. Nanti k.fiezz kongsi next entry apa yang k.fiezz buat untuk kurangkan semua tanda covid yang k.fiezz & mr hubby alami. 
MACAMANA BOLEH KENA COVID
Tak pasti lah pula sis. Cuma dari info KKM varian Omicron ni jenis cepat merebak. Simptom awal nak kesan tanda COVID Omicron ni demam, gatal/sakit tekak, hidung tersumbat, batuk, letih, susah nak bernafas,mual/loya, cirit-birit. 
K.fiezz rasa lah puncanya kitaorang terkena ni 2 minggu lepas k.fiezz & mr hubby ada hadir ke majlis kahwin saudara jadi masa berkumpul tu tak jaga SOP sebab ada sesi bergambar & bersembang sambil makan. K.fiezz pun dah lepas makan, tak pakai mask semula. Tempat event pula berhawa dingin, memang senang lah virus ni tersebar bila tak jaga SOP.  Tambah pula antibodi tak berapa nak kuat macam k.fiezz & mr hubby ni, senang lah melekat si virus ni. K.fiezz cuma syak dari sini puncanya sebab kebetulan lepas 2 hari majlis kahwin ni, ada seorang adik sepupu mr hubby beritahu 4 orang family member dia positif covid. Aiyakkk...Mak dia mula-mula test -ve, esoknya ulang semula +ve. Terus cuak masa dia cakap macam tu. Kebetulan pula demam k.fiezz & mr hubby tak elok-elok, lagi lah ghisauuu...Sekali betul kes k.fiezz & mr hubby pun mula-mula buat rtk -ve. Buat pcr test lagi tepat & sahih keputusan dia. 
Lepas ni kena beringat bila hadir majlis kahwin atau apa-apa yang melibatkan berkumpul ramai orang, jangan abaikan pemakaian mask. Kerajaan Malaysia masih wajibkan pakai mask ada sebabnya. Kita je yang suka lalai..

JAGA SOP & SENTIASA PAKAI MASK BILA BUAT AKTIVITI DI LUAR YANG MELIBATKAN RAMAI ORANG..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2022/03/Risau-Alami-Macam-Simptom-COVID-Buat-PCR-Dan-Keputusan-Positif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soraya Macam Tak Sihat Ain Edruce Risau Keadaan Anak Lepas Suami Positif Covid 19

Soraya Macam Tak Sihat Ain Edruce Risau Keadaan Anak Lepas Suami Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 357 hits
Pelakon dan pengacara Ain Edruce risaukan anaknya Soraya yang menunjukkan diri seakan tidak sihat selepas suaminya Amirul Hafiz disahkan positif Covid 19 Ahad lalu Berkongsi berkenaan keadaan keluarganya di Instagram story Ain memaklumkan A...
Tak Perlu Risau Susukan Anak Lepas Positif Covid 19 Ini Langkah Mama Perlu Buat

Tak Perlu Risau Susukan Anak Lepas Positif Covid 19 Ini Langkah Mama Perlu Buat

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 169 hits
Selepas disahkan positif Covid 19 pelbagai perkara mula difikirkan dan pastinya amat bimbang untuk mendekat anak kecil apalagi menyusukan mereka Buang jauh rasa bimbang itu kerana ianya tidak membahayakan bayi malah boleh terus menyusu sepe...
Hiburan Tipu Status Positif Covid 19 Di Mysejahtera Majikan Ini Ambil Keputusan Pecat Pekerja

Hiburan Tipu Status Positif Covid 19 Di Mysejahtera Majikan Ini Ambil Keputusan Pecat Pekerja

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 271 hits
Semenjak dunia dilanda pandemik COVID 19 sektor ekonomi telah mengalami perubahan dan ramai majikan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan budaya kerja dari rumah ataupun Work From Home Namun saat negara semakin mencatatkan peningkata...
4 600 Ppln Tiba Di Bali Hanya 20 Orang Positif Covid 19

4 600 Ppln Tiba Di Bali Hanya 20 Orang Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 151 hits
Ribuan wisatawan mancanegara kembali mengunjungi Bali Maskapai penerbangan yang melayani penerbangan internasional dari dan ke Pulau Dewata juga terus bertambah
Satu Family Positif Covid 19 Serentak

Satu Family Positif Covid 19 Serentak

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 207 hits
Entri pasal positif Covid 19 ni panjang So aku ringkaskan dengan buat kronologi supaya mudah korang baca dan tak rasa bosan 22 Feb 2022 Balik kerja mula mula tak sedap badan sakit tekak dan rasa macam nak demam Lepas maghrib terus pergi kli...
Nabila Huda Positif Covid 19 Sakit Kali Ni Teruk Daripada Yang Pertama

Nabila Huda Positif Covid 19 Sakit Kali Ni Teruk Daripada Yang Pertama

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 164 hits
Nabila Huda Positif COVID 19 Sakit Kali Ni Teruk Daripada Yang Pertama AKTRES hebat Nabila Huda disahkan positif COVID 19 buat kali kedua melalui ujian kendiri Menurut Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil 38 kesakitan yang dirasainya...
Lee Mijoo Kongsi Keadaan Selepas Positif Covid 19

Lee Mijoo Kongsi Keadaan Selepas Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 187 hits
Lee Mi joo telah berkongsi gejala yang dialaminya selepas disahkan positif COVID 19 pada 23 Februari lalu Pada episod 5 Mac rancangan televisyen MBC Hangout with Yoo Yoo Jae suk dilihat menelefon dan berborak dengan Mi joo melalui panggilan...
Mimpi Ameena Masuk Hospital Gerak Hati Shakilla Khoriri Rupanya Anak Positif Covid 19

Mimpi Ameena Masuk Hospital Gerak Hati Shakilla Khoriri Rupanya Anak Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 194 hits
Ibu mana yang mampu tenang bila mana anak disahkan positif Covid 19 Kebimbangan yang dirasakan oleh pelakon Shakilla Khoriri mengenai anaknya rupanya membawa khabar duka bila mana anaknya Ameena Sofia disahkan positif Covid 19 Menerusi Inst...
Arrian Kena Join Ibu Hari Ni Selepas Tomok Kini Isteri Anak Pula Positif Covid 19

Arrian Kena Join Ibu Hari Ni Selepas Tomok Kini Isteri Anak Pula Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 209 hits
Selepas pulih dari Covid 19 kini penyanyi Tomok memaklumkan isteri dan dua anaknya Arrian dan Khadijah turut sama disahkan positif Covid 19 semalam Menerusi Instagram Tomok berkongsi khabar duka itu malah turut mendoakan kesembuhan buat ist...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah